Niat nak kahwin dah ada tapi bila tiba nak menabung untuk kehidupan selepas perkahwinan tu yang liat sikit. Banyak sebenarnya ‘kebocoran’ yang berlaku dalam sistem penjagaan duit kita. Jom kita baca satu per satu.
Ini perkongsian Amir Syahir yang kena tepat pada kita semua.
Baiki Kewangan Yang Bocor
******************************
Sebelum kau membina simpanan dan mengumpulkan harta tu, kau perlu pastikan simpanan kau supaya tiada kebocoran berlaku.
Bagaimana keadaan kewangan kau pada tahun ini? Kau dah boleh membuat refleksi kembali mengenai hala tuju kewangan kau untuk tahun ni.
Berikut merupakan antara perkara biasa yang menyebabkan kebocoran kewangan korang. Jom semak kembali.
***
1. Jika dulu setiap minggu keluar tengok wayang, sekarang cuba pilih filem yang menarik je. Ini filem hantu Melayu pun kau nak tengok. Kau tengok duit kau dalam bank pun dah cukup seram. Sekali sekala takpe la.
2. Jika dulu setiap minggu kau keluar jalan-jalan lepak pusat membeli belah, lepas tu lepak dekat kedai hipster semata-mata nak update gambar Insta. Sekarang cuba jimat duit tu untuk kegunaan masa depan kau.
3. Jika dulu selalu beli benda berjenama, sekarang cuba beli barang yang harga lebih berpatutan. Cuba bandingkan harga terlebih dahulu. Yang berkualiti tak semestinya mahal.
4. Jika dulu selalu nak up to date gajet, telefon nak yang terbaru je padahal main Candy Crush, online Fesbuk dan main WhatsApp je. Sekarang cuba tunggu rosak baru beli. Ingat, pakai sampai habis, guna sampai rosak.
5. Jika dulu beli kasut 5-6 pasang, setiap kali dapat gaji beli baju dekat Lazada, Zalora tapi tak pakai pun. Beli sebab masa SALE. Tak beli rugi.
6. Jika dulu lampu bilik, stor, dapur tak ada orang pun dibiarkan berpasang, sekarang cuba padamkan lampu bila tak ada orang.
7. Jika dulu paip air rosak dan air banyak menitik, kau tak hiraukan, sekarang cuba kau baikinya.
***
Banyak lagi perkara yang boleh kau jimatkan. Perkara yang kau nampak kecil sebenarnya memberi kesan jika kau semak betul-betul.
Contohnya dari segi pembaziran elektrik, kalau kau dapat jimat lima ringgit dari bulan lepas pun dah kira okay. Kalau setahun? Kira la sendiri.
Kalau kau gaji besar, gaji serupa menteri takpe la. Ini gaji ciput je. Tapi bajet tabiat serupa orang ada-ada je. Sekadar memperingati. Kah!
.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI