Button badge kini digunakan untuk pelbagai majlis dan program. Untuk majlis seperti majlis perkahwinan, button badge biasanya dipakai oleh ahli keluarga pengantin pada hari majlis untuk memudahkan tetamu yang hadir mengenali siapa keluarga pengantin.
Selain itu, pembantu majlis atau orang rewang juga ada memakainya. Tidak lupa juga untuk photographer, videographer, mak andam dan Dj yang memeriahkan lagi majlis itu.
Namun, itu terpulang kepada keluarga masing-masing untuk membuatnya atau tidak. Jika keluarga anda bercadang untuk memakainya jom lihat antara corak yang menarik.
Dengan adanya button badge yang dipakai ia sekali gus menyenangkan tetamu untuk memberi hadiah dan
bersalaman bersama keluarga mereka.Kalau anda kreatif, anda mungkin boleh design sendiri corak mengikut citarasa anda. Lebih puas hati dan jimat kerana hanya upah untuk mencetak sahaja.