Tidur itu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Tidur malam pula selain penghilang mengantuk, memberi manfaat yang cukup besar bagi anda yang ingin kulit cantik dan sihat.

Setiap orang daripada kita dianugerahkan dengan kulit yang sihat, cantik dan licin. Jika tidak, masakan setiap bayi itu lahir dengan kulit yang lembut tanpa noda. Hanya apabila kita tidak menjaga cara hidup dan disebabkan persekitaran, membuatkan kulit wajah kita mudah bertukar rupa. Maka timbullah masalah seperti jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya.

Untuk cantik kita perlu disiplinkan diri dan jangan malas. Merawat kulit tidak hanya pada waktu siang hari sahaja. Sebaliknya, waktu malam adalah waktu puncak dan berperanan besar dalam menentukan perubahan kulit muka terutamanya ketika anda sedang lena diulit mimpi. Justeru, adanya kaitan antara tidur dengan kecantikan.

TIDUR SEAWAL JAM 10

Cuba lihat bagaimana keadaan kulit wajah kebanyakan orang yang mengamalkan gaya hidup malam atau night life? Rata-rata yang  tidak menjaga waktu tidur atau suka tidur lewat mempunyai masalah kulit sembap, kering, tidak bermaya, kulit kendur, tidak anjal dan nampak tua daripada usia sebenar. Walaupun waktu tidur disarankan lapan jam sehari, tetapi ia belum cukup bagus untuk kulit anda. Selain tempoh waktu tidur, pada jam berapa anda masuk tidur juga perlu dititikberatkan.

Ads

RUTIN CANTIK SEBELUM TIDUR

Tabiat wanita yang suka tidur dengan mekap adalah tabiat yang sangat buruk, umpama mempersilakan penuaan menjengah ke kulit muka. Katanya sebelum masuk tidur, anda seharusnya memastikan kulit muka benar-benar dalam keadaan bersih. JIka mekap masih di muka, ia menghalang kulit untuk menyubur dan sel kulit tidak akan bertukar.

Berikut adalah enam langkah yang mesti dilakukan oleh setiap wanita sebelum masuk tidur jika anda mahu bangun dengan kulit cantik bersinar:

Ads

LANGKAH 1

PENCUCI MEKAP : Setiap kali pulang ke rumah selepas bekerja atau melakukan aktiviti di luar rumah, pastikan anda cuci muka dengan pencuci mekap terlebih dahulu. Walaupun anda sekadar menyapu bedak padat, anda mesti menggunakannya kerana pencuci muka tidak mampu untuk menyental lapisan bedak asas itu. Apabila menggunakan kapas untuk menanggalkan mekap, jangan kesat terlalu kuat sehingga menyebabkan kulit tertarik. Ini akan menyebabkan keanjalan kulit terjejas.

LANGKAH 2

PENCUCI MUKA : Selepas wajah bebas daripada mekap, mulalah mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai mengikut kesesuain kulit. Apabila mencuci muka, jangan sekadar digosok sambil lalu kemudian terus bilas. Kebanyakan wanita yang ditemui mendedahkan bahawa mereka mengambil masa kira-kira 30 hingga 60 saat sahaja untuk mencuci muka. Cukuplah tempoh masa itu sekiranya anda sepatutnya mencuci sambil mengurut lembut muka, menyental lembut di bahagian terpencil seperti celah hidung dan leher juga?

Ads

LANGKAH 3

LOSEN/PENYEGAR : Selepas muka dicuci dan dikeringkan dengan tuala bersih, sapu penyegar dengan menekap lembut pada kulit. Penyegar ini penting untuk memastikan pori-pori terbuka dan ditutup kembali.

LANGKAH 4

SERUM : Sapu pula serum ke serata kulit wajah termasuk leher. Serum mengandungi bahan aktif yang mampu menembusi kulit wajah untuk menyuburkannya.

LANGKAH 5

KRIM MATA : Kulit sekitar mata sangat sensitif. Justeru, ia memerlukan produk penjagaan khas. Sapukan krim mata di sekitar bahagian mata diikuti dengan urutan ringan bagi melancarkan peredaran darah di bahagian itu. Urutan boleh dilakukan dengan menepuk-nepuk perlahan di bahagian bawah mata dengan hujung jari secara berulang.

LANGKAH 6

KRIM MALAM : Akhir sekali, sapukan krim malam di wajah dan leher. Pemilihan krim malam bergantung pada jenis kesesuaian kulit wajah anda. Pilih yang mengandungi pelembap agar anda tidur dalam keadaan kulit segar, gebu licin dan mengelakkan kulit terdedah kepada kekeringan aptah lagi jika anda tidur dengan penghawa dingin.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI