Persediaan awal dan rapi dalam merencanakan majlis perkahwinan buat pasangan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum berlangsungnya sebuah majlis bahagia.
Kesibukan dalam mengatur perjalanan menjelang hari bahagia kadangkala merunsingkan hingga pasangan terlupa akan beberapa perkara penting.
Segalanya harus berjalan seperti yang dirancang sebelum majlis berlangsung dan pastikan tiada apa yang terlepas daripada pandangan mata.
Nah, Pesona Pengantin hadiahkan anda wedding checklist agar tiada perkara penting yang terlepas pandang dalam menguruskan persiapan menjelang hari bahagia anda.
Download Wedding Checklist Anda Di Sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asyik Tanya Ýou Sayang I Tak?’. Apa Kata Tanya Soalan Jaminan Masa Depan Macam Ni!
Masa bercinta, kita lebih banyak fokus kepada kesetiaan dan kasih-sayang pasangan. Jarang sekali kita ambil tahu bab kewangan. Eh, cinta je tak cukup untuk jamin kebahagiaan. Soalan-soalan ni anda wajib tanya pada pasangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama.
Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius.
Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita).
Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut.
Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Kahwin Dengan Anak Sulung? Korang Kena Ready Dengan Karakter-Karakter Pelik Ni
Ada yang bakal berkahwin dengan anak sulung ke? Mesti korang dah nampak sikit-sikit perangai mereka ni kan. Walaupun nampak matang, tapi sebenarnya ada karakter pelik tapi baik dari anak sulung ni. So, bersedialah untuk mengahsbiskan waktu-waktu tua bersama ya.
Matang
Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada.
Mudah memaafkan, tidak kedekut, murah hati
Tak berdendam, anak sulung ni sejenis yang mudah memaafkan, tak kedekut pulak tu. Paling penting, sentiasa murah hati.
Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati
Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan?
Seorang Yang Ceria
Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tak suka terbawa-bawa emosi negatif.
Penyayang, mudah mesra
Dari kecil lagi mak ayah dah pupuk sifat penyayang pada anak pertama ni. Iye la mana taknya, siapa lagi nak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks!
Suka tersenyum walaupun tengah sedih
Tak suka tunjuk dia sedang bersedih, so anak sulung ni lebih banyak tersenyum sepanjang masa.
Caring, susah nak lupakan orang yang dia sayang
Dah penyayang, mestilah caring. Kalau dah sayang seseorang, mereka memang susah betul nak lupakan orang tu. Hati-hati!
Manja tapi tak tunjuk
Jangan tak tahu, anak first pun sebenarnya manja juga tau. Tapi tak tunjuk sangat pun. Baru nampak cool kan?
Bertanggungjawab
Dah biasa galas tanggungjawab sejak kecil lagi. Anak sulung la yang mak ayah selalu harapkan untuk membantu mereka buat kerja rumah dan jaga adik-adik yang lain.
Kadang-kadang degil
Bukan anak bongsu je degil, anak pertama ni pun ada degilnya juga. Tapi kadang-kadang je la. Selebihnya mereka memang selalu beralah.
Apa-apa pun, ini hanyalah pemerhatian dan mungkin segelintir daripadanya mempunyai sikap yang berlainan.
Kredit : Apakes
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Hanya Sweet Masa Bercinta Je, Lepas Kahwin Kenalah Up Berganda-ganda
Cinta itu buta. Akibatnya, anda buta mata, jiwa serta hati sehinggakan sukar celik akan mainan emosi yang tiada berkesudahan daripada si dia. Akibatnya, anda rebah hanya kerana terlampau mempercayainya. Pahitnya bercinta, bukan?
Siapa yang sanggup dipermainkan? Apabila seluruh jiwa sudah diberi, pastinya anda ingin dikasihi dan dicintai sehingga helaan nafas terhenti. Di atas jinjang pelamin, cinta termeterai. Namun, kini anda berbahagi kerana sudah seakan nyata permainan yang semakin jelas menghampiri.
APAKAH TANDA-TANDANYA?
1-OBSESI URUSAN SEKSUAL
Bahaya jika pasangan anda mempunyai niat seperti ini. Melayari alam perkahwinan hanya kerana nafsu semata, di mana fokusnya hanya pada hubungan seksual serta meratah tubuh badan anda, dan bukan kerana cinta mahupun perasaan kasih sayang?
Anda akan dapat lihat nyatanya apabila kemahuannya itu melampau dan rakus sehingga tidak tertunaikan. Dirinya bisa kecundang lalu tidak mengendahkan anda lagi. Ini tandanya anda dimanfaatkan olehnya hanya kerana nafsu dan ego.
2-WANG SEMATA
Oh alangkah malang jika memiliki pasangan yang hanya inginkan kesenangan dalam bentuk material tanpa perlu berusaha. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, mata hati mudah dikuasai oleh wang ringgit. Tanda disedari, harta anda dikikis sedikit demi sedikit.
Kebiasaannya, pelbagai alasan dan ragam dicipta malah diselang-selikan dengan mimik wajah yang bisa mencairkan. Maka, jika begini tidak mustahil anda akan merana di penghujungnya dan seterusnya ditinggalkan apabila tiada apa lagi untuk anda.
3-ENGGAN BERI KOMITMEN
Sangat penting bagi setiap pasangan untuk menjalin ikatan rasmi dan menjanjikan sikap tanggungjawab serta tidak takut akan komitmen ke akhirnya. Namun, jika pasangan anda masih teragak-agak dan seterusnya seakan tidak ambil peduli akan kewajiban ini, mungkin dia tidak layak untuk anda. Sama ada lelaki mahupun perempuan, soal komitmen tidak boleh diambil ringan malah ia turut melibatkan kelangsungan rumah tangga agar terus tegak berdiri.
4-SENTIASA ‘SIBUK’
Sebagai pasangan suami isteri dalam melayari bahtera perkahwinan, menghabiskan waktu berdua merupakan satu kemestian dalam mengeratkan jalinan. Kesibukan bukanlah satu alasan untuk anda tidak bersama.
Namun, jika lama kelamaan anda perasan yang dirinya kian mementingkan hal duniawi sehingga mengendahkan emosi serta perasaan anda, maka anda perlulah membuat sesuatu bagi menyelamatkan rumah tangga yang terbina itu.
5- SEBAGAI ‘MEDIATOR’
Daya tarikan antara anda dan rakan tertentu juga boleh dijadikan musibah dalam satu-satu perhubungan dan secara tidak langsung menjadikan anda mediator atau alat untuk mendekati rakan-rakan anda.
Kebiasaannya, si dia akan bertanya tentang rakan anda, meminta nombor untuk dihubungi dan lain-lain. Oleh itu, penting untuk anda mengamati gerak geri pasangan bagi mengelakkan isu ini daripada meruntuhkan perkahwinan. Secara tidak langsung memberi kesan pada persahabatan bersama teman tersebut.
TIP HADAPI MOMEN GENTIR
– Keraguan itu boleh menyelamatkan, namun jangan terlampau syak wasangka pada sesuatu yang belum diketahui pucuk pangkalnya. Gunakan akal dan jangan terlalu mengikut emosi. Berhadapanlah dengan pasangan anda dengan cara yang matang namun tegas.
– Amalkan untuk sentiasa berhubungan dengan ahli keluarga bagi mendapatkan pandangan mahupun nasihat. Tetapi ingat, jangan sampai membuka pekung di dada.
– Privasi itu hak mutlak setiap daripada kita walau berpasangan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk sentiasa berjaga sambil memantau gerak geri pasangan anda. Namun ingat jangan terlebih dan melanggar batas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI