2 Minggu Sebelum
Wedding semakin hampir, ingatkan lagi sekali kepada supplier tentang wedding anda yang bakal tiba lagi 2 minggu sahaja lagi. Banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Senaraikan tugasan ahli keluarga, siapa yang akan menguruskan bahagian door gift (memasukkan barangan dalam goodie bag/berikan goodie bag kepada tetamu), siapa yang menguruskan hantaran, siapa yang akan menguruskan bahagian telur, menyambut tetamu, pengapit dan banyak lagi. Untuk memudahkan perbincangan, baik juga sekiranya anda menubuhkan group WhatsApp.
Anda boleh mula merancang aturcara majlis akad nikah dan juga persandingan. Tidak kira majlis kecil atau besar, semestinya anda ingin segalanya berjalan dengan lancar bukan?
Dengan adanya aturcara, tidaklah huru-hara majlis nanti. Bagi yang mengadakan majlis perkahwinan besar yang dihadiri oleh VIP, anda mungkin ingin mengadakan sesi raptai terlebih dahulu.
Untuk mengelakkan salah faham atau masalah di kemudian hari, rajin-rajinlah ingatkan jurunikah tentang hari pernikahan anda. Maklumlah, mungkin ramai pasangan lain yang perlu diuruskan jurunikah atau tok kadi ni sampai boleh terlepas pandang.
Sekiranya masih ada barang yang belum selesai diterima, buat follow-up dengan vendor atau supplier yang berurusan dengan anda. Selesaikan juga sebarang pembayaran yang masih tergantung.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jurunikah ataupun tok kadi hanyalah manusia biasa, ingatkan mereka tentang tarikh pernikahan anda dari masa ke masa.
Tanpa banner atau bunting, tak berapa lengkaplah majlis. Dengan adanya semua ini juga dapat memudahkan para jemputan mencari lokasi majlis anda. Lebih-lebih lagi kalau ada banyak kenduri lain lagi di hari yang sama. 2 – 3 hari atau paling lambat pun sehari sebelum majlis sudah digantungkan kesemua banner dan bunting ni.
Sekiranya ada duit lebih, bolehlah anda mendapatkan rawatan spa untk memanjakan badan dan juga wajah sebelum tibanya hari terbesar dalam hidup anda dan pasangan. Sambil mendapat urutan yang melegakan, anda dapat mengosongkan fikiran sambil menghirup bauan segar dan juga mendengar alunan muzik yang menyenangkan telinga.
Melafazkan akad nikah boleh dikatakan sebagai perkara yang paling menakutkan bagi seorang lelaki. Untuk menghilangkan rasa gementar yang dapat mengganggu kelancaran lafaz nikah semasa akad nikah nanti, berlatihlah sebanyak yang mungkin.
Kalau diikutkan, ramai yang akan memerlukan anda atau pasangan di hari majlis, maklumlah, inikan majlis anda. Namun sebagai raja sehari semasa majlis berlangsung nanti, mustahil untuk anda menjawab telefon atau mesej daripada sesiapa.
Antara yang mungkin akan menghubungi adalah seperti jurugambar, tok kadi, juru solek, katerer dan sebagainya. Aturkan siapa yang akan bertanggungjawab menjawab semua panggilan daripada mereka.
KREDIT : PENGANTINBARU
GAMBAR HIASAN: TANGKAPPICTURES