Sepertimana yang telah kita sedia maklum bahawa, Rasulullah SAW adalah seorang insan yang hebat dan baginda juga memikul amanah-amanah besar yang lain.
Bermula dari Imam solat sehinggalah memimpin tentera Islam dalam peperangan dan pada masa yang sama baginda sendiri merupakan Ketua Negara Madinah. Malah baginda adalah pemimpin hebat dalam rumah tangga serta orang yang paling baik ke atas keluarganya.
Sesibuk mana sekalipun, Rasulullah SAW pasti akan ada masa untuk bergurau dan berbual-bual dengan isteri serta ahli keluarganya. Daripada terapi inilah, baginda dapat mengetahui keadaan sebenar yang dilalui oleh keluarganya dalam kehidupan seharian.
Hal ini amat berbeza dengan suasana kita pada hari ini. Boleh jadi ia sudah sepi daripada teguran dan pergaulan mesra yang sepatutnya diterapkan setiap masa.
Kesibukan yang kita lalui saban hari, ada kalanya tidak memungkinkan kita untuk berkomunikasi dengan pasangan secara mendalam walaupun tinggal sebumbung.
Ads
Hal ini amat ketara dan boleh dilihat, apabila kedua-dua pihak suami mahupun isteri yang berkerjaya di luar rumah tetapi apabila pulang sahaja masing-masing akan menarik bantal sendiri. Ada juga setelah selesai pekerjaan maka aktiviti seterusnya akan disambung di rumah seperti menguruskan anak-anak, mengemas, menyediakan juadah dan lain-lain. Malah ada yang lebih malang, apabila sering kali membawa pulang tugasan kerja untuk disiapkan.
Mungkin hal ini tidak berlaku kepada semua orang, akan tetapi kita juga tidak menafikan bahawa keadaan ini sedang berlaku kepada sesetengah orang. Apabila kurangnya masa eksklusif untuk duduk bincang bersama, maka keharmonian dalam rumah tangga yang dibina sedikit demi sedikit akan kian pudar. Carilah waktu yang boleh diluangkan bersama agar kita tidak hanya sibuk dengan dunia sendiri yang tiada penghujungnya.
“Menurut satu kajian, pasangan suami isteri pada hari ini hanya berkomunikasi secara bersemuka sekitar 20% hingga 25% sahaja dalam sehari. Manakala lima peratus hanya ber ‘SMS’ sahaja atau bertelefon bimbit. Bakinya pula sekadar menggunakan bahasa badan atau mereka saling memahami akibat kekangan kesibukan.
Ads
Walau bagaimanapun menurut kajian itu, perbualan mereka hanya berkisar mengenai soal yang perlu sahaja seperti urusan anak-anak, pembelajaran dan perbelanjaan tanpa bertanyakan keadaan pasangan masing-masing. Ini mungkin kerana sudah setiap hari berjumpa dan melihat soal kesihatan daripada luaran sahaja tanpa melihat soal hati dan perasaan.” Petikan daripada buku Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah SAW.
Suami perlu melayani isteri dengan cara yang paling baik. Isteri bukan untuk diperhambakan sesuka hati oleh suami. Sehingga dilakukan perkara yang boleh membahayakan dirinya. Sebaliknya isteri itu seumpama rakan kongsi yang saling melengkapi bahagian yang kurang ke atas diri suami.
Ads
Hal ini amat bertepatan dengan firman Allah,“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Al-Taubah: 71
Adakah hanya cukup segala keperluan yang kita sediakan untuk pasangan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan, kenderaan dan tempat tinggal tanpa adanya sentuhan hati dan perasaan? Sering kali lidah hanya memuji kecantikan pasangan apabila melihatnya, tetapi pernahkah terbit di hati kita bahawa mungkin ada luka serta duka di sebaliknya.
Sentuhan hati dan perasaan ini amat penting kerana ia akan membuahkan hubungan yang lebih manis dan nikmat walaupun sering kali dibanjiri dengan kesulitan. Semoga setiap luka itu cepat diubati dan tidak meninggalkan kesan yang boleh diingati kembali.
Sumber gambar: TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam majlis perkahwinan, individu yang tidak kurang penting ialah juru foto yang bertugas untuk merakam setiap momen terindah di majlis tersebut. Satu gambar memberi seribu makna buat mereka yang menghargai erti sekeping foto yang dihasilkan oleh juru foto. Ikuti pengalaman Noor Hafizzi Ne’mat dalam kerjayanya sebagai juru foto.
Sejak dari kecil Hafizzi akui sudah diajar bermain dengan kamera filem di mana ayah sering menggunakannya semasa dia bekerja. Pada tahun 2009 Hafizzi membeli sebuah kamera dslr tanpa ada apa-apa rancangan, hanya untuk memiliki kamera besar dan kebetulan sepupu, Khairuddin Zakaria mempelawa untuk belajar dan mengikutnya dalam bidang ini. Dalam masa yang sama dia menyarankan Hafizzi untuk terus aktif dan serius dalam bidang ini memandangkan pendapatannya lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji.
Masih ingat dengan pesan sepupu agar tidak putus asa dan lalai. Bermula detik itu, kerjaya sebagai juru foto dijadikan sebagai part time job iaitu di hujung minggu. Bukan mudah sebenar sebenarnya, hati perlulah cekal dan tabah. Sering menjadikan mereka yang senior untuk berkongsi ilmu fotografi. Apa pun perlu ada minat bukan sekadar ikut-ikut orang atau lebih tepat mengikut trend. Tahun 2015 bermula Hafizzi sebagai juru foto sepenuh masa. Dengan menggunakan syarikat berdaftar lifestyleweddings photography yang berdaftar pada 2015 [sebelum tu hafizzi ne’mat photography].
Kelainan fotografi yang dihasilkan
Menurut Hafizzi , kelainan bergantung pada mata klien yang melihat hasil kerjanya. “Bagi saya cara menghasilkan gambar untuk jadi trade mark sendiri,saya akan sentiasa merujuk juru foto luar negara sebagai rujukan ,ia lebih ke arah lifestyle yang berbeza. ‘epic’ adalah komen yang sering didengari dari klien.
Kemas dan simple menjadi signature hasil kerja Hafizzi. Selain itu dia juga mementingkan kekemasan dalam foto yang dihasilkan.“Untuk kekal momentum, juru foto kena ikut trend. Ini hanya pandangan,sebab lain orang lain caranya bukan maksud saya pandangan saya ni benar dan boleh diguna pakai,” ujarnya.
Ilham dan idea tercetus bergantung pada situasi perkahwinan itu, dengan kata lain perlu melihat suasana, pencahayaan dan kecekapan semasa bekerja dalam mencari sesuatu untuk dijadikan subjek dalam album.
Cabaran
Tidak dinafikan kerjaya sebagai juru foto agak mencabar namun perlu percaya, rezeki tidak salah alamat. Yang penting usaha,doa,tawakal. Baginya perlu usaha keras untuk kekal dalam bidang ini kerana terlalu ramai yang jadikan ia sebagai side income. Dalam apa jua perniagaan sekalipun akan ada pasang surut. Jadi kecekalan dan kesabaran perlu ada.
Hubungan dengan juru foto lain perlu dijaga kerana akan ada tempias job dari komuniti ini. Cara marketing terpulang pada syarikat ataupun juru foto itu sendiri iaitu jenis wedding yang bagaimana mereka inginkan. Dalam bekerja, perkara yang dipentingkan ialah menepati masa,waktu bekerja mahupun semasa penyerahan hasil kerja. Etika pakaian , penampilan, PR juga penting untuk uji tahap mana kita inginkan dalam pencapaian kita. “ Saya akan sentiasa melawak untuk dapatkan keselesaan pengantin ketika bekerjasama dengan mereka.” akui Hafizzi.
Mengenai perancangan akan datang dia mahu menambah krew agar boleh diagihkan di lokasi yang berlainan. Mahu Teringin juga rasa di hati suatu masa jika ilmu sudah mencukupi ingin berkongsi ilmu buat mereka yang berminat.
Tip untuk bakal pengantin
Pesan buat bakal pengantin , ikut bajet yang termampu namun jangan terlalu murah sehingga banyak kes terjadi juru foto lari, tidak datang atau hasil tidak menarik. Tetapkan bajet dan recee dahulu harga pasaran yang sesuai dan pastikan anda berminat dengan hasil kerjanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.
Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit.
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum wanita.
1. Rebusan serai & halia
Bahan-Bahan: 3 batang serai dan 4cm halia 2 ketul
Cara-Cara: Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.
Khasiat kesihatan:
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.
2. Rebusan sireh
Bahan-Bahan: Daun sireh 3 atau 5 helai.
Cara-Cara: Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam. Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.
Khasiat kesihatan:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3. Rebusan sireh & daun inai
Bahan-Bahan: 3 ke 5 helai daun sireh dan segenggam daun Inai
Cara-Cara: Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.
Khasiat kesihatan:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
Bahan-Bahan: 2/3 batang serai di ketuk, 3cm halia (tua/muda) di ketuk, 2cm kunyit di ketuk, sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih /bunga lawang, daun pandan sehelai, sedikit Madu Susu (Raw Honey)
Cara-Cara:
Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.
Khasiat kesihatan:
Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.
Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksik dan lemak dalam tubuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Allah itu amat luas dan tidak hanya tertumpa pada duit dan harta sahaja. Apa sahaja yang memberi manfaat dan kebahagiaan kepada kita adalah satu rezeki. Tidak semua dapat memilikinya.
Untuk menjemput rezeki, ia sangatlah mudah jika kena pada caranya. Malah, ada juga yang mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Kami kongsikan 6 tip yang boleh anda praktikkan.
Tip 1
Baca Al-Fatihah 41 kali setiap kali selepas solat. Memang penat baca tapi jangan berputus asa.
Tip 2
Jangan kedekut dengan ahli keluarga. Bantu adik-beradik yang susah dan jangan berkira.
Tip 3
Dengan mak abah juga jangan kedekut. Selalu bagi duit pada mak abah dan belikan apa sahaja yang mereka nak walaupun mereka kata tak perlu.
Tip 4
Selalulah infak dan wakaf ke rumah-rumah Allah dan juga pusat tahfiz. Wakaf dan infak senyap-senyap. Cukup Allah sahaja yang tahu.
Tip 5
Solat on time. Cuba solat on time walaupun ada hari ada waktunya kita tak on time.
Tip 6
Bangun solat tahajud setiap malam. Takpe, biar penat di dunia. Jangan penat di akhirat.