Sejuk rasanya hati para suami bila isteri mencium tangan suami ketika suami hendak melangkah ke tempat kerja, kemudian mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman.
Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.
Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim :“Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah, maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad”.
Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah kat suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaaAllah. Wassalam.
Sumber : Rumah tangga bahagia