Kredit: Kita Senyum

Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Itu merupakan fakta yang tak boleh dinafikan lagi. Suami perlu tahu bahawa isteri mempunyai hak ke atas duit suami. Tidak salah jika isteri menggunakan duit suami untuk membeli barang keperluan diri mereka.

Jika anda membeli barang keperluan anda menggunakan duit sendiri, tak perlu memandang rendah kepada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada duit suami. Salahkah jika mereka menggunakan duit suami mereka sendiri?

Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin, dalam duit suami ada hak isteri. Tidak menjadi satu kesalahan jika isteri menggunakan duit suami untuk membeli barang dapur, barang kelengkapan rumah dan sebagainya. Jom kita baca perkongsiannya dengan lebih lanjut.

Kredit: Facebook Firdaus Shakirin

“Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri…!!”

Jadi trending kan guna kotak untuk sampaikan mesej…bila saya terbaca mesej di atas ni, terus saya fikir,

“Adakah isteri yang mengharapkan duit suami itu, isteri yang tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa-apa dalam bentuk kewangan kepada si suami?”

Biasalah, bila kita di tempat tersebut, kita mampu untuk membeli sesuatu dengan usaha kita sendiri, terus kita “memandang rendah” pada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada DUIT SUAMI…

Mesej tu tak salah, tapi janganlah penyampaiannya seolah-olah MEMPERLEKEHKAN mereka yang tidak ada pendapatan…

Untuk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI…antara 5 hak isteri dalam duit suami ialah,
– Makan minum
– Tempat tinggal
– Pakaian
– Perubatan
– Duit belanja

BACA: Isteri, Moga Penat Awak, Sakit Awak, Akan Ada Ganjaran Pahala

Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami untuk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap dan sebagainya…dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yang bayarkan…

Jangan anggap mereka yang menggunakan duit suami itu TIN KOSONG…

Ada surirumah sepenuh masa yang ada Master, yang ada Ijazah…Ada suri rumah sepenuh masa yang dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya…Ada suri rumah sepenuh masa yang dulunya gaji 6k, 5k, 4k…Ada surirumah sepenuh masa yang dah travel merata di dalam negara dan di luar negara…

Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami…Dia meletakkan perkara itu melebihi hal-hal duniawi…Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan org lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri…

Apa yang suami sediakan, dia pakai…apa yang suami beli, dia makan…apa yang suami bagi, dia guna…hidup seadanya ikut kemampuan suami…tak mengeluh, tak merungut…

Bukan biasa-biasa PENGORBANANNYA itu…

Tak hina jika menjadi seorang isteri yang hanya tahu menghabiskan duit suaminya…tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yang mengharapkan duit suaminya…

Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yang dia BERHAK…

Kalau hari ini awk di luar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, beribu-ribu setiap bulan awak dapat, maka jangan sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yang tidak berada di tempat anda…

Rezeki masing-masing tak sama…awak lebih pada duit, dia yang takde duit lebih pada masa dengan keluarga…

In the end, hanya mereka yang menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada itulah mereka yang bahagia dan gembira…

Renung-renungkan…

Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awak, maka biar je la eh…Suami dia ok ja isteri dia guna duit dia, awak jangan lebih sudu dari kuah plak…

Sumber: Firdaus Shakirin