Sampai je masa untuk kahwin, bajet adalah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran. Banyak duit nak pakai untuk majlis kahwin nanti. Dari baju kahwin sampailah kepada bayaran untuk saksi masa akad nikah.
Impian untuk buat majlis perkahwinan yang mega memang tinggi. Mengenangkan bajet yang sedikit, terpaksalah dilupakan segalanya. Namun, ada berita gembira untuk bakal pengantin yang nak merasa menyarungkan busana dari rekaan pereka fesyen terkenal tanahair, Rizman Ruzaini.
Rizman Ruzaini Bridal RTW 2022 menampilkan 11 rekaan ini adalah jawapan kepada permintaan pelanggan yang mahukan sentuhan Rizman Ruzaini tetapi pada harga lebih murah.
“Koleksi kali ini adalah lebih intimate. Semua rakyat Malaysia boleh menikmati koleksi ini kerana harganya bermula daripada RM699 hingga RM1499. Koleksi ini boleh digayakan untuk pertunangan, akad nikah dan resepsi.
Ia adalah ready-to-wear. Istimewanya kami bukan sahaja menghasilkan busana dari rona putih tetapi dengan tambahan warna ungu dan kelabu. Ada rekaan kontemporari dan potongan moden, serta ada juga elemen songket dan tafetta.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI