Perkahwinan ini ibarat sebuah perjudian hidup. Tetapi di sini tiada siapa yang akan rugi cuma perlu menanggung risiko sama ada bahagia atau pun derita. Jika kau pandai memainkan peranan maka kau akan bahagia. Jika kau hanya bersikap lepas tangan pasti kau atau pihak lagi satu akan derita. Ustaz Pahrol Muhamad Juoi kongsi, dalam hubungan suami isteri ini tidak ada istilah menang kalah tetapi…
Perkahwinan umpama memegang benang halus yang mudah putus. Suami di satu hujung, isteri di satu hujung yang lain.
Tanyakan pada hati, siapa yang sedang ‘menarik’ benang itu ketika ini…jika isteri, maka hulurkanlah benang itu wahai suami. Agar benang itu tidak putus. Dan begitulah sebaliknya dan seterusnya…sampai bila-bila.
Dalam perhubungan suami-isteri tidak ada istilah menang-kalah, yang ada hanyalah kalah-kalah atau menang-menang.