rumah tangga orang dulu-dulu

Kalau tengok rumah tangga orang dulu-dulu nampak lebih rukun dan damai. Berbeza dengan zaman sekarang yang semakin hari, makin banyak pasangan sekarang yang bergelut dengan masalah dan berantakan.

Nak tahu lebih jauh, jemput baca perkongsian Puan LynaNoh ini sekejap…

Rumah Tangga Orang Dulu-dulu Tak Mewah

Dah Kahwin Suka ‘Bersaing’, Rumah Tangga Orang Dulu-dulu Tak Mewah Pun Tapi Bahagia

Jom kita renungkan beberapa kemungkinan:

1. Orang dulu lebih fokus pada keperluan asas dalam hidup berumahtangga. Mereka tak tertekan dengan kehendak dan gaya hidup mewah. Kehidupan yang sederhana lebih mudah untuk dipenuhi dan mengurangkan tekanan.

Pasangan masa kini tertekan dengan kehendak yang tak berpenghujung… kereta mewah, rumah besar, atau bercuti luar negara. Bila kehendak tak dipenuhi, mudah timbul konflik.

2. Dulu, tiada gajet atau media sosial. Pasangan berkomunikasi secara bersemuka, mendengar, dan benar-benar hadir dalam perbualan.

Sekarang walaupun duduk bersebelahan, mata asyik terpaku pada skrin telefon. Komunikasi kurang berkualiti dan perasaan diabaikan makin menebal.

3. Dalam keluarga dulu, peranan suami, isteri, dan anak-anak lebih jelas. Masing-masing tahu tanggung jawab dan saling membantu demi kesejahteraan keluarga.

Sekarang ni, tekanan dan gaya hidup moden kadang-kadang membuat peranan suami isteri jadi kabur. Bila tanggung jawab tak seimbang, pasangan mula lah rasa terbeban dan terpinggir.

Ads

4. Orang dulu lebih menekankan nilai sabar dan kesetiaan . Mereka tahu ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada hidup dan memilih untuk bertahan dan menyelesaikan masalah bersama.

Sekarang semua nak cepat, termasuklah handle emosi. Sedikit salah faham je terus fikir jalan keluar adalah perpisahan.

5. Dulu tiada “highlight reel” kehidupan orang lain yang boleh buat kita rasa kurang atau cemburu. Fokus hanya pada keluarga sendiri. Paling-paling pun cemburu dengan jiran beli kerusi baru.

Hari ini media sosial membuatkan kita membandingkan hidup kita dengan orang lain. Ia boleh merosakkan rasa syukur dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Tapi…

Adakah orang dulu-dulu tiada yang bercerai?

Walaupun selalu dikatakan bahawa rumah tangga orang dulu lebih rukun dan damai, hakikatnya perceraian tetap juga berlaku, cuma kurang didedahkan atau dibincangkan secara terbuka.

Ads

Sebenarnya kes perceraian pernah menjadi isu besar di Malaysia dalam tahun2 1950-1970. Paling meruncing dalam tahun 1950-60.

Apa yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga zaman dulu?

Dah Kahwin Suka ‘Bersaing’, Rumah Tangga Orang Dulu-dulu Tak Mewah Pun Tapi Bahagia

1. Perkahwinan paksa

Dulu ramai yang berkahwin atas pilihan keluarga atau dijodohkan tanpa mengenali pasangan terlebih dulu. Perkahwinan tanpa rela dan keserasian ini menyebabkan masalah dalam jangka panjang. Bila timbul masalah, dan pula tiada cinta dan persefahaman, perkahwinan jadi sukar untuk dipertahankan.

2. Tekanan ekonomi

Kehidupan orang dulu-ul banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Kalau suami tidak mampu menyediakan keperluan asas atau hilang punca pendapatan, ini boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga.

3. Kurang ilmu tentang perkahwinan

Ilmu komunikasi, pengurusan emosi, dan hak-hak dalam perkahwinan kurang ditekankan zaman dulu. Ramai tak tahu nak menyelesaikan konflik dengan baik. Masalah kecil boleh jadi besar & akhirnya membawa kepada perceraian.

Ads

4. Keganasan rumah tangga

Zaman dulu isu keganasan rumah tangga dianggap sbg masalah peribadi yg tak dibincangkan secara terbuka. Tapi, ada pasangan yg memilih untuk bercerai demi keselamatan diri & anak2, bila penderaan fizikal & emosi tak dapat ditoleransi lagi.

5. Susah dapat anak

Dalam masyarakat dulu, tekanan untuk mempunyai anak sangat tinggi. Kemandulan atau kesukaran mendapat zuriat sering menyebabkan perceraian kerana dianggap sebagai kegagalan perkahwinan.

6. Patriarki

Sistem patriarki zaman dulu menyebabkan hak dan suara wanita sering diketepikan. Bila wanita merasa tertindas atau tidak dilayan dengan adil, mereka mungkin akhirnya memilih untuk bercerai.

Dah Kahwin Suka ‘Bersaing’, Rumah Tangga Orang Dulu-dulu Tak Mewah Pun Tapi Bahagia

7. PJJ

Dulu-dulu bila suami bekerja jauh atau merantau dalam jangka masa panjang boleh jd asbab hubungan menjadi renggang. Ya lah, dulu mana lah ada whatsapp, telefon pun tak ada.

Dulu-dulu perceraian jarang dibincangkan secara terbuka, dan ramai yang memilih untuk kekal dalam perkahwinan walaupun tak bahagia kerana stigma masyarakat. Sekarang ini banyak kesedaran hak individu, pendidikan yang lebih baik, dan kebebasan bersuara membolehkan masalah ini dibincangkan dengan lebih terbuka.

Walaupun zaman berubah, cabaran rumah tangga sentiasa ada. Yang penting adalah ilmu (terutama ilmu agama), komunikasi, dan kesefahaman untuk memastikan kebahagiaan bersama.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI