
Tidak sempurna pengantin tanpa inai atau lukisan henna.Inai akan menjadi salah satu perhiasan utama ketika majlis perkahwinan anda. Berinai sebaiknya dilakukan dua hari sebelum majlis akad nikah berlangsung agar inai yang dipakai akan kelihatan merah dan cantik pada hari perkahwinan. Carilah mereka yang pakar dalam memakaikan dan melukis inai agar inai anda akan tampil cantik dan bertepatan dengan kehendak anda.
Tip pakai inai;
- Lepas lukis, tunggulah kering dulu, kemudian kupas je inai tu, bukan basuh guna air and siap sental lagi. haa. jangan buat macam tu sebab inai akan pudar dan hilang.
- Pastikan juga sebelum nak lukis inai , tangan anda bersih tanpa lotion. sebabnya lotion ni dia ada bahan kimia. jadi nanti ukiran tersebut tidak berapa nak lekat pada kulit anda, dan lukisan tersebut boleh juga mengembang.
- Andai kata minggu majlis berinai, still ada lagi inai tersebut, tolong bersihkan dengan sebersih bersihnya sebab kalau double lukisan inai, inai tersebut tidak akan lekat sepenuhnya pada kulit.
- Selepas lukis, jangan gatal tangan sental masa mandi. Kena air tu boleh je, Tak jadi sebarang masalah pun, cuma jangan disental lagi. dah sental siap letak sabun lagi tu, Sudah tentu inai akan pudar dan cepat tanggal.
Corak inai yang boleh bakal pengantin buat nanti;







Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wujudkah Istilah Suami Nusyuz

Wujud istilah atau suasana suami yang nusyuz.
Dalilnya ialah ayat al-Qur’an ini: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya sikap nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang baik) kerana perdamaian itu lebih baik; sedangkan sifat kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. [al-Nisa’ 4:128]
Ayat ini ditujukan kepada para isteri. Perhatikan di permulaan ayat di mana Allah menyebut “…bimbang akan timbul…”, bererti isteri sentiasa prihatin kepada sikap suami dan segera bertindak apabila wujud tanda-tanda awal bahawa suami akan nusyuz atau tidak melayaninya dengan baik.
Nusyuz secara bahasa bererti tinggi. Dalam konteks ayat ini, ia bererti suami yang tinggi diri, ego, sombong dan bersikap ala diktator. Tidak melayaninya bererti tidak memberi nafkah batin kepada isteri seperti belaian kasih sayang, santapan rohani, pelukan dan hubungan seks. Jika suami menunjukkan tanda-tanda awal yang negatif seperti ini, maka ayat al-Qur’an di atas menyuruh isteri segera bertindak.
Tindakan pertama ialah “…membuat perdamaian di antara mereka berdua”. Yakni mencari dan mengorak langkah-langkah bagi mengelakkan tanda-tanda awal nusyuz dan tidak layan tersebut daripada menjadi kenyataan.
Ayat ini menggunakan istilah perdamaian kerana lazimnya apabila suami bertindak sedemikian, ertinya sudah wujud bibit-bibit persengketaan di antara suami dan isteri dalam rumahtangga tersebut. Bibit-bibit tersebut mungkin kecil dan dipandang ringan, akan tetapi bukankah kata pepatah ada menyebut “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”?
Seterusnya Allah berfirman: “…kerana perdamaian itu lebih baik” yakni apabila dibandingkan dengan perceraian. Allah menyatakan sedemikian kerana sebahagian isteri, apabila wujud tanda-tanda awal nusyuz atau tidak layan di pihak suami, mereka akan segera menuntut cerai. Rangkap ayat ini seolah-olah menyentuh suasana realiti masa kini, di mana agak ramai pasangan yang begitu mudah bercerai.
Apabila timbul sikap nusyuz atau tidak layan daripada suami, isteri menjadikan penceraian sebagai solusi tanpa sungguh-sungguh mengusahakan langkah-langkah perdamaian. Mereka menyangkakan penceraian itu adalah lebih baik berbanding “keseksaan” hidup bersama.
Namun setelah melaluinya, ternyata bahawa penceraian itu sendiri adalah satu penyeksaan yang dahsyat sehingga tidak sedikit di antara mereka yang menyesal.
Perkara yang sama juga ditujukan kepada para suami agar jangan segera menjadikan penceraian sebagai solusi masalah rumah tangga.
Allah berfirman dalam ayat yang lain: Kemudian jika kamu (wahai suami merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [al-Nisa’ 4:19]
Kembali kepada masalah suami yang dibimbangi nusyuz, tindakan kedua merujuk kepada firman Allah: “…sedangkan sifat kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.” Apabila melakukan perdamaian, mesti ada sikap saling memaafkan, saling mengaku kesilapan diri sendiri, saling memberi serta menerima (give and take), saling berjanji untuk melakukan pembaikan dan saling berusaha ke arah kebaikan.
Sikap-sikap mulia seperti ini tidak akan wujud pada diri orang yang bersifat kedekut. Atas dasar inilah Allah memberi peringatan “… sedangkan sifat kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia” agar pasangan suami isteri sedar akan sikap kedekut yang ada dalam diri masing-masing dan segera menjauhinya dalam proses perdamaian tersebut.
Akhirnya Allah memberi motivasi: “Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman)” Allah menggunakan kata ganti “kamu” dan bukannya “kalian berdua” dalam rangkap terakhir ini kerana ia ditujukan secara individu kepada suami dan isteri agar masing-masing memainkan peranan ke arah perdamaian, berlaku baik dan mencegah diri daripada menzalimi pasangan.
Apa jua yang dilakukan oleh isteri, apa jua yang dilakukan oleh suami, “…maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.”
Demikianlah ayat al-Qur’an berkenaan suami yang nusyuz dan langkah-langkah yang patut diambil oleh isteri apabila timbul tanda-tanda awal suami akan nusyuz atau tidak melayannya. Perhatikan perbezaan besar langkah-langkah yang perlu diambil oleh isteri ke atas suami yang dibimbangi nusyuz dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh suami ke atas isteri yang dibimbangi nusyuz.
Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah Juruterbang MAS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Tanda Pasangan Kita Ada Pendam Perasaan Tak Puas Hati Walaupun Dia Selalu Tersenyum

Pernah tak anda lihat perangai pasangan anda lain tak seperti hari biasa? Apa yang anda cakap semua dia iyakan sahaja. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Pernah mengalami masalah seperti ini? Itu mungkin tandanya pasangan anda sedang pendam sesuatu.
Kalau berlaku begini adalah baiknya jika anda sendiri yang bertanya padanya apa yang dia pendam atau merasa marah disebabkan anda. Kadang-kadang mereka ni senyum diluar tapi dalam hati dia sendiri je yang rasa. Mungkin ini antara perangai mereka yang anda tak tahu sebenarnya si dia tengah pendam sesuatu.
1 – Suka Berdiam Diri
Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri
Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak
Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira
Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes
Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Pengantin Bertudung, Ini Rahsia Elak Rambut Berbuah

Isi Kandungan
ToggleRambut berbuah biasanya dikaitakan dengan wanita bertudung. Tabiat mengikat rambut ketika basah, atau memakai tudung dalam keadaan rambut masih belum kering menyebabkan bakteria tumbuh dan melekat pada rambut. Dalam bahasa mudah, rambut berbuah merujuk kepada masalah ketepuan produk pada kulit kepala anda disebabkan penjagaan kulit kepala yang tidak teliti. Jika dibiarkan akan terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan. Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut.
Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan. Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya.
Berikut adalah beberapa tip untuk mencegah rambut berbuah:
1.Gunakan clarifying shampoo
Clarifying shampoo adalah cara paling biasa untuk menyingkirkan ketepuan produk pada rambut. Pun begitu, jangan gunakan syampu ini secara berlebihan. Disebabkan kesannya yang kuat, ia boleh mengeringkan kulit kepala. Penggunaan sekali sebulan sdah mencukupi.
2. Bilas dengan Cuka Epal Sider
Banyak produk rambut boleh mengganggu pH semula jadi rambut dan memberi kesan negatif kepada keadaan kulit kepala. Mengambil pendekatan DIY, anda boleh menggunakan cuka epal sider (apple cider vinegar) untuk menyingkirkan ketepuan produk. Ia juga membantu mengembalikan rambut dan kulit kepala ke pH semula jadi. Tetapi jangan gunakan secara langsung sebaliknya campurkan dengan air dalam nisbah 1:4 untuk membilas rambut.
3.Cuba Gunakan Jus Lemon
Sepertimana cuka epal sider, jus lemon turut mempunyai nilai pH yang sama. Campurkan dengan air sebelum digunakan seperti cuka epal sider. Keasidan jus lemon membantu menyingkirkan kelemumur dan sisa produk, membersihkan kulit kepala seperti syampu. Biarkan campuran tersebut di kulit kepala selama 10 minit, sikat dan bilas setelah selesai.
4. Pengelupasan dengan Baking Soda
Apabila rambut anda bertambah berat dengan produk melekit, cuba gunakan baking soda sebagai exfoliant kulit kepala. Anda boleh mencampurkan dengan air, kondisioner dan beberapa titis minyak kegemaran anda. Alirkan campuran tersebut melalui rambut yang lembap sewaktu mandi dan ikuti dengan kondisioner rambut yang sesuai. Jangan amalkannya lebih daripada sekali sebulan.
5. Gunakan Syampu dan Kondisioner yang Sesuai
Disebabkan anda tidak boleh menggunakan syampu clarifying dengan kerap, pastikan anda menggunakan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepada dan rambut anda. Cari syampu yang ringan dan kurang bahan yang memberatkan seperti paraben, sulfat, dan silikon yang meninggalkan sisa pada rambut.
6. Biarkan rambut lepas
Setelah seharian dikepam dan diikat di dalam hijab, membiarkan rambut anda lepas lebih baik. Bahkan apabila rambut tidak diikat atau saling berselirat, produk rambut akan kurang mempunyai gumpalan kawasan untuk menetap. Pastikan rambut anda kering sebelum memakai hijab.
Berhijab bukan alasan untuk tidak memastikan rambut anda sihat dan cantik. Amalkan tip tersebut dan jaga kebersihan kulit kepala anda sebelum rambut kembali berbuah.
OLEH :HELMA HASSAN
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI