Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal. Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.

Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.

Setiap lelaki dan wanita mempunyai perasaan cemburu ini. Bezanya cemburu anda itu normal atau tidak sahaja. Kami akan kongsikan dengan anda mengenai 7 tanda yang anda boleh lihat pada pasangan anda, jika si dia seorang yang jenis kuat cemburu.

Dah Ada ‘Hint’ Cemburu, Anda Kena Ambil Tahu Ok!

1. Tidak benarkan anda berkawan dengan lelaki/perempuan lain.

Ciri yang biasa anda akan lihat ialah pasangan anda akan mengawal dan tentukan dengan siapa yang anda patut berkawan. Mereka akan lebih cemburu apabila anda berkawan dengan kawan berlainan jantina. Ini adalah bukti yang sangat jelas pasangan anda adalah seorang kaki cemburu.

Ads

2. Tahu semua ‘password’ akaun anda.

Jika pasangan anda itu meminta password akaun peribadi media sosial anda seperti akaun ‘facebook’, ‘instagram’ dan lain-lain lagi media sosial yang anda ada, anda kena lebih berhati-hati. Si dia mungkin tidak mempercayai anda dan menganggap anda mungkin mahu mempermainkan perasaannya dengan bermesej pada orang lain.

3. Cuba hack akaun media sosial.

Yang paling menakutkan adalah apabila mereka cuba ‘hack’ sendiri akaun anda. Disebabkan mereka tidak mahu anda tahu, mereka cuba godam password akaun media sosial anda sampai akaun media sosial dan email anda kena ‘blocked’.

Ads

4. Anda terpaksa jauhkan daripada kawan lain.

Oleh kerana pasangan anda adalah seorang yang jenis kuat cemburu, anda ambil keputusan untuk menjauhkan diri anda daripada kawan anda yang berlainan jantina. Bagi anda itu adalah kawan. Tetapi bagi mereka, itulah pesaing mereka.

5. Ingin tahu setiap gerak geri.

Ads

Pasangan yang cemburu ini akan meminta laporan daripada anda setiap masa. Anda berada di mana, dengan siapa dan sebagainya adalah antara persoalan-persoalan yang bakal dilontarkan kepada anda. Paling seksa adalah apabila si dia minta anda untuk ‘share location’, ambil gambar, mesej atau ‘call’ sepanjang masa bagi memastikan anda tidak bersama dengan lelaki/ perempuan lain.

6. Mereka cemburu dengan apa sahaja perkara.

Lebih malang jika sifat cemburu mereka menjadi-jadi apabila anda keluar dengan kawan sama jantina atau keluarga anda sendiri pun, anda tetap akan disalahkan kerana tidak memperdulikan si dia. Cemburu pun ada batasnya. Jika dengan keluarga sendiri pun hendak cemburu, memang sesuatu yang tidak patut dilakukan.

7. Pernah bergaduh besar akibat cemburu.

Tanda terakhir yang dapat kami senaraikan jika si dia seorang yang kuat cemburu ialah anda dengan si dia pernah bergaduh besar akibat isu cemburu. Mungkin asalnya suatu benda yang remeh temeh sahaja, tetapi akibat perasaan cemburu yang tidak terkawal, maka ia menjadi besar.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI