2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang (hiris dan goreng garing)
Sedikit hati ayam(hiris dan goreng) tak nak letak pun boleh, nak letak isi udang segar pun boleh, goreng sekejap.
2 paket suhun
Sedikit kacang panjang (hiris serong)
1 keping fucuk (potong) tidak letak pun ok
1 sdb gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sdt garam
Kicap manis secukupnya
1/2 cawan air asam jawa (cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Ads
Bahan Tumis
2 biji bawang besar(hiris nipis)
4 ulas bawang putih(hiris nipis)
10 tangkai cili kering(potong nipis menyerong)suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong
Ads
Caranya
Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis, tumis hingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam, renjiskan kicap manis, kacau hingga naik minyak, masukkan suhun dan fucuk serta air. Masukkan pula kacang panjang, kacau seketika, masukkan bahan-bahan lain yg dah siap digoreng tadi, gaul rata, sesuaikan rasa, tutup api.
SUMBER : SENANGNYA MASAK FACEBOOK
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya ada cara jimat dan hasilnya comel kalau nak buat ole-ole untuk diberi kepada tetamu waktu majlis kenduri. Eh, tetapi cara ini juga bagus kalau anda nak guna untuk majlis hari lahir atau akikah, sesuai dijadikan doorgift juga!
Hanya dengan menggunakan cawan kertas, namun hasilnya memang nampak unik dan sesuai untuk bagi pada kanak-kanak.
Nak tahu langkah demi langkahnya, ikuti perkongsian detail daripada Sayyidatina Syafiyah untuk dijadikan panduan.
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Perlaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Rasulullah menyatakan;
“Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
(Hadis ini direkodkan daripada Bukhari)
Hadis ini hadis umum. Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah. Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal. Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Istikarah bukan sahaja untuk memilih jodoh
Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita. Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan menetapkan hati kita.
Berkait dengan hati
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ?
Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.
Istisyarah atau mesyuarat
Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya.
Sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.
Sumber : BaitulMuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Raya pada tahun ini hanya dibenarkan sekiranya anda berada di dalam daerah yang sama dan tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Memang kecewa tetapi ini demi kebaikan kita semua.
Selain daripada ahli keluarga, antara perkara yang dirindui ketika Hari Raya adalah makanan raya. Rendang, nasi impit, kuah lodeh, lemang dan macam-macam lagi, memang sedap!
Jika tahun lepas kita hanya makan masakan mak, tahun ini berbeza kerana kita perlu memasak sendiri. Masa inilah rasa menyesal kenapa tak belajar resipi rendang awal-awal.
Jangan risau, jika anda teringin makan rendang ayam, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nurain Sulaiman ini. Memang mudah dan anda hanya perlu ikut ‘step-by-step’.
*****
Resipi Rendang Ayam
Bahan-bahan kisar:
Bawang kecil + besar
Halia
Lengkuas
Bawang putih
Serai
Kunyit hidup
Bahan-bahan lain:
Ayam setengah ekor (basuh bersih dan tos)
Cili kering – 15 tangkai
1 sudu rempah daging (optional)
1 sudu rempah cili untuk warna (optional)
Daun kunyit
2 sudu kerisik
1 kotak santan
Gula merah (optional)
2 sudu gula
Cara memasak:
1. Blend bahan-bahan kisar sehingga halus supaya kuah tidak berserabut.
2. Kisar cili kering. Dalam gambar ini, dalam 15 tangkai. Jumlah cili mengikut tahap kepedasan yang dimahukan.
3. Masukkan rempah daging dan rempah cili ke dalam bahan kisar tadi.
4. Panaskan sedikit minyak.
5. Tumis bahan-bahan tadi (bahan kisar yang dicampur bersama rempah daging dan rempah cili)
6. Masukkan cili yang dikisar.
7. Letakkan daun kunyit, yang ini kalau tak nak pun takpe sebab nanti nak letak yang racik halus.
8. Sementara menunggu kuah masak dan naik minyak, boleh racik halus daun kunyit.
9. Masukkan asam keping.
10. Masukkan kerisik dua sudu.
11. Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya.
12. Masukkan santan sekotak atau sebiji kelapa.
13. Masukkan gula merah (ini optional).
14. Masukkan dua sudu besar gula.
15. Bila dah masak lebih kurang sejam, kuah akan nampak gelap dan pecah minyak. Kemudian boleh masukkan daun kunyit. Saya masukkan air 2 cawan berselang-seli bila kuah tu memekat.
16. Dah siap rendang ayam. Kena selalu kacau ye takut kuah hangit.