Berbicara tentang cinta, terkadang cinta itu sungguh mengelirukan kita, hadir diwaktu kamu belum benar-benar sedia menerimanya, lalu pergi ketika kamu sudah memerlukannya.
Ya, cinta kadang hadir ntah dari mana asalnya, tiba-tiba datang tanpa diduga, buat kita rasa selesa, dan akhirnya jatuh cinta.
Sayangnya, semua itu hanyalah angan, rencana Allah itu kadang-kadang lebih baik dari apa yang sudah disiapkan oleh manusia.
Tetaplah kamu bersangka baik kepada Allah. Kamu harus menganggap apa yang terjadi kepadamu adalah yang terbaik.
Kamu tidak boleh kalah dalam apa keadaan sekalipun. Kamu tidak boleh kalah dengan kesedihan, walaupun ia sangat menyeksakan namun belajarlah untuk tenang.
Belajarlah untuk tidak kecewa hanya kerana rencanamu tidak seperti yang di jangkakan, kerana semua yang pergi, semua yang hilang pasti akan diganti dengan yang lebih baik oleh Allah.
Kamu harus percaya bahawa apapun rencanamu yang Allah tidak takdirkan, maka pasti pada akhirnya akan menemui pengakhiran yang indah.
Tetap Ikhlas, Kerana Semakin Kamu Ikhlas Maka Kamu Akan Semakin Tahu Bahwa Rencana-Nya Selalu Yang Luar Biasa