Hidup sendirian tidak semestinya sepi. Hidup berkeluarga pun belum tentu meriah. Masing-masing ada alasan tersendiri untuk membuat pilihan dalam hidup. Yang pentingnya, sama ada hidup sendiri atau hidup berumahtangga, jangan sesekali membebankan mak ayah.
Umur makin meningkat tapi diri masih lagi bersendiri. Bukan tak berusaha tapi semuanya menemui jalan buntu. Kawan-kawan serta keluarga kamu pula rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih solo. Penulis dari Amerika Syarikat, Sara Eckel mengupas enam ayat paling kerap didengari daripada mulut-mulut mereka yang single ini.
.
Terlalu Intimidating
Mungkin ada sesetengah daripada kamu agak kabur maksud intimidating. Ringkas cerita, kamu ini dianggap ‘terlalu berdikari’. Contohnya kamu mempunyai kerjaya yang hebat, memiliki sebuah rumah dan beberapa kereta. Kebetulan pula, kamu suka makan bersendirian di restoran mewah. Kamu gembira dengan kehidupan dan menikmatinya. T
Tetapi lelaki di sekeliling melihat, gaya hidup kamu itu membuatkan lelaki takut kerana memikirkan kamu mungkin tidak ada masa untuk mereka. Lelaki suka perempuan yang lemah dan needy. Oh tidak! Kamu baru nak senang-lenang, tetapi ada pula yang memberitahu apa yang kamu miliki itu mungkin jadi penghalang untuk peroleh cinta.
Sangat Memilih
“Kamu sangat memilih.” Ini adalah jawapan favourite apabila ditanya tentang apa kawan dan keluarga katakan mengenai status solo kamu. Ia adalah tuduhan paling selamat kerana sudah tentu susah untuk kamu buktikan sebaliknya. Ada satu sebab kenapa kamu dapat banyak feedback.
Kamu yang cari pasal. Sebab tu banyak ‘merengek’ hinggakan kawan-kawan terpaksa ‘reka’ satu alasan. Jalan penyelesaian: Tidak perlu cerita apa-apa. Lebih baik kamu percayakan pandangan diri sendiri daripada views 12 teman rapatmu. Kamu tidak perlu jelaskan sebab kenapa kamu tak mahu keluar dengan seseorang lelaki yang dikenali selepas pertemuan pertama.
Tak Pandai Rancang Strategi
Kenyataan: lelaki dan wanita mahu benda sama iaitu insan untuk dicintai. Jadi, bagaimana nak tahu jika kamu sedang beralasan untuk lelaki yang memang menjengkelkan atau terlalu kasar kepada lelaki baik tapi jenis pelupa. Well, peganglah pada kata-kata “How does he make you feel?” Adakah alasan daripada lelaki itu buatkan kamu percaya atau adakah ia buat alat penggera dalamanmu berbunyi?
Selalu dengar kan ayat di atas. Contoh situasi Julia. Apabila dia putuskan hubungan dengan Faris, ibu dan adiknya menyatakan dia meletakkan harapan terlalu tinggi pada perhubungan. Well, mungkin Faris lelaki yang baik dan sebab itulah Julia bersamanya selama dua tahun.
Namun bagi Julia, dia langsung tak rasa the spark (if you know what i mean), sebab itulah dia putuskan hubungan. Pelik bukan? Dalam masa yang sama, wanita diharapkan untuk jadi superhuman – menyeimbang sisi yang seksi tetapi perlu tampak sederhana, berdikari dan masih perlukan perlindungan – dan juga kena bersyukur walau sekelumit tumpuan yang lelaki berikan. Bagaimana jika dia berperangai sebaliknya? Wanita kena terima saja?
P/S: Jika kamu dipersoal, katakan “Siapa tahu mungkin perkahwinan itu akan berakhir dengan perceraian. Saya tak nak begitu.”
.
Sangat Mudah Didekati
Kamu menjalinkan hubungan namun tidak pernah berpanjangan. Satu berakhir selepas tiga tahun manakala yang lain hanya bertahan tiga hingga ke enam bulan saja. Jadi, kamu meminta pandangan / nasihat daripada kawan yang sudah berkahwin. Jawapan yang dapat: “Kamu ni mudah jatuh cinta, too available dan tak tahu main tarik tali.”
Alahai…dan kamu pula, menerimanya dengan redha. Dan lagi, nasihat panduan percintaan yang klasik: Jika kamu sayangkan seseorang, jangan sampai dia tahu. Biar dia tertanya-tanya, kerana lelaki suka memburu.
Hello ladies, bitchiness adalah keyakinan yang palsu. Membuat seseorang rasa insecure, menahan diri dari tunjuk baik – itu bukan cara orang berkeyakinan. Cuba ingat kembali kepada kebanyakan self- assured people yang kamu kenal? Ada tak mereka memperlekehkan kamu?
Dan cuba fikirkan reaksi kamu apabila dapat naik pangkat atau dipuji cantik. Adakah ia membuat kamu rasa besar kepala atau kamu balas dengan pujian “Kamu pun apa kurangnya?”
Banyak Songeh
Fobia dengan komitmen? Takutkan intimasi? Terlalu rapat dengan ayah? Jika kamu wanita solo yang tak mahu kekal solo, senarai tuduhan kamu jauh lebih panjang. Tak salah kalau nak langsaikan dilema itu. Cuma masalah akan timbul bila kamu cuba nak selesaikan isu tadi sebagai syarat untuk mencari cinta. Let’s face it: jika semua orang perlu mengetepikan bebanan psikologi sebelum mencari pasangan, pasti ramai lagi insan yang sendirian di dunia ini.
Ya, sudah tentu ada dilema emosi – daripada takut nak luahkan perasaan kepada masalah personaliti serius – yang menjadi penghalang kepada perhubungan yang baik. Fikirkannya begini: Bagaimana jika isu itu hanya wujud dalam fikiran kamu saja dan sebenarnya tak menjadi penghalang pun? Apa kata kamu berhenti percaya yang kamu kurang keyakinan diri atau hanya mahukan jejaka nakal sebagai pasangan.