Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri, begitu juga dengan Datin Alyah yang merupakan isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan. Ada orang sesetengah orang dikurniakan dengan cahaya mata awal, ada yang perlu bertahun lamanya untuk mendapat nikmat itu.
Datin Alyah Tak Stress Disoal Pasal Anak, Perancangan Allah Maha Hebat
Bagi Penyanyi Datin Alyah pula, dia memaklumkan dirinya tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini mencecah 10 tahun.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia dan Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Tak ada masalah, belum ada anak kecil jadi boleh diuruskan semuanya.
“Bagi Tok Ram, dia dah ada dua junior, tapi saya belum lagi.
Ads
“Saya tak stress memikirkan tentang itu. Saya percaya perancangan Allah itu lebih hebat daripada kita,” katanya dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi.
Jawab Berkenaan IVF
Disoal adakah bercadang untuk membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kelak, Alyah berkata kepadatan jadual membuatkan dia belum memulakannya.
“Untuk rawatan itu kita bertanya-tanya juga, walaupun saya tak banyak muncul di kaca televisyen tapi Alhamdulillah masih memenuhi jemputan acara dan nyanyian.
“Saya tak boleh katakan apa-apa lagi sebab jadual saya agak padat.
Ads
“Seperti yang kita tahu, rawatan IVF ini kena betul-betul bertenang dan jadual juga kena kosong. Kalau ada rezeki Allah nak beri, kita terima” jelasnya positif.
Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata suaminya juga bersikap positif mengenai itu dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
“Dia okey sahaja. Orang luar pasti fikir bila kami tak banyak gambar dan video bersama tapi sebenarnya kami baik-baik saja.
“Dia juga bukanlah seorang yang terburu-buru. Nak kata bahagia betul, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya,” kongsi Alyah.
Ads
Pasrah Dan Dekatkan Diri Pada Pencipta
Akui ada perasaan pasrah sehingga berputus asa, Alyah berkongsi dia banyak mendengar ceramah agama dan hanya berserah kepada Tuhan.
“Tipulah tak ada (putus asa), saya seorang wanita biasa. Saya melalui proses matang sebagai wanita, jadi bila kita banyak mendengar ceramah untuk menguatkan rohani.
“Jadi kita tahu hakikatnya adalah kita bukan perancang yang hebat sebab banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi.
“Di penghujung jalan kehidupan itu, kita kena berserah. Tak perlu stress, kita akan rasa tenang. Apa yang kita cari dalam kehidupan adalah ketenangan kerana ia sungguh mahal,” tambahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Sumber: Melodi TV3 via Xtra
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mondelez International hari ini memperkenalkan varian produk terbarunya, Oreo Chocolate Coated cookie, ke pasaran Malaysia. Dengan harga pada RM2.70 setiap paket, produk baru ini merupakan kerjasama antara dua jenama kegemaran Mondelez International – Oreo dan Cadbury Susu Susu.
Gabungan coklat cadbury dan biskut oreo memberikan lagi kelazatan pada makanan tersebut. Kelainan yang dibuat adalah untuk mencipta produk “yang bebas dari acuan konvensional variasi produk lain”.
Pasti dengan Oreo Chocolate Coated akan memberi inspirasi kepada para pengguna untuk terus menikmati dengan cara mereka untuk menghasilkan cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk memasuki produk ini.
Produk ini juga menghasilkan sentuhan baru dalam ikon “Twist, Lick, Dunk” yang ikonik dalam memakan cookie.
Dengan biskut Oreo yang dilapisi coklat Cadbury Susu Susu, ungkapan baru “Lick It, Crunch It” diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated.
Mungkin ini adalah salah satu produk yang anda boleh jadikan ‘goodies’ untuk majlis perkahwinan anda! Pasti tetamu menyukainya dengan kelazatan yang baru ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika nak dapur kemas dan tersusun rapi, kena disipilin ajar letak barang ke tempat asal selepas guna. Paling penting, tidak terbiar tanpa dilap dan dicuci.
Inilah konsep yang diguna oleh seorang wanita, Jenn Lee Goldfish. Hasilnya dapur yang berbelas tahun guna pun nampak cantik dan bersih.
Walau sudah 14 tahun tinggal di kediamannya, ramai yang memuji ruang masak beliau tersusun rapi dan menarik. Rupa-rupanya ada cara yang dipraktikkan wanita berkenaan bagi memastikan dapurnya sentiasa dalam keadaan kemas dan tetap berkilat biarpun sering digunakan.
Tip Nak Dapur Kemas
Berikut antara tip yang dikongsikan Goldfish:
1. Jangan letak barang atas dapur
-Beliau tidak suka simpan banyak barang atas dapur. Semuanya diletakkan dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Hanya sudu, garfu yang berada di luar, manakala yang lain dilarang untuk berada di atas meja dapur.
“Mungkin ada yang akan cakap ‘Eh! Si Jenn tidak masak di rumah? Suami saya selalu masak. Namun, beliau pun terikut gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja,” jelasnya.
2. Kain lap jangan letak merata
– Kain lap meja jangan letak merata. Beli tuala berharga RM4 di Mr DIY. Selepas lap, keringkan di luar rumah. Elakkan sidai di mana-mana bahagian dapur.
3. Plastik terpakai kena lipat
-Elakkan main sumbat sahaja plastik terpakai. Lipat cantik-cantik lalu masukkan dalam satu bekas.
-Anda juga boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat plastik tersebut.
4. Mop lantai dan lap dapur selepas masak
-Jadikan ia satu rutin terutama mop lantai dan lap dapur memasak sehingga berkilat.
-Pastikan lepas makan terus cuci pinggan mangkuk, tiada orang lain akan tolong cuci. Selepas makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
5. Pilih alas meja jenis tidak bercorak
-Jika dapur anda lapis mejanya menggunakan tikar getah, pilih yang tiada corak ataupun corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.
6. Langsir dapur warna putih
-Elak pilih langsir warna terang di dapur. Sebaiknya, pilih warna putih supaya dapur nampak luas.
Beliau sambil berseloroh berkata, ruang dapurnya tidak dipasang langsir kerana memudahkan beliau untuk melihat pontianak di luar waktu malam.
Amalkan Konsep, Less Is More
“Walaupun hidup kami sederhana, hati senang kerana tidak banyak barang berselerak. Rezeki senang masuk dan kami suami isteri jarang berselisih faham.
“Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang tiga plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more,” ungkap beliau lagi.
Ternyata dapur memang nampak luas, bersih dan tersusun. Barang yang diletakkan di atas dapur pun boleh dihitung dengan jari. Nanti anda pun boleh cuba tip wanita untuk naikkan seri ruang dapur di rumah, barulah semangat nak masak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak mesra suami isteri, biar bertempat. Sebaiknya jangan ditayang pada umum, mungkin ada yang memuji tapi yang cemburu pun kena ambil kira.
Bahayanya sikap suka tayang romantik ini, risau ada yang berkenan. Kata lain, nak menumpang kasih jadi parasit rumah tangga. Haaa.. itu awas!
Simpan Sedikit Mesra Suami Isteri
Bak kata Puan Siti Suryani Yaakop, walaupun kita suami isteri. Dah halal ikut syarie. Baru kahwin je kejap tadi. Atau dah lama kahwin dari dulu lagi. Dah ada anak atau belum ada rezeki.
Walaupun kita sangat bahagia dengan suami kita. Tak pernah gaduh masam muka. Setiap hari ucap I Love You walau tengah duk saja. Dia dukung kita masuk bilik dari kurus sampai dah saiz dua kali ganda. Kita pulak mandikan laki kita tak pernah terlepas lagi walau sehari cuma.
Tapi tetaplah ingat tuan puan.
Islam ini agama yang penuh dengan adab dan tatasusila. Dalam rumah suka hati hangpa la nak buat apa. Hang nak bercium bergomol bergusti ke lantak pi la kat hangpa. Kalau depan khalayak beringatlah sikit supaya kita tidak lupa.
Terlebih sangat nanti mai penyakit ain hidup hangpa boleh rosak binasa.
Mesra suami isteri ni memang bagus dan dianjurkan agama. Tapi bukan untuk tunjuk kokrang jadi tatapan mata semua. Ketahuilah bahawa itu adalah aib dan rahsia rumahtangga.
Jangan ikut sangat cara influencer ke artis ke manusia mana sapa kat luar sana. Bercium bagai tinggal cuma tinggal lagi tak sampai bersenggama.
Begitu lah adab yang perlu dijaga bila sah jadi pasangan, nak mesra suami isteri tak salah tetapi biar tempat yang betul. Moga jadi renungan buat pasangan yang baru berumah tangga dan bakal berkahwin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!