Mula-mula kahwin, perasaan cinta dan sayang sangat hangat lagi. Tapi bila dah masuk tahun ke-10 misalnya, kasih sayang tu makin menipis. Tak semestinya awal-awal kahwin je boleh pergi berbulan madu. Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin lebih digalakkan untuk top-up kasih sayang. 

 

Dah Lama Kahwin Jangan Biarkan Hubungan Sendu, Tiap Tahun HONEYMOON Berdua Top-Up Kemanisan Rumahtangga! 
Kredit foto: Facebook Mona Din

 

Cuba ingat balik, bila kali terakhir anda dan pasangan keluar berdua? Mesti dah lama kan? Seperti tip yang dikongsikan Puan Mona Din, sungguhpun sudah berkahwin lebih 30 tahun, dia dan suami pasti akan merancang percutian berdua setiap kali hari ulangtahun perkahwinan. Tak kisah sama ada di dalam atau luar negara, kesempatan masa untuk berdua dengan pasangan wajib ada! 

 

Dah Lama Kahwin Jangan Biarkan Hubungan Sendu, Tiap Tahun HONEYMOON Berdua Top-Up Kemanisan Rumahtangga! 
Kredit foto: Facebook Mona Din

 

Alhamdulillah, asbab sejak kahwin 30 tahun yang dulu, saya dan Mr Hubby telah merancang setiap tahun masa wedding anniversary kami wajib pergi bercuti berdua. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Dan  Alhamdulillah, semua impian tersebut betul-betul dapat dilaksanakan. Maka sukalah saya nak share tips how to make a memorable honeymoon, untuk panduan semua.” 

 

Perancangan enam bulan sebelum ulangtahun perkahwinan 

Kenal pasti bajet anda. Kalau ada duit lebih, boleh melancong ke luar negara. Kalau bajet kecil, cukuplah bercuti dalam Malaysia sahaja. 

 

Honeymoon berdua 

Belajarlah tinggalkan anak-anak untuk seketika. Sekurang-kurangnya satu malam. Kalau anda terpaksa bayar orang untuk jaga, bayarlah.  

 

Pilihan hotel 

Pilih hotel yang kecil comel. Ada privasi untuk anda dan pasangan. Elakkan hotel yang ramai dan menjadi  tumpuan orang ramai seperti Hardrock Hotel. Semak untuk honeymoon kalau suasana terlebih meriah. Hilang nikmat syahdu suasana tenang. 

 

Ads

Kalau boleh cari Boutique Hotel yang agak sunyi dan privasi. Dan mesti ada bath tub di dalam bilik. 

 

Lokasi honeymoon terbaik 

The best place untuk honeymoon adalah sama ada di tepi laut atau di pinggir tasik. Boleh je memilih di atas bukit yang bercuaca sejuk. 

 

Maklumkan pada hotel  

Semasa anda booking hotel, maklumkan pada mereka yang anda datang untuk honeymoon. Minta mereka sediakan sepotong kek bertulis  happy anniversary, katil yang mempunyai sepasang angsa (dekorasi paling biasa disediakan semua hotel yang menerima tempahan honeymoon). Minta juga taburan kelopak ros di katil dan bath tub. 

 

Ini semua wajib ada. Kalau mereka tak beri percuma, beritahu yang anda boleh bayar servis ini (tapi selalunya percuma!) 

 

Honeymoon di luar negara 

Ads

Kalau kita ke luar negara contohnya selama tiga malam, kalau boleh setiap malam tidur di hotel berbeza. Dan di setiap hotel, minta mereka sediakan perkara yang sama supaya kita akan dapat mood honeymoon yang berterusan sepanjang percutian. 

 

Dengan cara ini, kita dapat rasa pengalaman yang berbeza di hotel yang berbeza. Best sangat tau! 

 

Tempahan 

Sebaik sahaja check-in, terus buat tempahan candle light dinner untuk malam itu. Minta pihak hotel tunjukkan atau cadangkan beberapa lokasi romantis yang terbaik di hotel kemudian buat pilihan.  

 

Mintalah menu, pilih dan temoah siap-siap makanan yang diingini. Beritahu mereka, tepat jam lapan malam, kita akan turun. Bersiaplah cantik-cantik, mungkin suami isteri boleh pakai pakaian putih, enjoy makan malam romantik. Candle light dinner! 

 

Sarapan privasi 

Ads

Malam itu, beritahu pihak hotel anda mahukan sarapan pagi yang privasi, tidak mahu bufet. Minta ala carte, sama ada dalam bilik (kalau bilik cantik), atau mana-mana tempat yang privasi seperti di bahagian terrace tepi kolam. 

The best place to honeymoon, pada pendapat peribadi saya, adalah Indonesia! Negaranya sangat besar, sangat banyak places yang boleh kita pilih untuk pergi.  

 

Selain itu, resort-resort eksklusif di sana, tersangat banyak! Kadang-kadang boutique hotel yang kecil pun dah sangat cantik, serta menyediakan layanan peribadi yang sangat eksklusif, tanpa kos yang mahal.  

Begitu juga, lenggok melodi bahasanya seperti “Silakan ibu, silakan bapa..” sudah cukup untuk kita rasa seperti ayanan 5 bintang.  

 

Mudah mendapat halal food.  

Citarasa mereka sangat hampir dengan citarasa kita. Kerana itu, kita boleh enjoy masa-masa honeymoon dengan menikmati sajian-sajian yang terhidang cantik, dan lazat. Ini dapat menambah rasa bahagia kala berbulan madu. 

 

Tukar tempat honeymoon 

Saya dulu bermula dengan Medan, kemudian Padang, Bandung, Phuket, Bali, Jogja, Surabaya, kemudian Bali semula. Sepuluh tahun pertama, saya hanya bhoneymoon negara-negara jiran terdekat saja. Bila dah makin lama, jika ada rezeki lebih, baru bercuti semakin jauh, dan semakin lebih tempoh masa.  

My favorite honeymoon places, Bali, Bandung & Jogja. Jangan menginap dalam bandar. Ambil hotel yang out circuit sikit, sebab hotel di sana sangat banyak. Semua best-best. Semua has its own aura & persona, tak pernah jemu pergi lagi dan lagi… 

Itu antara pengalaman saya.  

Semoga bermnafaat buat yang mahu mencubanya.. 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI