Selesai sahaja mendapat ‘lampu hijau’ untuk melangsungkan pernikahan, bakal pengantin tak perlu bertangguh lagi. Tarikh nikah sudah ada, yang anda patut lakukan adalah checklist 10 perkara yang diperlukan untuk memastikan majlis anda berjalan dengan lancar nanti.
Seeloknya, ketika di alam percintaan lagi anda boleh membuat simpanan untuk masa hadapan terutamanya untuk majlis perkahwinan. Seandainya perhubungan itu tidak berhasil, sekurang-kurangnya duit simpanan itu boleh terus disimpan dalam ASB, Tabung Haji atau akaun simpanan kecemasan. Banyak juga dividen yang kita dapat nanti!
Kali ini Pesona Pengantin senaraikan 10 perkara bakal pengantin perlu buat sebaik sahaja sudah memilih tarikh nikah. Andai ada bajet lebih, boleh juga upah perancang perkahwinan. Tapi jika semuanya dilakukan sendiri, susun checklist betul-betul. Dengan simpanan yang ada, boleh terus bayar deposit. Taklah pening kepala nak cari duit!
Tempah lokasi
Kebanyakkan lokasi perkahwinan perlu ditempah setahun lebih awal. Baik dewan masjid, homestay atau ruang majlis di premis semuanya cepat habis ditempah lebih awal. Jika anda mempunyai tempat atau lokasi yang diidamkan, cepat-cepatlah buat tempahan.
2. Hubungi pihak katerer
Lagi cepat anda tempah katerer, lagi cepat anda boleh buat food testing. Kalau tidak berkenan, boleh buat tempahan dengan katerer berlainan. Bukan apa, untuk mencari ruang masa bukan senang. Semakin bertangguh, semakin tertekan anda nanti.
3. Kenalpasti 3 orang makeup artist
Ads
Untuk solekan, bakal pengantin perempuan kena ambil serius perkara ini. Solekan yang anda lihat di media sosial adakalanya tak sama dengan kulit muka anda. Anda perlu buat solekan percubaan atau trial makeup dahulu sebelum menempah makeup artist.
4. Busana kahwin
Terus jumpa tukang jahit atau pereka fesyen yang anda idamkan. Jangan risau bab ukuran badan. Tak mungkin anda akan membiarkan berat badan bertambah lebih 10kg sebelum kahwin kan?
5. Tempah jurugambar/juruvideo
Banyak hasil video dan foto yang anda boleh lihat di Instagram, TikTok dan Facebook. Mereka bukan sahaja kreatif memikirkan konsep malah pandai menggayakan pengantin. Jangan risau kalau anda rasa kekok nak bergambar.
Ads
6. Beli barang hantaran
Jangan bebankan fikiran tentang barang hantaran. Setiap bulan beli satu hantaran. Kalau mahal sangat, dua bulan sekali pun boleh. Paling penting, duit ada.
7. Buat design kad kahwin
Jangan abaikan kad jemputan. Sekalipun ia adalah e-card namun rekaannya perlu juga diambil kira. Boleh juga nak buat sendiri. Kalau siap lebih awal, lebih memudahkan!
Ads
8. Doorgift
Banyak hadiah cenderahati yang anda boleh beli siap. Cuma harganya sedikit mahal tetapi boleh sahaja memenuhi bajet anda. Sesekali cubalah scroll media sosial dan hubungi penjualnya bila anda betul-betul sudah buat pilihan.
9. Standby dua atau tiga sesi spa
Bakal pengantin selalu buat kesilapan, melakukan rawatan spa sebulan atau dua minggu sebelum majlis kahwin. Nak cantik bukan dalam masa singkat sayang… Cubalah simpan bajet untuk tiga kali rawatan spa. Barulah nampak berseri di hari bahagia!
10. Tempah kek kahwin
Jangan lupa tempah kek kahwin. Selain memilih rekabentuk kek yang diidamkan, anda juga boleh buat persiapan untuk mengagihkan bajet kek kahwin lebih awal.
Untuk merealisasikan impian ini, cubalah buat simpanan kahwin sejak dari awal. Kita tidak tahu bila jodoh akan sampai. Dan sebolehnya elakkan pembaziran. Mana yang boleh dikurangkan, cubalah kurangkan ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam menjalin hubungan, baik suami istri, saudara dan pertemanan, tidaklah selalu berjalan mulus, tidak jarang dalam hubungan tersebut terjadi perselisihan, kekeliruan dan kekhilafan.
Bagaimana jika hal itu terjadi? Islam agama yang sempurna, mengajarkan umatnya bahwa jika terjadi perselisihan atau kekeliruan maka tidak boleh mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari sebagimana manfaat berwudhu dalam islam . Sebagaimana tertuang dalam hadist berikut ini :
Nabi menyebut:“Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu”( Riwayat Abu Daud , riwayat dari Abu Daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sahih dari Al-Bukhari )
Nabi juga sebut:“Silaturahim itu tergantung di Arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya”( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga menyebut:“Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturahim“( Al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadis di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum tiga hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kepada beberapa peristiwa tiga orang sahabat yang cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa orang sahabat lagi. (rujuk Al-Halal wal haram fil Islam).
Ada juga yang mengalami kes seperti tidak terputus hubungan, cuma renggang sikit dari dahulunya yang mungkin mesra dan rapat (itu pun kena lihat dari sudut kerana urusan akhirat atau dunia semata-mata), dan akibat renggang maka tiada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lagi. Justeru, menyebabkan hubungan dan komunikasi menjadi kurang dan ia masih dalam ruang yang dibenarkan.
Ada juga renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kewangan adalah salah satu hal penting yang perlu dibahas secara mendalam bersama pasangan untuk pengelolaan kewangan yang efektif. Bukan menjadi perkara yang luar biasa jika pasangan bertengkar ketika masalah kewangan mulai muncul dalam rumah tangga yang baharu sahaja dibina.
Semak beberapa kesalahan yang umumnya dilakukan oleh pasangan yang baharu berkahwin sebagai panduan bagi anda dan pasangan mengatur masalah kewangan.
1. Rahsiakan situasi kewangan dengan pasangan
Merahsiakan keadaan kewangan peribadi daripada pasangan bahkan setelah berkahwin ialah kesalahan besar yang umum dilakukan oleh pasangan baharu berkahwin. Terapkanlah sistem keterbukaan dalam rumah tangga anda, khususnya mengenai keadaan kewangan masing-masing. Beritahukan pasangan anda mulai dari gaji bulan, jumlah hutang, jumlah tabungan, hutang kad kredit dan lain-lain. Selain belajar untuk jujur dan menaruh kepercayaan kepada pasangan, adanya transparansi kewangan juga akan membantu anda untuk menentukan cara terbaik untuk mengatur kewangan selepas berkahwin.
2. Elak berbicara dengan pasangan tentang kewangan
Kesalahan lain yang dilakukan oleh pasangan newlyweds adalah menghindari perbincangan mengenai kewangan kerana menganggap hal tersebut tidak menarik dan tidak perlu untuk dibicarakan. Ada banyak topik kewangan yang dapat anda bincangkan bersama pasangan sewaktu sedang santai mahupun dalam bicara yang lebih serius. Bagaimana sudut pandang pasangan dalam mengelola kewangan, bagaimana dia mengatur kewangan peribadinya selama ini, dan bagaimana pemikiran satu sama lain mengenai rancangan kewangan jangka panjang dalam membina rumah tangga. Dengan berdiskusi hal-hal tersebut, anda dapat mengenal sifat dan karakter pasangan dalam masalah kewangan.
3. Perbezaan latar belakang pasangan
Perkahwinan adalah tentang menyatukan dua orang yang berasal daripada latar belakang yang berbeza, sehingga adanya perbezaan antara anda dan pasangan dalam cara mengendalikan wang adalah hal yang wajar yang harus anda sedari. Misalnya ternyata pasangan anda adalah orang yang mudah meminjamkan wang kepada orang lain tanpa pemikiran yang panjang terlebih dahulu, apalagi jika peminjam tersebut ialah teman-teman atau keluarganya sendiri. Jangan terus marah, tapi cubalah fahami pemikirannya dan cari satu solusi, seperti menetapkan peraturan tentang sejauh mana batasan anda dan pasangan dapat menggunakan wang.
4. Tidak membantu untuk kekal dengan bajet yang ditetapkan
Katakan anda dan pasangan sudah membicarakan masalah kewangan secara selalu, hal selanjutnya yang perlu anda berdua lakukan adalah menentukan anggaran dan mematuhinya. Kebiasaan yang boros boleh menjadi punca pertengkaran banyak pasangan. Oleh itu, tetapkan anggaran perbelanjaan rumah tangga anda untuk setiap bulan, dan ingatkan satu sama lain agar tidak membuat pengeluaran yang lebih besar daripada anggaran tersebut. Jika ada suatu keperluan yang memerlukan dana yang besar, maka anda atau pasangan perlu menekan pengeluaran pada aspek lain agar tidak terjadi over budget. Cara lain untuk menghindari over budget adalah menetapkan keutamaan pengeluaran. Apakah membeli tiket percutian adalah keperluan yang mendesak? Atau membayar wang sekolah anak yang lebih penting? Dan fikirkan apakah suatu pengeluaran boleh ditunda sampai tiga bulan berikutnya?
5. Fikir terlalu awal untuk bincang soal anak
Kerana kehadiran seorang anak belum dinantikan dalam waktu yang dekat ini, banyak pasangan yang mengabaikan perancangan kewangan untuk anak-anak mereka nanti. Namun jika anak-anak tetap ada dalam rancangan di masa depan anda berdua, maka tidak ada kata terlalu awal untuk membincangkannya, kerana kehadiran anak-anak memberikan pengaruh yang besar bagi kewangan rumah tangga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah start kahwin ni, anak pula menjadi persoalan orang ramai, bila agaknya nak dapat anak ni…Mungkin dengan 5 petua ini membantu ramai pengantin baru sekiranya anda bersedia untuk digelar ibu dan ayah.
Mengambil langkah awal prakonsepsi
Bagi menjamin kehamilan yang sihat, anda perlu berada dalam kondisi kesihatan yang baik. Berhubunglah dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda serta mula mengambil vitamin pranatal yang mengandungi folat, demi mengurangkan risiko bayi anda mengalami spina bifida atau kecacatan tiub saraf yang tidak terbentuk sempurna ketika dalam kandungan.
Kecacatan tiub saraf selalunya berlaku pada minggu ke-3 hingga ke-4 kehamilan dimana kebanyakan wanita masih tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandung. Walau bagaimanapun, risiko kecacatan tiub saraf ini boleh dikurangkan sekiranya pengambilan 400mcg asid folik seawal merancang kehamilan dan terus mengambilnya semasa awal kehamilan.
Mengadakan hubungan intim pada waktu yang tepat
Sangat penting untuk anda mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakan pasangan masih tidak berpeluang hamil meski kerap melakukan hubungan intim. Ini kerana waktu paling sesuai untuk melakukannya adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku.
Peka dengan petanda-petanda ovulasi ini sebenarnya sangat membantu. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda. Mukus ini akan berubah menjadi nipis dan licin ketika tempoh anda paling subur. Sesetengah wanita pula akan berasa sedikit pedih sekitar kawasan tersebut.
Mengamalkan gaya hidup sihat
Anda perlu makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol atau menggunakan dadah apabila anda mengambil keputusan untuk hamil. Selain itu, hadkan pengambilan kafein kepada hanya 200 mg dalam sehari. Pengambilan kafein yang melebihi had akan mengundang kepada masalah kesuburan.
Ini semua juga perlu dilakukan oleh pasangan anda. Mereka juga perlu membuang tabiat merokok, minum alkohol atau mengambil dadah yang boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma.
Berhenti menggunakan kontraseptif seawal mungkin
Kebanyakan para ibu lupa untuk berhenti menggunakan kontraseptif atau pil perancang keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari ovulasi berlaku.
Kajian menunjukkan bahawa ada kaedah perancangan keluarga yang akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kesuburan, walaupun anda telah berhenti menggunakannya. Ini mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk hormon dan kitaran haid anda menjadi normal semula.
Memilih untuk mempunyai anak merupakan keputusan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mungkin terdapat banyak petua untuk mempercepatkan kehamilan, namun tidak semua adalah tepat. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan bantuan.
Amalkan pengambilan asid folik dalam diet harian anda
Bagi wanita yang merancang untuk kehamilan dan yang sedang mengandung, kebanyakkan mereka akan mengambil asid folik sebagai langkah perlindungan untuk kesihatan bayi dan juga untuk membantu pembentukan sel-sel darah merah. Secara amnya, 85 dalam 100 wanita di Malaysia tidak mempunyai kandungan folat yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.
Dos yang diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf hanyalah 400 mikrogram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskan pengambilan suplemen asid folik ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.
Artikel ini dibawakan oleh Appeton Essentials Folic Acid
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!