Tapi bagaimana pula dengan perempuan yang takut jatuh cinta. Di saat teman mereka sudah menemui teman hidup, individu ini lebih betah tanpa teman, lebih senang meneruskan hidup tanpa gangguan. Walaupun ada lelaki cuba mendekati, tidak mudah baginya membuka pintu hati. Sebenarnya bukan jual mahal, tapi disebabkan “INI”, kaum hawa terlalu takut untuk jatuh cinta.
Takut Akan Penolakan
Ya, disebabkan rasa takut bila saat ditolak. Mereka jadi takut cintanya akan ditolak, apatah lagi jika tidak mendapat berkat dari kedua keluarga. Ketakutan ini menjadi lebih besar apabila si perempuan menyedari bahawa terdapat banyak kekurangan dalam dirinya, terutama kekurangan fizikal.
Tiada Lagi Kebebasan
Sebenarnya mereka bimbang jika selepas mempunyai hubungan atau komitmen dengan seseorang, mereka tidak lagi mempunyai banyak masa bersendirian dalam melakukan hobi harian, takut kerjayanya akan terhenti, takut tidak lagi gembira disebabkan pasangan akan menyekat gaya hidupnya.
Ada Prioriti Lebih Penting Daripada Cinta
Bagi sesetengah perempuan, mereka takut jatuh kerana ada keutamaan yang lebih penting dalam hidupnya. Keutamaan ini boleh menjadi hal keluarga atau ibu bapa, kerjaya dan pendidikan. Perempuan sebegini adakalanya terlalu malas untuk berurusan dengan cinta atau mempunyai hubungan cinta yang serius. Bagi mereka, cinta adalah perkara suci, selepas jatuh cinta, mereka berharap cinta itu adalah cinta pertama dan terakhir untuknya.