
Jodoh tanpa diduga, akhirnya Beymad nikah dengan pempengaruh, Nurina Izzayani (Izz). Berita perkahwinannya jadi tumpuan apabila pendakwah atau nama sebenarnya, Ahmad Mohd Yusof dikatakan bermula dari menjadi talent dan bertukar status kepada suami.
Beymad Nikah Pempengaruh Kambing Perap
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok, pasangan ini selamat melangsungkan perkahwinan di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Majlis tersebut menyaksikan Izz menerima mas kahwin sebanyak RM2,000.
Menurut Beymad, dia berasa lega dan bersyukur kerana telah sah bergelar suami.
Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan. Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur.
Ujar Izz pula, dia bersyukur kerana Allah mempermudahkan segalanya.
Dari talent jadi suami. Doakan kami okay.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah buat Beymad dan Izz. Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh dan menyuruh Beymad membuat sebuah filem mengenai kisah cinta mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweet Betul Engku Emran Buat Surprise Untuk Bella! Tak Berkelip Tengok Gambar Kahwin Mereka Di Bandung

Sweet betul tengok gambar kahwin pasangan romantis Bella dengan Engku Emran yang berlangsung di Intercontinental Hotel & Resort Bandung, Jawa Barat, semalam. Tak berkelip rasanya mata tengok setiap gambar pasangan ini. Jelas tergambar kebahagiaan yang dirasai pasangan sejoli ini. Awal September lalu, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri oleh 300 tetamu. Jauh daripada kesan mewah, majlis resepsi Bella dan Engku Emran terlihat sederhana dan dihiasi dengan nuansa putih. Pada majlis resepsi itu juga menyaksikan Bella menyarungkan busana pengantin hasil sentuhan Ayu Dyah Andari. Wajah manis Bella pula nampak berseri-seri hasil solekan andychunmakeup dengan tema nude.
Memilih untuk menggayakan jump suit dengan warna blush meriah bersama perincian Swarovski dan taburan kristal nyata busana ini mampu memperindahkan lagi seri ratu sehari bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu. Engku Emran tampil hampir senada dengan penampilan Bella, tampan dengan mengenakan sut berwarna coklat bersama kemeja putih dan tali leher berwarna hitam dari Wong Hang Tailor.
Sebagai tanda kasih dan cinta kepada isteri tersayang, Engku Emran telah membuat kejutan kepada Bella pada majlis tersebut. Amy Search telah didatangkan khas dari Malaysia bagi mendendangkan lagu Isabella. Amy Search sendiri ternyata sudah tidak asing lagi bagi keluarga Bella. Malah ibu Bella juga sangat mengidolakan penyanyi itu sehingga memberikan nama puterinya Bella, yang diambil daripada judul lagu Amy yang sangat popular iaitu Isabella.
Majlis resepsi kedua pasangan mempelai ini turut dihadiri oleh Bunga Citra Lestari, Melly Goeslaw, Zaskia Sungkar, Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri. Sempurna sudah majlis di kedua-dua belah pihak. Didoakan agar mahligai pasangan sama cantik dan sepadan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
Ayuh kita cuci mata dengan rakaman memori terindah pasangan merpati dua sejoli ini di majlis resepsi mereka.
Sumber gambar: the leonardi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’

Bukan mudah bergelar jurusolek diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.

Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Ella. Beliau sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.


“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen. Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.
Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.

Saya tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama. Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.


Saya mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu. Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.
RAHSIA SOLEKAN YANG DIAMALKAN
Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘less is more’.
Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.
Kredit Foto: Instagram @saidatulnisaaminuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Boleh Minta Cerai, Jika Suami Tidak Solat, Berperangai Fasiq Seperti Melakukan Amalan Syirik

Isi Kandungan
ToggleSeorang lelaki yang telah berkahwin mempunyai peranan penting sebagai suami dan memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sebagai ketua keluarga, ia amanah sangat besar kerana selain mencari kebahagiaan duniawi, mereka bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dunia dan kebahagiaan ukhrawi buat ahli keluarganya.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu.” (Al-Tahrim: 6)
Lalu bagaimana pula jika si suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami?
Tahukah anda bahawa seorang isteri sebenarnya boleh memohon perceraian daripada suami jika lelaki berkenaan menyebabkan berlaku mudarat kepada wanita tersebut.
Menurut hantaran infografik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) disiarkan menerusi laman sosialnya, ada empat situasi membolehkan si isteri itu berbuat demikian.
Antara kemudaratan tersebut ujar agensi berkenaan, ialah apabila suami itu gagal untuk menyediakan hak-hak ke atas isteri seperti nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.
“Harus juga cerai jika si suami berperangai fasiq seperti melakukan amalan syirik, tidak solat atau tidak berpuasa Ramadan dan isteri itu sudah lama bersabar menasihatinya,” kata Jawi.

Mengulas lanjut, Jawi berkata, isteri turut boleh menuntut fasakh sekiranya suaminya didapati bermusafir terlalu lama seperti lebih enam bulan tanpa ada sebarang pun khabar berita.
“Situasi berkenaan disebabkan kebimbangan si isteri tersebut berasa takut bahawa dirinya pula tidak mungkin dapat mengawal fitnah iaitu keperluan syahwatnya,” jelas agensi itu.
Turut diharuskan ialah keadaan apabila suami itu bertindak menghina termasuk memukul tanpa sebab, melaknat atau memaki hamun pasangannya dengan bahasa yang kesat.
Jawi menerusi keterangan ringkasnya menyatakan bahawa empat situasi itu harus setelah suami tidak mahu melafazkan talak walhal isteri tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan.

Meskipun hal perceraian berada di tangan suami, ajaran Islam masih membolehkan keadaan tertentu untuk isteri memohon cerai sebagai jalan keluar daripada ikatan hubungan itu.
Walau bagaimanapun, ia dibuat selepas segala usaha bagi menyelamatkan rumah tangga menemui jalan buntu dan perceraian diharapkan menjadi penamat daripada diteruskan.
Pada masa yang sama, Jawi turut menyarankan suami isteri agar sentiasa bersabar dan banyak bermuhasabah sesama sendiri supaya perkahwinan mereka terus lama berkekalan.
Sumber: Kosmo Online Instagram JAWI KL Kredit foto (top image): Pixabay
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI