Ada beberapa konsep yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara asasnya ialah, lelaki ini dia nak dihormati. Manakala wanita pula dia nak disayangi. Apa yang terjadi pada ramai pasangan diorang menjangka akan dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.
Maksudnya, kalau awak sayang saya, saya hormat awak. Begitu jugalah pada lelaki. Awak hormat saya, saya sayang awak. Sebenarnya, kuncinya ialah kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu. Nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatik!
Dan yang menariknya, benda ini ada dalam solat jemaah. Bila solat jemaah, automatik Sense of Hormat pada suami itu akan terbentuk dalam jiwa isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun, semua isteri aminkan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan dan Matlamat kalau sama-sama berdoa ini.
The cycle will continue. Bila suami dihormati, dia automatik akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila dicintai, automatik timbul rasa hormat. Begitulah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, asbab solat jemaah.
Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak bergaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah, ajak dia solat jemaah. Susahlah kalau dah solat jemaah hari-hari, nak gaduh juga. Tak percaya, cuba dulu selama 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, rahmat Allah itu turun mencurah-curah. Allah redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah-limpah Allah turunkan, InsyaAllah.