Curang dalam perkahwinan sering terjadi kalau pasangan leka. Semakin maju zaman dek peningkatan teknologi, semakin banyak mahligai indah yang dibina antara pasangan suami isteri musnah dek kes curang dalam perkahwinan.
Mungkin ramai yang menganggap curang adalah masalah normal kerana pasangan sudah mulai bosan dengan kehidupan berkeluarga. Tapi ia sebenarnya bukan normal!
Pasangan yang curang memilih untuk menipu dan berlaku curang dengan pasangan mereka di belakang! Di sini kami akan berkongsi 7 tips bagaimana anda boleh mengelak kes curang dalam mahligai bahagia yang dibina oleh anda itu:
#1 Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya pentingkan pasangan
Jika anda perasan yang kalian asyik meluangkan masa dengan media sosial berbanding bermesra dan bermanja ketika free, mungkin kalian berdua kena fikir sejenak tentang siapa yang perlu dipentingkan.
Jawapan paling tepat tentang siapa yang perlu dipentingkan dalam perkahwinan adalah pasangan. Kalau anda rasa anda tidak cukup mementingkan suami, cuba keluarkan tenaga untuk mengubahnya.
Kalau anda rasa suami seakan semakin tidak menghiraukan anda, beritahu secara jujur padanya tentang apa anda rasa.
#2 Tetapkan peraturan penting
Selepas berkahwin, atau sepatutnya sebelum berkahwin, kalian berdua kena bawa berbincang peraturan penting tentang bagaimana kalian melayan orang lain.
Contohnya mungkin ada pasangan yang anggap “terlalu ramah seakan menggoda” orang lain adalah perkara normal. Tapi, ada pasangan yang anggap ia sebagai curang.
Jadi tetapkan awal-awal apa yang kalian mahu. Ia menjimatkan masa supaya anda tak bergaduh kelak bila timbul salah faham.
#3 Cuba jauhkan diri dari peluang berlaku curang
Jika anda rasa seakan-akan mulai jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat, atau ada rakan anda yang seolah-olah cuba menggoda anda, cuba lari dan jauhkan diri dari situasi itu!
Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Jika anda menjauhkan diri daripada sebarang peluang yang boleh membawa kepada kecurangan, anda mungkin boleh berjaya.
Contohnya, elakkan diri daripada terlalu lama di luar tanpa pasangan, pergi melancong seorang diri, terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama pasangan dan sebagainya.
Kalau boleh, cuba buat sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin rapat.
#4 Bersikap terbuka dengan pasangan
Cuba cipta kebahagiaan dalam rumah tangga anda dengan bersikap terbuka bersama pasangan. Jika kalian jujur, kes curang dalam perkahwinan susah nak terjadi.
Anda dan pasangan sepatutnya berasa selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran dengan masing-masing. Kejujuran akan membuatkan kalian lebih rapat dan memahami satu sama lain dengan lebih baik.
#5 Jangan lupa sentuhan!
Memenuhi keperluan seksual adalah perkara paling penting untuk membentuk rumah tangga yang sihat. Jadi, jangan lupa sentuhan daripada anda itu akan membentuk intimasi di antara satu sama lain.
#6 Jangan biarkan cemburu buat kalian bergaduh
Kebiasaannya, pasangan berkahwin akan kerap bergaduh jika salah seorang daripada kalian kuat cemburu. Jangan begini.
Cemburu sebenarnya adalah duri dalam daging. Jika anda rasa cemburu kerana suami tak beri sepenuh perhatian pada anda, jangan terus maki-hamun dirinya.
Sebaliknya, anda patut buat sebarang perubahan untuk biar suami “sedar” kelainan yang anda bawa. Kalau anda cemburu dia rapat dengan seseorang, cakap padanya terus!
Sumber : Theasianparentmalaysia