Jangan Asyik Makan Di Luar

Pesanan ringkas, kalau dah kahwin jangan asyik makan luar. Belajar berjimat bila baru membina rumah tangga, itu sebaiknya.

Walau hidup berdua, awal-awal nak hidup menggunakan duit yang banyak. Sewa rumah, alat perabot, barang dapur dan sebagainya. Jadi suami isteri yang baru berkahwin kena bijak menguruskan wang.

Dah Kahwin Jangan Asyik Makan Di Luar, Peringatan Buat Pengantin Baharu

Jadi, cukup penting pasangan pengantin baru atau bakal mempelai membuat perancangan kewangan yang teliti agar tidak ‘terkucil’ ketika mahu memulakan kehidupan berdua.

Berikut dikongsikan lima tip yang boleh dijadikan panduan buat pasangan pengantin:

1. Persediaan lebih awal

Pastikan anda sudah membuat persediaan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal sebelum memasuki rumah.

2. Bezakan antara keperluan dan kehendak

Senaraikan barangan atau keperluan yang penting sahaja dahulu untuk dibeli.

Ads

Dalam tempoh ini, perabot tambahan seelok-eloknya dibeli kemudian berpandukan bajet masing-masing. Begitu juga dengan dekorasi dalaman (interior design) yang boleh dilakukan kemudian.

Tidak perlu untuk membeli perkakas atau barang baru sekiranya anda boleh menggunakan yang sedia ada dari rumah bujang ataupun diperoleh daripada hadiah kahwin. Jimat berganda, bukan?

3. Wang simpanan atau tabung khas

Berbincang dengan pasangan untuk membuat tabungan yang mungkin akan digunakan semasa kecemasan.

Contohnya anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki kerosakan barangan tertentu, membuat pendawaian, dan sebagainya.

Ads

Secara tidak langsung, anda tidak perlu kerap membuat pengeluaran wang daripada akaun simpanan.

Selain wang simpanan tidak diusik, secara tidak langsung, anda dapat mengesan perbelanjaan yang dilakukan apabila mempunyai tabung khas ini.

Dah Kahwin Jangan Asyik Makan Di Luar, Peringatan Buat Pengantin Baharu

4. Buat bajet

Menyediakan belanjawan mingguan atau bulanan juga penting agar anda dan pasangan dapat mengawal perbelanjaan khususnya melibatkan barang dapur, bil utiliti dan komitmen lain.

Ads

Tidak dinafikan, waktu ini pasti anda mahu membeli macam-macam barangan terutama ketika mengunjungi ekspo perabot yang menawarkan promosi.

5. Kurangkan makan di luar

Tindakan ini mungkin kecil tapi sedikit sebanyak ia tetap memberikan impak yang besar.

Sebagai contoh, anda memperuntukkan sekitar RM300 sebulan untuk membeli barangan dapur. Bandingkan jumlah yang sama digunakan untuk makan di luar untuk enam atau tujuh kali sahaja.

Biarlah masakan yang simple, tapi jika dicongak, silap hari bulan boleh jimat ratusan ringgit.

Pendek kata, biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selamat mencuba!
Dalam tempoh ini, anda sudah boleh membeli barang keperluan penting seperti peti sejuk, dapur memasak atau barang lain sedikit demi sedikit.

Ini bagi memastikan anda tidak mengeluarkan belanja sekali gus ketika mahu berpindah rumah nanti

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI