Dapat Suami Yang Cerewet Adalah Satu Bonus, Layan Lah Mereka Dengan Cara Ni

Share

Mempunyai suami cerewet bukan takdir semua isteri tetapi hanya kepada sebahagian kecil sahaja. Ini kerana, makhluk Allah bernama lelaki ini sinonim dengan tidak bercakap banyak kerana lebih suka memendam rasa.

Kepada mereka yang ditakdirkan mempunyai pasangan cerewet sama ada suami atau isteri, anda masih perlu rasa bersyukur atas kurniaan Nya. Sebab anda berpeluang mengetahui segala isi hatinya yang tidak puas hati dengan tindakan anda.

Mungkin ini cara anda untuk terus setia dengan pasangan anda. Semoga membantu!

1. Bersyukur dengan pasangan anda

Buat para isteri, anda perlu bersyukur kerana cerewet suami anda adalah satu hiburan yang anda tidak pernah jangka. Apabila sikap cerewet tersebut tiba-tiba hilang, anda akan merinduinya malah anda boleh faham sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan suami anda.

Antara sebab seseorang itu jadi cerewet ialah apabila sesuatu yang dilakukan oleh orang lain gagal memenuhi kehendaknya. Untuk mengelakkan cerewet pasangan anda berleluasa, anda perlu berusaha memenuhi kehendak pasangan anda.

2. Isteri cuba ikut je tekak suami

Jika suami gemarkan bihun goreng, mungkin dia tak suka yang terlalu pedas atau terlalu basah. Bermaksud anda perlu dalami ilmu selera suami dengan lebih mendalam lagi sebagai usaha pertama untuk menyediakan hidangan mengikut kehendaknya.

Sama juga dengan kehendak pasangan yang lain – pakaian, susun atur rumah, jadual perjalanan dan sebagainya. Jika tahu isteri akan bising kalau kasut anda tak susun, lantas bagi mengelakkan isteri anda berceloteh dan buat kecoh, pastikanlah kasut anda tersusun kemas.

3. Cuba faham pasangan

Masalah yang dikenal pasti bila pasangan bertindak kecoh dan cerewet ialah kerana gagal difahami malah anda gagal memahami dirinya. Kebanyakan pasangan mengambil jalan mudah, merasakan diri difahami oleh pasangan kerana telah melalui hidup bersama dalam tempoh lama.

Realitinya, andai berkawan atau bercinta lama sebelum kahwin atau telah melalui tempoh perkahwinan melebihi lima atau sepuluh tahun atau lebih sekali pun, anda tidak akan mengenali pasangan sepenuhnya. Sikap manusia umpama pasir di pantai, boleh berubah sepanjang masa, bezanya perubahan yang sedikit tanpa disedari atau perubahan besar dan mudah disedari.

4. Tanya khabar dia

Amalkan sentiasa bertanya, berbincang dan berterus terang dengan pasangan anda apabila merancang sesuatu perkara berkaitan perjalanan hidup rumah tangga termasuk jadual kerja anda. Maklumat sedemikian memudahkan setiap perkara yang bakal dilaksanakan secara sendirian atau bersama kerana masing-masing telah sedia maklum.

5. Bersabar, kerana itu sifat mereka

Anda perlu lebih bersabar menghadapi kerenah pasangan sebegini. Perlu berikan mereka masa kerana andai cerewet adalah satu sikap yang telah dipraktikkan sejak lama, memang sukar hendak hilang begitu sahaja walau kehendaknya telah dipenuhi, seakan ada sahaja yang tidak kena.

 

 

Published by
NanyRahman