Cinta Boleh ‘Menguncup’ & Boleh ‘Mengembang,’ Sebab Itu Kita Kena Suburkan Hubungan Dengan Pasangan

Share

Kebahagiaan itu tidak datang dengan sendiri sebaliknya perlu dicari. Anda dan pasangan yang perlu melakar bahagia itu dengan corak yang diidamkan.

Memiliki hubungan cinta yang bahagia, menyenangkan dan romantik bukan hanya ada dalam novel cinta sahaja. Setiap orang boleh memiliki fasa bercinta yang bahagia sehingga boleh dilanjutkan hingga ke jinjang pelamin.

Mengimpikan hubungan cinta yang lebih bahagia? Apa kata anda cuba tip berikut. Moga-moga ia menjadi penyubur hubungan cinta anda dan pasangan.

Kredit foto: Pixabay

1. Tinggalkan Masa Lalu Di Masa Lalu

Hal ini adalah yang paling penting ketika anda ingin memulakan hubungan baharu. Agar penilaian anda kepada si dia yang sekarang lebih adil dan tidak terus membandingkan dengan mantan, maka tinggalkan masa lalu anda. Anda hidup untuk hari ini dan masa hadapan, bukan masa lalu.

2. Kebahagiaan Bermula Daripada Anda

Ada orang bijak yang mengatakan jangan memulakan sesebuah hubungan cinta jika anda belum menemukan kebahagiaan dalam diri anda. Jika anda sudah bahagia dengan diri anda, maka hubungan anda akan berjalan dengan lebih baik.

Kredit foto: Pixabay

3. Komunikasi & Keyakinan

Hubungan yang lancar pasti memiliki pola komunikasi yang baik. Jangan pernah menduga-duga atau menganggap pasangan tahu apa yang anda fikirkan atau apa yang anda rasakan. Bicarakan semua hal dan berlatihlah untuk percaya padanya. Sebuah hubungan tanpa diiringi rasa percaya akan berakhir dengan air mata.

4. Ada Waktunya Bersama, Ada Waktunya Sendiri

Tidak selamanya anda harus bersama dengan pasangan 24 jam. Ada waktunya anda berdua dengannya, ada waktunya masing-masing menikmati waktu sendiri. Selalu bersama memang menyenangkan namun saat anda tidak bersama dengannya, anda akan semakin menghargai erti kehadirannya.

5. Jangan Pernah Membandingkan Pasangan

Hentikan kebiasaan membanding-bandingkan pasangan dengan psangan anda sebelum ini. Walaupun maksud anda ingin memotivasikan pasangan terkini untuk berubah menjadi lebih baik namun kebiasaan ini akan melukai hati pasangan anda. Misalnya, “Amira dahulu seorang yang sangat menepati masa tapi awak…” Bukankah anda juga tidak suka dibanding-bandingkan begitu jugalah dengan pasangan anda.

6. Cinta Boleh ‘Menguncup’ & Boleh ‘Mengembang’

Cinta itu seperti bunga, kadang-kadang mekar, kadang-kadang kuncup dan layu, kadang-kadang memerlukan waktu sedikit lama untuk kembang mekar. Namun apakah anda dengan mudah membuang tanaman dan bunga jika layu? Tidak bukan? Akan ada masa hubungan sangat hangat, ketika anda selalu ingin di sampingnya. Akan ada masa anda bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Namun percayalah, selama anda dan pasangan mampu menjaga kesetiaan maka  semuanya akan berakhir dengan satu kemanisan yang hanya anda berdua sahaja dapat merasakannya.

Kredit foto: Pixabay

7. Bersama Dalam Suka & Duka

Hubungan cinta akan semakin hangat dan kukuh jika anda dan pasangan mampu melewati hal-hal menyenangkan, sekali gus hal terburuk yang terjadi. Semakin baik anda dan si dia menghadapi masa buruk, semakin kukuh cinta yang akan terbentuk. Jangan hanya bersamanya ketika bahagia, saat pasangan sedang susah, pastikan anda selalu menjadi penyokong kuat dan ada untuknya.

8. Selalu Mengucapkan ‘I Love You’

Tidak ada salahnya jika anda sering mengucapkan ungkapan keramat I love you setiap hari. Situasi akan menjadi lebih manis dan bermakna jika ucapan itu hadir tanpa disangka-sangka. Tidak perlu menuliskan kata-kata ini di Facebook. Ini kerana yang ingin anda tujukan rasa cinta itu adalah pasangan anda, bukan teman-teman Facebook anda.

Kredit foto (top image): Pixabay

Published by
Hasliza