Sering kali kita dengar cinta jarak jauh payah nak kekal lama atas alasan pasangan curang dan tak setia, di samping faktor-faktor lain yang akhirnya menyebabkan ia putus di pertengahan jalan. Siapa yang mahu menderita kerinduan apabila berjauhan dengan orang yang disayangi?
Pastinya mereka yang kuat semangat dan saling mempercayai sahaja boleh melaluinya dengan penuh sabar, apatah lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin dan terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja.
Jangan jadikan cinta jarak jauh sebagai alasan untuk anda curang dan tak setia dengan pasangan. Setia dan percayalah kepadanya dengan mengamalkan lima tip ini agar cinta jarak jauh yang anda berdua bina berkekalan buat selamanya.
.1. PERCAYA KEPADA PASANGAN
Selalu sahaja kita dengar, apa gunanya bercinta kalau tiada kepercayaan dalam perhubungan. Kepercayaan adalah asas terutamanya dalam perhubungan yang ingin kekal selain rasa bahagia sampai ke penghujung hendaknya. Jadi, percayalah pada pasangan anda tatkala berjauhan. Namun, janganlah pula percaya kepadanya 100%. Letakkan sedikit untuk diri sendiri agar tidak nanti anda kecewa jika takdir tidak menyebelahi hubungan anda berdua.
Dalam cinta jarak jauh ini, saling setia perlulah ditanamkan dalam diri agar hubungan itu boleh kekal lama. Tidak kisah yang belum atau sudah berkahwin, perempuan baik lelaki, kedua-duanya perlu setia dalam perhubungan. Jangan nanti tahu-tahu sahaja dah ada orang ketiga!
Tidak salah untuk anda yang duduk berjauhan untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan hadiah kepada orang yang disayangi. Apabila berjauhan, mungkin anda ingin kirimkan tanda sayang dan rindu kepada pasangan agar kekal ingat kepada anda. Sesekali buatlah kejutan dengan menghantar bunga, hadiah atau sebagainya yang boleh membuatkan hubungan menjadi romantis.
Bagi yang belum berkahwin, sentiasalah berdoa agar hubungan anda berkekalan hingga ke jinjang pelamin seperti yang anda dan pasangan idamkan. Namun jika takdir tidak menyebelahi, terimalah ia sebagai takdir Tuhan untuk memberi petunjuk yang ada lagi orang yang lebih baik daripada si dia. Bagi yang sudah berkahwin pula, semestinya anda perlu kekal berdoa agar si dia yang jauh di mata sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan yang sudah sah itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Sudah semestinya berjauhan itu satu yang menyakitkan, namun rindu yang bertandang kala berjauhan pastinya membuatkan hubungan lebih kekal lama jika anda berdua saling merindui antara satu sama lain. Apatah lagi teknologi kini tanpa sempadan, jadi bukan alasan untuk anda dan pasangan nak berhubung antara satu sama lain. Lepaskan rindu dengan pasangan menerusi Skype, Facetime, WhatsApp, Viber dan banyak lagi. Bila kerap berhubung, anda dapat rasa pasangan seolah-olah dekat dan berada di sisi anda untuk anda berdua hilangkan kerinduan.