Jangan malu untuk ratukan isteri, suatu masa anak-anak akan ‘hidang’ semula pada pasangannya. Apa yang mereka dapat, itu lah yang akan dia praktik.
Cuba Ratukan Isteri
Jadi, berusaha lah untuk bahagiakan pasangan dengan cara terbaik dan sederhana mungkin. Tidak lah sampai membeli hadiah yang mahal-mahal tetapi cukup jika anda dapat melengkapi apa yang kurang dan bahagiakan dengan cara ini:
1. Cintailah isterimu
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yang melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam.
Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir.
Jika anda menyayangi isterimu, maka kasih dan cintailah keluargamu.
2. Luang masa bersama
Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi. ‘Bonding time’.
Sesi bersantai dan bermesra bersama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri.
Ads
Jika punya bayi kecil. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda.
Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3 bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.
3. Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda.
Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti.
4. Fahamilah karakter setiap anak anda
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.
Ads
Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.
5. Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi.
6. Disiplinkan anak anda dengan kelembutan
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah.
Ads
7. Tabungan masa hadapan
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga.
Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.
8. Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan anta satu sama lain supaya mereka rasa disayangi.
9. Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat, dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan takut kepada Allah.
10. Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah.
Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya.
Semoga Allah membimbing kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat) Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
.
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui:
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti akan melalui beberapa proses sebelum sah bergelar suami isteri. Antara proses yang dimaksudkan termasuklah perkenalan antara anda dan bakal mentua. Pastinya perjumpaan dengan bakal mertua buat pertama kali merupakan saat yang cukup mendebarkan.
Langkah yang paling penting saat pertemuan ini adalah untuk mengambil hati mereka. Mungkin ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Namun, anda harus bijak dalam menangani situasi dengan memikat hati bakal mertua anda. Jangan biarkan bakal mertua anda mempunyai persepsi negatif pada anda terutama pertemuan buat pertama kali. Ini sedikit sebanyak menggambarkan siapa diri anda yang sebenarnya. Jom kita lihat 6 cara efektif untuk memikat hati bakal mertua buat pertama kali bertemu!
1. PERHATI DAN PELAJARI TENTANG BAKAL MERTUA
Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mertua anda sukakan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang bagaimana mereka sukakan. Kaji sedikit mengenai latar belakang mereka melalui pasangan anda agar saat berjumpa nanti, anda mempunyai topil untuk dibualkan.
2. JAGA PERCAKAPAN
Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari menjadi menantu pula. Jika bakal mertua anda seorang yang pendiam, sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan tentang hobi dan pekerjaan mereka.
3. RINGANKAN TULANG
Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan. Sebagai contoh, jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati. Ringankan tulang untuk membantu bakal ibu mertua di dapur. Dengan cara ini, bakal mertua anda dapat melihat anda sebagai seorang yang rajin.
4. JANGAN LUPA UNTUK MEMUJI
Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada tempatnya dan juga masanya untuk memuji. Sebagai contoh, anda boleh memuji masakan ibu pasangananda sedap atau kediamannya cantik dan kemas. Tapi ingat, jangan memuji secara berlebihan hingga anda diaggap cuba membodek mereka.
5. BERPAKAIAN SOPAN
Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dalam pemakaian. Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Bagi lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok mata.
6. BERI BUAH TANGAN
Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka, belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari bakal menantu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayat 1000 Dinar adalah potongan ayat al-Quran iaitu bahagian akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3 Surah At-Talaq. Ayat ini sangat terkenal dengan kelebihannya iaitu untuk dimurahkan rezeki dan menerima rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.
Sejarah Ayat Seribu Dinar
Namun begitu, Ayat 1000 Dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Terdapat banyak versi cerita berkenaan kisah Ayat 1000 Dinar ini. Ada kisah berkenaan Nabi Khidhir dan pedagang, dan pelbagai lagi cerita.
Yang pastinya, kami tidak ingin mengulas sejarah Ayat 1000 Dinar ini kerana kami sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Malah, Nabi Muhammad saw sendiri tidak menamakan ayat 2-3 Surah At-Talaq itu sebagai Ayat 1000 Dinar.
Walaupun masih belum menerima sebarang rekod yang sahih menyatakan bilakah dan siapakah yang menggelar ayat tersebut sebagai Ayat 1000 Dinar, namun tidak salah untuk mengamalkannya. Paling penting untuk dinilaikan daripada Ayat 1000 Dinar ialah apakah isinya, pengajaran-pengajarannya, dan yang berkaitan dengannya.]
Melalui Ayat 1000 Dinar juga, kita dapat lihat dua keadaan yang Allah akan berikan rezeki dan keluarkan kita dari kesusahan, iaitu dengan bertaqwa dan bertawakkal.
Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintahNya dan menjauhi laranganNya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.
Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:
“Barang siapa banya beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakani rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
Hadis di atas sekaligus menjadi penguat tafsir Ayat 1000 Dinar.
Manakala, bertawakkal pula adalah menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah swt setelah kita berusaha. Jika melihat dari aspek rezeki, setelah kita berusaha bekerja untuk mencari rezeki, maka bertawakkallah kepada Allah. Ini kerana segala rezeki yang kita terima adalah dari Allah swt yang bersifat Ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki Rezeki).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!