Kalau direzekikan tinggal sebumbung dengan mak ayah atau mentua, bersyukurlah Allah bagi peluang untuk anda rasa dekat.
Namun, tak mustahil ada juga boleh bawa’bermusuh’ bila mak ayah tinggal dengan menantu. Mungkin apa yang dibiuat itu tak berkenan di mata mereka. Lagi teruk minta mak ayah tinggal sebab nak minta jaga rumah, cucu dan anggap mereka bibik pula.
Tinggal Sebumbung Dengan Mak Ayah
Usahlah bebani mak ayah dengan kerja rumah bila mereka nak tinggal dengan anak menantu. Itu juga salah satu cara kita hargai mereka yang telah banyak berkorban untuk anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh, mak ayah yang tinggal dengan anak menantu adalah satu rahmat dan rezeki serta jadikan rumahtangga kita bahagia.
Mak Ayah Ada Sekali, Itu Rezeki
5 tahun lepas, mak mentua aku buat keputusan nak tinggal bersama kami setelah ayah meninggal dunia.
Punya la seronok dengar mak nak duduk dengan kami. Arwah abah selalu pesan,
Ads
“Ada orang tua nak duduk rumah kita ni satu rahmat. Beruntung la anak-anak kalau mak ayah nak duduk dengan kita.
Rumah akan subur dengan bacaan Quran, ada orang tua yang bangun tahajud dalam rumah kita, rumahtangga lebih bahagia”.
Masa tu, anak ketiga aku Amar Ash Arumi, baru je lahir. Puan isteri baru lepas pantang. Aku terus bagitahu puan isteri,
“Nanti mak duduk dengan kita, jangan suruh mak jaga anak kita. Kita hantar kat pengasuh. Jangan suruh mak masak, basuh main, iron baju, lipat kain untuk kita.
Kita bagi mak rehat”.
Ads
Puan isteri terus setuju saja. Mak awalnya bagitahu nak jaga, tapi aku minta mak rehat saja. Tengah hari bila isteri pulang kerja, ambil anak dan boleh la mak main dengan cucu masa tu. Sampai malam boleh main. Tak dak masalah.
Jaga budak kecil ni renyah dan penat. Tambah-tambah baby. Makan minum kena suap, kencing berak kena basuh, nak tidur kena dodoikan. Sehari dua tak apa lagi.
Tapi kalau dah setiap hari, memang penat.
Anak usia 4 tahun baru aku tak hantar pengasuh. Dah pandai makan minum sendiri, dan pandai kencing berak, tak perlu dodoi untuk tidurkan. Masa tu baru aku bagi mak jaga.
Sama bila anak ke empat lahir pun sama. Ali dihantar kat pengasuh sebaik isteri habis pantang pada hari kerja.
Beri Hadiah Tanda Terima Kasih
Ads
Sesekali kami belikan mak hadiah, beg, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tanda terima kasih dan hargai mak.
Mungkin lain orang, lain caranya. Kalau aku, kami buat gitu. Bersyukur sangat mak nak duduk dengan kami. Rahmat besar sungguh.
Cuma bila terbaca screenshot ni, terkilan juga aku baca. Dah la suruh mak mentua jaga anak, lepas tu berkira pula. Kalau hantar kat pengasuh lagi mahal kena bayar.
Mak dah sanggup jaga anak kita, takkan nak berkira mak minta seratus je. Adeh, cannot brain aku ada juga orang pemikiran macam ni.
Semoga Allah kurniakan anak-anak yang menghargai ibu bapa, soleh dan solehah belaka. Amin.
Buat masa ini, emas akan menjadi topik panas bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun peningkatan harga menjadi logam berharga ini lebih mahal. Malah, dagangan dalam talian juga kurang aktif disebabkan harga tinggi dan rakyat lebih memilih keperluan asas ketika PKP. Namun atas desakan itu, jika anda mahu menjual emas, jangan sampai tertipu ya. Tambah ilmu dan pastikan anda mendapat hak anda yang selayaknya!
.
1. Awas, strategi untung lebih!
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.” Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.
2. Chrome bukan emas putih
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.
3. Harganya sama saja
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.
.
4. Antara emas putih dan platinium
Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
5. Emas kemik atau calar
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga. Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Turun 11.9 kilogram dalam masa 79 hari. Amalkan intermittent fasting (IF) dengan menu-menu ini.
Diet suku separuh. Apa itu IF? 16 jam puasa dari 8 malam sampai 12 tengah hari. 8 jam waktu makan 12 tengah hari sampai 8 malam. Puasa makanan je, air minum macam biasa. Ini perkongsian Juzzlika yang mengamalkan diet IF sehingga beratnya turun sehingga 11.9 kg dalam tempoh hampir 3 bulan.
Ini list menu yang anda boleh tiru
Kredit: DIETIKZMN, Twitter JUZZLIKA JEWELLERY
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membina masjid atau mendirikan rumah tangga adalah perkara yang dituntut dalam islam. Selain memenuhi tuntutan fitrah, ganjaran pahala yang besar menanti apabila kita menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan.
Sekiranya anda akan melangsungkan majlis pernikahan tidak lama tidak lama lagi, kami kongsikan 4 perkara sunat dilakukan selepas sah akad nikah perkahwinan.
1. SOLAT SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
2. SUJUD SYUKUR
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
3. SI SUAMI MELETAKKAN TAPAK TANGAN DI ATAS UBUN-UBUN ISTERI LALU MEMBACAKAN DOA “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
4. ISTERI BERSALAMAN DENGAN SUAMI SAMBIL MENCIUM TANGAN LALU MENGUCAPKAN 2 KALIMAH SYAHADAH
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!