Siapa yang susah nak minum air kosong? Ramai bukan? Kebanyakkan orang sukar untuk menghabiskan satu botol air kosong sungguhpun ia memberi banyak manfaat pada tubuh badan. Ada caranya yang boleh membuatkan anda ‘berselera’ menikmati air kosong yang sudah difusionkan.
Infused water atau air detoks memang tidak asing lagi. Semua orang pasti tahu akan kebaikan air detoks apatah lagi pada bakal-bakal pengantin. Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.
Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membuatkan bakal pengantin nampak lebih berseri!
Di antara kebaikannya:
* Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
*Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
*Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
*Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
*Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Ads
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Ads
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
1. Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
2. Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
3. Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
Ads
4. Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja.
5. Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
6. Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
7.Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori!
Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Seorang wanita kahwin dengan bekas abang ipar menjadi tular selepas memuat naik gambar perkahwinan kakak bersama abang ipar yang kini sudah bergelar suaminya, pada 2015.
Wanita yang berusia 21 tahun menetap di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur ini dikenali sebagai Sinta reda dengan takdirnya selepas kematian kakaknya.
Kahwin Dengan Bekas Abang Ipar
Menerusi akaun @sntafby_, Sinta memuat naik gambar berserta kapsyen pendek berkenaan aturan jodoh yang hadir tanpa dirancang.
Rupanya ada cerita pilu di sebalik mahligai cinta yang dibina dengan lelaki itu. Sinta rupanya berkorban demi memenuhi amanat daripada kakaknya yang telah meninggal dunia.
Namun begitu, wanita tersebut tampil menjelaskan kisah yang berlaku di sebalik keputusan yang dibuatnya itu.
Amanah Kakak
Menurutnya, kakaknya sudah meninggal dunia pada 17 Oktober 2022 yang lalu dan meninggalkan abang iparnya bersama seorang anak lelaki.
Allahyarham kakaknya itu kemudiannya mengamanahkan suami serta dirinya untuk menjaga kanak-kanak yang bernama Zayn yang berusia tujuh tahun.
Beliau juga berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.
“Menghantar Abang Zayn ke sekolah dan berenang bersama Adik Lala.
“Meraikan ulang tahun Zayn kali pertama tanpa bondanya, menghantar Zayn berkhatan pada usia tujuh tahun, menghantar dan menjemputnya setiap hari.
“Moga bonda tenang, Abang Zayn kami jaga dengan baik. Oleh kerana memang bonda sayangkan Zayn dan tidak mahu anaknya disakiti, dititipkan Zayn kepada Ayah dan Aunty,” kongsi Sinta menerusi salah satu hantarannya.
Doa Yang Baik Atas Perkahwinan
Warga maya rata-rata mendoakan perkahwinan mereka itu berkekalan sambil menyifatkan kisah yang berlaku itu persis seperti kisah yang diceritakan di dalam novel mahupun filem.
Menurut Islam, hubungan ipar adalah mahram muakkat iaitu haram sementara. Oleh itu, aurat dan sentuhan antara ipar duai adalah dilarang manakala menghimpunkan penikahan antara adik-beradik diharamkan.
Namun begitu, Islam membenarkan perkahwinan dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku penceraian dan selesai beriddah dengan isteri.
Ini bermakna apabila seseorang isteri meninggal dunia atau diceraikan dan selesai iddah, suaminya boleh mengahwini adik atau kakak iparnya.
Istilah Melayu menyebutnya sebagai ‘salin tikar.’ Justeru, Islam membenarkan perkahwinan dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku perceraian dan selesai beriddah dengan isteri.
Kisah rumah tangga memang menjadi perhatian ramai. Namun ia tidak wajar diperkatakan atau dijadikan ‘bahan membawang’ seolah-olah kehidupan masing-masing cukup sempurna.
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak isu rumah tangga menjadi bualan warga maya apatahlagi jika ianya melibatkan selebriti. Bukan ‘main’ seronok lagi bila masing-masing bercerita tentang perihal rumah tangga orang seolah-olah tahu serba-serbi.
Tidak dapat dinafikan, kisah pergolakan rumah tangga semakin mengungguli carian paling popular di internet terutama media sosial. Ada yang memuat naik status mengenai kecurangan pasangan, membuat ‘live’ di platform media sosial untuk meluahkan perasaaan, malah ada yang memuat naik bukti kesalahan suami atau isteri dengan alasan ia jalan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan.
Berhentilah dari mentertawakan rumahtangga orang, jodoh orang, pernikahan orang, perceraian orang. Berhenti juga dari dijadikan bahan penulisan dan ”mengumpulkan” banyak kata-kata tidak baik (sama-sama mentertawakan) perihal orang lain.
1. Seandainya kita sedang punya pasangan pada saat ini, syukuri lah. Jika kamu sedang memiliki maka hargailah ia dengan sebaik mungkin. Jangan sampai kamu kehilangannya nanti.
2. Semua pasangan di dunia ini hanyalah bersifat pinjaman. Apa yang kita sedang lihat berlaku kepada orang lain, boleh berlaku kepada kita sendiri. Boleh jadi nanti. Boleh jadi esok. Mudah sangat bagi Allah untuk mengubah hati sesiapa pun, termasuk hati mu sendiri.
3. Kadang ujian datang kepada kita, hanya kerana kelalaian kecil yang pernah kita lakukan. Membuat jenaka tentang orang, menjadikan kisah hidup orang lain sebagai tulisan lawak. Padahal banyak perkara yang kita tidak tahu. Penilaian kita hanya dari apa yang kita baca dan ia tidak semestinya benar.
4. Seorang isteri memang sebaiknya manja dengan suami. Menjadi manja dengan pasangan bukanlah suatu hal yang bodoh. Suami sukakan isteri yang bijak, manja tetapi bertempat. Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah perbuatan yang sangat baik. Tidak ada yang lucu tentang itu. Isteri yang baik adalah isteri yang membahagiakan dan tenang apabila dipandang.
5. Jodoh, ajal dan maut, semuanya adalah ketentuan Allah.
6. Jangan pernah takut kehilangan orang. Kalau kita sudah berikan yang terbaik (semampu mungkin), bukan kita yang kehilangan mereka. Tetapi mereka yang kehilangan kamu. Teruskan menjadi seorang yang baik. Jadi “ex” yang baik.
7. Selalu ingatkan diri. Semua di dunia hanyalah pinjaman. Tidak ada yang abadi melainkan Allah. Dan ketidakabadian itu sendiri.
8. Hati-hati dengan penulisan. Boleh jadi ia menjadi timbangan yang membantumu ke syurga Allah.
9. Setiap kali membaca tentang ujian rumah tangga orang lain, segera berdoa agar kita dijauhkan dari hal yang tidak baik. Belajar memperbaiki diri dan bukan menghukumi. Kita semua tidak sempurna.
10. Satu hal yang lelaki harus tahu, bukan kekayaan yang menjadi buruan wanita matang. Tetapi keikhlasan, keperibadian yang baik, keimanan. Tidak juga berharap kepada kesetiaan, cukuplah dengan kejujuran dan keikhlasan. Tidak langsung memandang kepada rupa, yang penting hati yang mulia. Wang boleh dicari, asal dia rajin berusaha.
Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan namun ramai di kalangan kita agak kurang minum air putih. Buat bakal mempelai jika ingin memiliki kulit yang sihat bekalan air yang cukup amat penting bagi memastikan kulit sentiasa segar dan lembap. Jika anda tergolong di kalangan mereka yang tidak suka minum air putih, anda boleh cuba untuk mengamalkan minuman infused detox water?
Infused detox water juga dikenali sebagai air detoks dan merupakan campuran air kosong dengan rendaman buah-buahan, daun herba, madu dan sebagainya. Kebiasaannya ia akan dibiarkan semalaman sebelum diminum. Seeoloknya untuk bakal mempelai boleh mengamalkan petua ini seawal mungkin atau selewat-lewatnya enam bulan sebelum majlis berlangsung bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Dipercayai bahawa air detoks mampu menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk atau ubat pelangsingan. Air ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk tampil sihat. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan.
Ada berbagai jenis air detoks. Berikut disenaraikan beberapa jenis air detoks untuk diamalkan.
6 JENIS CAMPURAN AIR DETOKS & KHASIATNYA
1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.
2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.
4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.
5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.
6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.
Cara Membuat Air Detoks
1.Potong buah-buahan nipis-nipis.
2.Susun potongan buah-buahan di dalam jar. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga jar penuh.
3. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais. Bolehlah dinikmati keesokan harinya. Habiskan air detoks pada hari yang sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!