Chilli Oil Sechuan Style, Tahan Lama Betul

Share

Selalunya Chilli Oil Sechuan Style ini memang menjadi kegemaran, lebih-lebih lagi dipadankan dengan Mee Kari. Khairul Abdullah, pemilik resepi Mee Kari Super Daddy berbesar hati berkongsi resepi ini.

Bahan :

½ – 1 cawan serbuk cili (chilli flakes)

2 cawan minyak masak

1 batang kulit kayu manis

5 ulas bunga lawang

1 helai daun salam / bay leaf

1 sudu lada biji/pepercorn

Sedikit garam.

Cara :

1. Masukkan serbuk cili ke dalam botol atau jar dan taburkan sedikit garam dan kacau.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan semua bahan dan tumis sekejap sampai naik bau.

3. Tutup api dan tapis minyak tadi (nak minyaknya sahaja) terus ke dalam botol yang ada serbuk cili tu. Tuang minyak panas tu tau, jangan tunggu sejuk baru nak masuk botol yanga ada chilli flakes tu. Siap!!.

Resepi Mee Kari Super Daddy :

Published by
webadmin