Siapa yang sanggup melalui saat kesakitan namun jika telah ditakdirkan, hanya usaha dan doa boleh mengubatinya. Begitulah dengan Datin Paduka Eina Azman yang bersyukur kerana suaminya, Datuk Paduka Kaizer bebas Covid-19 tahap empat pada tahun 2021.
Beberapa hari lalu Eina ada membuat posting tentang ibadah umrah yang dilakukan kali kedua bersama suami. Umrah nazar itu ditunaikan bersama suami tersayang.
“Assalamualaikum. Tahun lepas Eina ada bernazar untuk suami Eina selepas kena covid. Alhamdullilah semuanya dipermudahkan. Jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah untuk kali kedua. Jadi di sini Eina dan suami ingin meminta maaf kalau kami ada salah dan silap. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang. Insyallah semoga yang baik-baik untuk kita semua.”
Ketika negara dilanda ‘taufan’ Covid-19, Eina dan keluarga turut terkesan. Menurut postingnya tahun lalu, dua pembantu rumahnya positif Covid-19. Malah, Eina dan suami juga disahkan positif Covid-19, apalagi suaminya pula berada di tahap empat pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-tujuh.
“Salam semua. Dukacita saya ingin maklumkan saya,suami dan dua bibik saya, Bik Mega dan Bikna didapati positive covid 19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result. Sebab saya selalu buat covid test. Even last week, saya dan suami baru saja buat covid test sebelum buat surgery dan result yang keluar negative.
Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena. Sedih ya amat bila terpaksa tengok @aubreykarl buat covid test dengan menangis. Saya mmg tak sampai hati tengok. Sementara tunggu result, hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat aubreykarl or bibik-bibik? Macam mana nak handle? Ya allah taktau nak cakap mcm mana.
Tapi alhamdullilah nasib baik @aubreykarl negative dengan kakak saya @wenny_azman .Sekarang saya dah mula demam panas dan dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas dan oxygen dia turun naik. So every 2 days kami kena ke hospital untuk jumpa doctor bagi tujuan monitor dan X Ray.”
“Assalamualaikum… Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru-paru pun dah merebak 30%. Dengan oxygen yang turun naik dan Doktor pun ada ckp kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok, suami kena masuk ICU. Kalau boleh saya memang tak nak suami saya masuk ke ICU.
Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya.
Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga kawan-kawan, dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya. Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm.
Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik. Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah, Amin Amin Amin.”