Ummi selalu pesan;

“Cerita hal rumahtangga ini dengan Allah. Dia yang izinkan ujian ni, Dia juga ada jalan selesaikan. Jadi minta dengan Dia.”

Rumahtangga mana yang tidak diuji Tuhan. Mesti ada sahaja yang Tuhan beri, supaya kita suami isteri saling bergandingan selesaikan setiap liku ujian.

Maka, atas setiap ujian, suami isteri kena sama-sama berdoa dan merintih, minta Allah yang tolong selesaikan urusan rumahtangga kita.

Ummi pesan juga, “isteri kita ini manusia, dia ada hati. Kena ingat hati ini milik Allah. Kalau hari ini dia marahkan kita, kita cuba pujuk dia tak pedulikan, berdoalah.

Dalam Hidup Akan Sentiasa Diuji, Terutama Dalam Rumah Tangga

Kita minta pada yang menjadikan hati isteri tu. Kita merayu pada pemilik sebenar hati tadi. Pada Allah. Usah rasa kita pandai selesaikan semua benda.”

Kawan-kawan yang dikasihi, nak fahamkan begini;

1. Tuhan kalau nak bolak balikkan hati, bila-bila Dia boleh buat. Sekarang isteri marahkan kita, kita minta Tuhan lembutkan hati dia dan terima maaf kita.

Ads

2. Buat sedikit tebus dosa kita, pergi sedekah atau pergi cuci tandas masjid contohnya. Sebagai tanda usaha kita ke arah kebaikan.

Lepas tu cubalah berbincang balik. InsyaAllah Tuhan akan mudahkan. Kan hati itu milik Dia.

3. Elakkan sekali-kali pergi bercerita masalah rumahtangga kita ke kawan-kawan berlainan jantina, yang tak ada kena mengena hubungan dengan kalian. Bahayanya besar.

Contohnya suami ada masalah terus keluar rumah, pergi cerita dekat kawan perempuan. Bukan selesaikan masalah, ini menambah beban.

Begitu juga isteri, jangan bawa cerita gaduh dengan suami ke bos lelaki dekat pejabat. Masuk mulut buaya namanya.

4. Atas setiap ujian rumahtangga, penghujungnya suami dan isteri semakin mengenali kekurangan diri. Bertambah pandai juga menerima setiap yang lemah.

Ads

5. Tuhan tak akan sia-siakan setiap perkara yang terjadi. Sekali pun sebuah kisah pergaduhan dalam rumahtangga. Mesti ada benda baik dihujungnya nanti.

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Firdaus Mokhtar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI