Makan nasi setiap hari pun bosan juga. Apa kata hari ini kita cuba masak bakso. Sedap juga kalau dapat makan bakso panas-panas kan?
Kuah amat penting dalam menghasilkan bakso yang sedap dan enak. Jom kita cuba resipi kuah bakso Indonesia yang telah dikongsi oleh Ekynn Aziz.
*****
Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya@ramly lebih sedap dan terasa dagingnya.
Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia.
KUAH BAKSO INDONESIA
(10 org makan)
Bahan-bahan:
- Tulang daging RM10
- Bebola daging
- 2 biji bawang merah dihiris
- 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
- 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
- 1 1/2 kiub pati daging
- Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
- Garam secukup rasa
- *2 biji bawang
- *6 ulas bawang putih
- *3@4 biji buah keras
- *1 inci halia
- *1 inci kunyit hidup
- *1 sb serbuk lada sulah
(Blend@tumbuk bahan bertanda *)
Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.
Cara-caranya:
- Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
- Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
- Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
- Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.
- Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap!
Resipi Cili Kicap
Bahan-bahan:
- *Segenggam cili padi hijau
- *6 ulas bawang putih
- 1 sb cuka
- 1 sb kuah bakso
- 4 sb kicap manis
- Secukup rasa
- Garam
Cara-cara:
- Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk.
- Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.
Boleh makan dgn bihun, mee, kuey teaw.
Selamat mencuba!
Sumber: Ekynn Aziz via grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN)