Bergurau senda antara suami isteri tidak termasuk perbuatan yang sia-sia, bahkan ia dinilai sebagai ibadah kepada Allah S.W.T. Bergurau senda gurau juga dapat meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang diantara keduanya.

Dari ‘Atha’ ibnu Rabbah r.a; “Aku melihat Jabir ibnu Abdullah dan Jabir ibnu ‘Umair Al-Anshari sedang bergurau dengan berlempar-lemparan. Kemudian salah seorang dari mereka berkata kepada temannya, “Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda;

Dalam Gurauan Suami, Bila Isteri Terdiam Tu Tanda Hatinya Terasa
.

“Setiap orang yang melakukan sesuatu yang tidak ada zikir kepada Allah di dalamnya dinilai sebagai orang yang bermain-main dan melakukan kesia-siaan,
Kecuali empat orang, iaitu suami-isteri yang bersenda-gurau, seseorang yang menjaga kudanya (atau kenderaan yang digunakan untuk berjihad atau berbuat kebajikan), seseorang yang berjalan di antara dua tujuan, dan seseorang yang mengajar berenang (olahraga untuk kesihatan tubuh).”
[HR An-Nasa-ie]

Walaubagaimanapun, dalam bergurau ada juga adab-adabnya. Ketahui enam adab bergurau senda dengan pasangan dan ikuti perkongsian Firdaus Shakirin tentang bergurau dengan isteri ini.

Dalam Gurauan Suami, Bila Isteri Terdiam Tu Tanda Hatinya Terasa
.

Walaubagaimanapun, dalam bergurau ada juga adab-adabnya. Ketahui enam adab bergurau senda dengan pasangan

ADAB-ADAB BERGURAU SENDA ANTARA SUAMI ISTERI

1-Bergurau supaya Bertambah Kasih & Sayang

Bergurau tentang sesuatu yang boleh membuatkan kita tergelak dan rasa kasih pada pasangan. Umpamanya memuji dan membelai pasangan dengan cara yang menghiburkan.

2-Bergurau mengikut Kesesuaian Masa & Tempat

Bergurau, biar sesuai dengan masa dan tempat. Jangan bergurau ketika pasangan dalam keadaaan yang amat sedih seperti kehilangan ahli keluarga atau ditimpa malapetaka.

3-Tidak Bergurau dengan Perkara Sensitif

Berguraulah dengan perkara yang benar dan menghiburkan. Jangan bergurau dengan perkara yang sensitif. Umpamanya mengungkit kisah lampau pasangan dan mengejek mengenai fizikal pasangan.

Dalam Gurauan Suami, Bila Isteri Terdiam Tu Tanda Hatinya Terasa
.

Ads

4-Tidak Bergurau sehingga Memudaratkan Pasangan

Walaupun sudah berkahwin dan menjadi pasangan, bergurau perlu ada batasnya. Jangan bergurau sehingga boleh membawa sesuatu yang memudaratkan pasangan.

5-Tahu Bezakan Antara Perkara yang Penting & Perkara yang Boleh dibawa Bergurau

Bergurau senda biarlah berpada-pada. Bukan semua perkara boleh dijadikan gurauan dan dalam perkahwinan perlu ada saat serius membincangkan sesuatu. Jangan anggap semua perkara adalah gurauan. Perlu membezakan gurauan dan perkara serius dalam kehidupan.

6-Tidak Ada Unsur yang Menakutkan & Buat Pasangan Panik

Dalam bergurau, jangan ada unsur-unsur yang boleh menakut -nakutkan dan membuat pasangan rasa cemas dan panik. Ini kerana rasa takut dan cemas akan membuat pasangan tidak suka apabila bergurau. Mereka mungkin menganggap bergurau sedemikian akan mengancam diri dan tidak dapat membezakan kebenaran dan gurauan.
Dalam Gurauan Suami, Bila Isteri Terdiam Tu Tanda Hatinya Terasa
.

Ini pula perkongsian dari Firdaus Shakirin mengenai gurauan kasar suami mungkin menyentuh hati seorang suami.

Dalam bergurau senda jangan dilupa adab dan batasannya. Ini kerana bergurau tanpa adab, dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan, pasangan kecil hati, mengakibatkan salah paham dan cenderung mendapat kecederaan jika bergurau secara berlebihan.

Cara Rasulullah S.A.W. bergurau senda adalah wajar untuk kita contohi. Rasulullah S.A.W. tidak bergurau dengan menipu tetapi hanya perkara yang benar, tidak mengumpat atau menjatuhkan aib orang lain, tidak berpanjangan dan meleret-leret, apalagi hingga mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tidak banyak ketawa kerana bergurau tidak semestinya perlu ketawa (sekadar senyum pun cukup).

Dengan isteri ni, bukan boleh bergurau ikut suka dan bercakap sebarangan…

Dalam tawanya, dalam gelaknya, dalam senyapnya, ada “terasa”nya…

Ads

Cuma dia tak tunjuk dia terasa dgn gurauan dan kata2 kita tu…kita nmpk dia mcm biasa, tapi dia akan ingat perkara tu sampai bila2…

Sebab tu, xperlu nk ugut-mengugut isteri dgn perpisahan atau menggantikan dia dgn org lain walaupun ianya sekadar SATU GURAUAN, nothing serious, xde niat…

“Abg tipu je la, abg xbuat aih, bukan btol2 pun”

Apatah lagi klu gurauan dan kata2 itu diulangi berulang kali sehingga dia dah bersedia utk hidup tanpa kita dgn berkata,

“Kahwin je la bang…” “Nak cerai, cerai je la bang…”

Nk harap isteri kata, “Alaaa, ayg tipu je…ayg melawak je…”

Ads

Klu dia serius? Klu dia btol2 mahukan perkara tu utk berlaku? Apa yg kita akan rasa? Boleh tunaikan permintaan dia?

Klu nk dia perbaiki kekurangan dia, bgtau…klu nak dia perbaiki kelemahan dia, bgtau…klu nak dia perbaiki keburukan dia, bgtau…bgtau ja, dia boleh dengar dan cuba utk penuhi…

Tapi jgn mengugut dia dgn bergurau seperti nk tinggalkan dia asbab dia masak lambat…jgn mengugut dia dgn melawak nak tambah lagi, cari “kawan” utk dia sbb dia sibuk di ofis…

Klu la dia boleh buat perkara yg sama kat kita, dah lama kita ni menangis tepi bucu katil setiap hari…sbb?

Isteri kata nk cari org lain sbb kita xpenah menghargai dirinya…isteri kata nak tinggalkan kita sbb kita xpenah tolong dia buat keje umah…

Lagi kasar melawak isteri klu dia ckp mcm ni…tapi ada pernah kluar dr mulut seorang isteri ttg perkara ni walaupun dia tu tak dihargai, tak pernah dibantu dlm urusan keje2 rumah…?

Tak pernah…

Yg byknya ialah dari mulut lelaki yg kononnya BERGURAU, XDE NIAT PUN, MELAWAK…tapi tanpa disedari, isteri dah terasa dan menangis keseorangan di malam hari.

Kredit : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI