Perubahan yang ketara dibuat pasangan suami isteri, dari ruang kosong jadi cantik tersusun. Dari bahagian depan sampailah ke dapur, semuanya kemas.
Apa yang lagi menarik, pasangan ini cuma tinggal di rumah flat kos rendah dengan keluasan 650 sqft, tentu ada yang beranggapan agak sukar untuk dihias. Ini memandangkan ruang rumah sangat terhad.
Namun bagi Nasrul Hisham Mat Anas dan pasangannya merasakan cabaran tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk memiliki kediaman impian dengan melakukan dekorasi hasil daripada kerja tangan sendiri.
Keadaan ruang asal
Setelah Diberi Sentuhan Dekorasi
Ini adalah bahagian ruang tamu bersekali dengan ruang menonton tv untuk keluarga. Nampak begitu tersendiri apabila perabot digayakan dengan penggunakaan kayu pallet yang dihasilkan sendiri.
“Saya kutip saja span tu, dan beli kain balut sendiri. Manakala langsir pula saya beli di kedai DIY sahaja. Dan lampu spotlinght tu beli secara di shopee,”
jelasnya.Melihat pada kemasan dinding pula, pasangan ini bermian dengan warna gelap dan perletakkan lampu spotlight memberi mood istimewa pada ruang kediaman ini.
Pun begitu, kemasan lantai tidak dilakukan sendiri tetapi pasangan ini lebih selesa menyerahkan pada yang mahir dengan menggunakan material spc.
Melihat pada gaya dekorasi ruang dapur pula, Nasrul Hisham dan pasangan turut mengilhankannya sendiri. Apa yang menariknya, walau ruang terhad, pasangan ini masih dapat menyediakan ruang kaunter bar yang sesuai untuk dua orang.
Apa yang pasti, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Sama ada rumah kecil atau sebaliknya, boleh sahaja dihias cantik dan kemas. Jadi bolehlah buat anda yang tinggal di rumah flat, jadikan dekorasi ini sebagai inspirasi buat anda.
Sumber :Nasrul Hisham Mat Anas via DRSS