Kena kahwin lelaki yang bagaimana supaya bahagia?
Jawapan:
Lelaki yang terbaik ialah yang memiliki ciri- ciri ayah kita. Dan kalau suami kita kamcing dengan ayah kita, syukur Alhamdulillah.
Ayah, kita tahu dia marah. Tapi dia cepat- cepat ambik kunci motorsikal keluar rumah lepak dekat kedai roti canai. Dia selalu redakan diri dia.
Ayah, kalau mak marah, dia diam. Kita tahu mak kita salah, tapi ayah pulak yang mintak maaf.
Ayah, kalau mak mintak duit, dia akan bagi secukupnya. Bahagian dia, dia tak fikir sangat. Yang penting anak- anak didahulukan.
Ayah, biasanya anak- anak tak cakap ” I Love U” kat dia. Anak- anak biasa cakap sayang kat Mak. Tapi ayah sayang kita sama sahaja.
Ayah, kalau anak nak masuk U, dia rela jual segala harta. Bagi dia, kebanggaan bila anak berjaya walaupun dia tak ada apa- apa harta.
Ayah, mungkin dia jarang bercakap dengan kita. Tapi doa dia, tak pernah putus.
Ayah, jasa dia pada kita tidak ternilai saudara. Berkorban seluruh jiwa raga dia pada kita. Hanya kita buta menilainya.
Cari lelaki seperti ayah. Mudah- mudahan bahagia.
Al- Fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Main Nak Kahwin Je, 8 Perkara Ni Dah ‘Check’ Belum?
Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya tampak sempurna kerana ada insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi.
Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya anda perlu mengenali si dia dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata.
Tip ini mungking berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.
Agama
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Harta
Berbicara soal harta, tidak bermakna anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya yang disebut sebagai nafkah. Apa guna suami kaya tetapi kedekut dengan isteri dan tidak memberi nafkah.
Akhlaknya
Antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan adalah penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, merendah diri dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Lihat juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Kusangka Bujang, Rupanya Suami Orang!
Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar.
Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.
Bebas Penyakit
Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.
Malas vs Rajin
Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan ‘menang tangan’ jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.
Hobi
Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.
Pekerjaan
Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Giliran Balik Raya, Tolong Bersikap Adil Dalam Hubungan
Giliran balik raya ni sebenarnya adalah sesuatu yang tak wujud dan ini atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri. Begitu komen seorang saudara.
Betul, tepat, konsep ihsan, jadi suami tak wajib ikut kehendak isteri untuk beraya di kampung isteri. Nak tahu lebih lagi jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin ini…
Giliran Balik Raya
“Tahun ini rumah suami, tahun depan rumah suami, tahun 2021 rumah suami, tahun 2099 rumah suami.”
Mari kita tengok beberapa konsep ihsan isteri dalam rumah tangga.
Isteri wajib tak buat kerja-kerja rumah? Tak wajib, tapi disebabkan dia nak jadi isteri yang baik, dia faham yang suami dia letih mencari rezeki, dia faham yang suami dia tak ada masa untuk buat, maka dia buat.
Tugas isteri hanyalah melayani suami sahaja, ini kewajipan dia, bukan kerja rumah. Ini ihsan isteri ke atas seorang suami.
Isteri wajib bekerja tak? Tak wajib, tempat isteri sepatutnya di mana? Di rumah. Jadi kenapa isteri bekerja? Menolong membantu meringankan beban suami dalam menguruskan rumah tangga, meringankan beban, bukannya mengambil alih beban.
Ada tak isteri tolong bayar bil utiliti setiap bulan? Ada tak isteri kongsi bayar ansuran rumah, ansuran kereta? Ada, dan bila mana dia buat semua itu, dia tolong bayar, itu ihsan isteri ke atas seorang suami.
Kalau suaminya mampu, dia tak perlu untuk buat semua itu. Dia hanya duduk di rumah tengok samarinda.
Hak Ke Atas Gaji
Isteri ada hak tak ke atas duit gajinya? Ada, hak sepenuhnya, hak total, suami boleh guna duit isteri tak? Kalau isteri izinkan dan redha, boleh. Kalau dia tak izinkan, dan tak redha, tak boleh. Ada tak isteri beli barang dapur dengan duit dia sendiri?
Beli baju dengan duit dia sendiri? Beli ubat dengan duit dia sendiri?
Ada ganti tak duit yang isteri belanjakan itu? Kena ganti sebab menyediakan makan minum, pakaian dan perubatan itu tugas suami. Isteri rela dan redha guna duit dia unutk beli barang dapur, pakaian, perubatan atas asbab ihsan isteri ke atas seorang suami.
Jaga Orang Tua
Isteri wajib tak jaga orang tua suami? Tak wajib. Kalau dia jaga dikira apa? Ihsan… kewajipan menjaga orang tua suami itu terletak di bahu suami dan adik beradiknya. Abang suami, kakak suami, adik suami, ini semua adalah anak dan sebagai anak mereka perlu berbakti kepada orang tua mereka.
Kenapa isteri jaga orang tua kita? Sebab kita tak boleh nak jaga, kita kena keluar bekerja. Maka satu lagi konsep ihsan isteri ke atas seorang suami.
Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berlambak-lambak ihsan seorang isteri kepada seorang suami dan seorang isteri memerlukan ihsan seorang suami hanya 2 KALI SETAHUN, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha.
Itu pun selang-selang, bukan setiap tahun dapat balik beraya rumah orang tuanya.
Bersikap Adil Dalam Hubungan
Ihsan seorang isteri itu cukup banyak kepada seorang suami, makanya, cubalah bersikap adil dengan meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya.
Kalau dipersetujui tahun ini rumah kita, maka hormatilah persetujuan itu dan tahun depan rumah dia pula. Jangan tiba-tiba berdalih, bagi alasan, cuba untuk tidak balik ke rumah oramg tuanya.
Suami yang sedar akan apa yang isterinya dah buat untuk dirinya, dia akan ikut giliran seperti yang dah dipersetujui bersama. Bersikap adil dan berihsan kepada si isteri.
Dia bukan anak yatim piatu, dia pun ada mak bapak dan dia pun nak beraya dengan mak bapak dia selagi mak bapak dia masih hidup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pergi Kenduri Kahwin Kawan, Tapi Tak Tahu Nak Bagi Hadiah Apa, Lelaki Ini Kongsi Tip Beli Yang Sesuai
Anda bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anda. Kebiasaannya sebagai rakan, anda tidak hanya datang kosong. Tentulah ada buah tangan untuk rakan anda sebagai meraikan perkahwinan mereka.
Selalunya yang menjadi masalah tentulah hadiah apa yang ingin diberikan pada rakan anda dan pasangan. Sebenarnya faktor utama pemilihan sesuatu hadiah itu ialah hadiah apa yang ingin diberikan kepada rakan anda itu.
Melalui satu perkongsian dilaman Twitter, Iffat Salleh berkongsi tip pemilihan hadiah untuk diberi pada rakan yang berkahwin.
Nak pergi kenduri kahwin kawan, tapi tak tahu nak bagi hadiah apa? Anda kena tahu dulu apa fungsi hadiah itu, barulah senang nak pilih.
Ini tip ringkas berkenaan hadiah perkahwinan.
1. First of all, hadiah tak wajib bagi. Cukup sekadar hadir ke majlis. Bila sudah dijemput ke kenduri kahwin, anda WAJIB pergi! Hadiah tu extra, kalau bagi, kawan anda akan lebih appreciate.
2. APA FUNGSI HADIAH?
Hadiah untuk pengantin ni akan digunakan oleh mereka lepas majlis nanti. Lebih bagus jika hadiah anda boleh digunakan bertahun-tahun, tersemat memori korang dalam kehidupan dia.
3. Anda kena faham, lepas kahwin memang akan pakai banyak duit untuk beli barang dan masuk rumah baru. Jadi kena pilih hadiah yang sesuai dengan situasi selepas kahwin.
4. Selalunya kalau dulu-dulu orang bagi set cawan dan pinggan. Betul dah tu, sangat berguna untuk rumah baru pengantin. Tapi kalau 30 org bagi set yang sama, termuntah kawan tu nak susun cawan. 20 tahun pun belum tentu diguna, hiasan je dalam almari.
5. Ini beberapa hadiah lain yang anda boleh bagi:
> Hiasan rumah
> Pokok artificial
> Pembakar roti
> Oven/microwave
> Vacuum
> Drill
> Set baju couplerumah
> Set baju tidur
> Set tuala mandi
> Sarung tilam
> Set pisau
> Water heater
> Water filter
> Carpet
> Mini sound system
> kasut sukan
> Set stokin
> Rak pinggan
> Kuali / periuk
> Set sudip
> Batu lesung
> Parang
Boleh dapat gambaran dah hadiah apa yang sesuai untuk pengantin?
6. Hadiah yg disenaraikan ni mungkin nampak pelik, tapi believe me, mereka akan gembira bila terima hadiah begini. Mereka akan lebih menghargainya dan mengingati anda setiap kali nampak peralatan yang mereka guna.
7. Semua itu boleh dapat di mr diy, homeware malah eco pun ada set tupperware dan pinggan yang cantik-cantik. Tak perlu cari yang mahal, yang penting ada fungsinya selepas mereka selesai kahwin nanti.
8. Lepas ni jangan bagi benda yang sama je, bagi something out of the box.
Fikirkan apa yang mereka perlukan 2-3 tahun akan datang. Tak perlu mahal, asalkan ianya berguna.
Sumber: Twitter Iffat Salleh Kredit foto (top image): Pixabay
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI