Dah Dapat TARIKH NIKAH? Cepat Lakukan 10 Perkara Ni Sebelum Terlambat!

Share

Selesai sahaja mendapat ‘lampu hijau’ untuk melangsungkan pernikahan, bakal pengantin tak perlu bertangguh lagi. Tarikh nikah sudah ada, yang anda patut lakukan adalah checklist 10 perkara yang diperlukan untuk memastikan majlis anda berjalan dengan lancar nanti.

 

Seeloknya, ketika di alam percintaan lagi anda boleh membuat simpanan untuk masa hadapan terutamanya untuk majlis perkahwinan. Seandainya perhubungan itu tidak berhasil, sekurang-kurangnya duit simpanan itu boleh terus disimpan dalam ASB, Tabung Haji atau akaun simpanan kecemasan. Banyak juga dividen yang kita dapat nanti!

 

Kali ini Pesona Pengantin senaraikan 10 perkara bakal pengantin perlu buat sebaik sahaja sudah memilih tarikh nikah. Andai ada bajet lebih, boleh juga upah perancang perkahwinan. Tapi jika semuanya dilakukan sendiri, susun checklist betul-betul. Dengan simpanan yang ada, boleh terus bayar deposit. Taklah pening kepala nak cari duit!

 

  1. Tempah lokasi

Kebanyakkan lokasi perkahwinan perlu ditempah setahun lebih awal. Baik dewan masjid, homestay atau ruang majlis di premis semuanya cepat habis ditempah lebih awal. Jika anda mempunyai tempat atau lokasi yang diidamkan, cepat-cepatlah buat tempahan.

 

2. Hubungi pihak katerer

Lagi cepat anda tempah katerer, lagi cepat anda boleh buat food testing. Kalau tidak berkenan, boleh buat tempahan dengan katerer berlainan. Bukan apa, untuk mencari ruang masa bukan senang. Semakin bertangguh, semakin tertekan anda nanti.

 

3. Kenalpasti 3 orang makeup artist

Untuk solekan, bakal pengantin perempuan kena ambil serius perkara ini. Solekan yang anda lihat di media sosial adakalanya tak sama dengan kulit muka anda. Anda perlu buat solekan percubaan atau trial makeup dahulu sebelum menempah makeup artist.

 

4. Busana kahwin

Terus jumpa tukang jahit atau pereka fesyen yang anda idamkan. Jangan risau bab ukuran badan. Tak mungkin anda akan membiarkan berat badan bertambah lebih 10kg sebelum kahwin kan?

 

5. Tempah jurugambar/juruvideo

Banyak hasil video dan foto yang anda boleh lihat di Instagram, TikTok dan Facebook. Mereka bukan sahaja kreatif memikirkan konsep malah pandai menggayakan pengantin. Jangan risau kalau anda rasa kekok nak bergambar.

 

6. Beli barang hantaran

Jangan bebankan fikiran tentang barang hantaran. Setiap bulan beli satu hantaran. Kalau mahal sangat, dua bulan sekali pun boleh. Paling penting, duit ada.

 

7. Buat design kad kahwin 

Jangan abaikan kad jemputan. Sekalipun ia adalah e-card namun rekaannya perlu juga diambil kira. Boleh juga nak buat sendiri. Kalau siap lebih awal, lebih memudahkan!

 

8. Doorgift

Banyak hadiah cenderahati yang anda boleh beli siap. Cuma harganya sedikit mahal tetapi boleh sahaja memenuhi bajet anda. Sesekali cubalah scroll media sosial dan hubungi penjualnya bila anda betul-betul sudah buat pilihan.

 

9. Standby dua atau tiga sesi spa

Bakal pengantin selalu buat kesilapan, melakukan rawatan spa sebulan atau dua minggu sebelum majlis kahwin. Nak cantik bukan dalam masa singkat sayang… Cubalah simpan bajet untuk tiga kali rawatan spa. Barulah nampak berseri di hari bahagia!

 

10. Tempah kek kahwin

Jangan lupa tempah kek kahwin. Selain memilih rekabentuk kek yang diidamkan, anda juga boleh buat persiapan untuk mengagihkan bajet kek kahwin lebih awal.

 

Untuk merealisasikan impian ini, cubalah buat simpanan kahwin sejak dari awal. Kita tidak tahu bila jodoh akan sampai. Dan sebolehnya elakkan pembaziran. Mana yang boleh dikurangkan, cubalah kurangkan ok!

Published by
Anis Nor