Seorang warga emas berusia 99 tahun telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanitanya yang berusia 40 tahun pada 14 Januari lalu. Dengan jarak usia 59 tahun, pasangan ini tiada masalah untuk menyesuaikan diri.
Pengantin lelaki, Johana Maritim Butuk yang berasal dari negara Kenya itu dikatakan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk mengahwini Jemeli.
99-year-old Johana Maritim Butuk marries his 40-year-old girlfriend, Alice Jemeli in Uasin Gishu County; The two have been dating for 20 years pic.twitter.com/5Yew8OHDCL
— Kenyans.co.ke (@Kenyans) January 18, 2023
Menyentuh tentang detik perkenalan, pasangan ini pertama kali berjumpa di pasar. Umpama cinta pandang pertama, pertemuan mereka membawa kepada satu hubungan cinta.
Pasangan ini bercinta selama 20 tahun. Pada Disember 2022, Butuk melamar Jemeli untuk menjadi isterinya. Meskipun jarak usia mereka sebanyak 59 tahun namun ianya bukanlah penghalang bagi Butuk dan Jemeli untuk mengecapi kebahagiaan.
Sumber: Twitter Kenyans.co.ke
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persiapan Kahwin ‘Last Minute’, DR HANIE SORAYA Lega Majlis Dah Selesai & Lancar!
Penyanyi yang kini bergelar doktor, Hanie Soraya, 28, selamat bergelar isteri kepada pengurus syarikat dan pemuzik, Omar Saifuddin, 30. Majlis yang diadakan hujung minggu lalu berjalan lancar meskipun persiapan dilakukan dalam masa singkat.
Cantik menggayakan busana rekaan Kime Usof, Hanie gembira kerana segala persiapan dipermudahkan walaupun tema dan lokasi yang diingini tidak menjadi kenyataan. Memetik berita dari Harian Metro, rupa-rupanya Hanie mengimpikan sebuah majlis di pantai Terengganu.
“Saya memang idamkan majlis kahwin di pantai Terengganu. Tapi, akhirnya saya memilih sebuah lokasi acara di Hulu Langat saja untuk memenuhi permintaan ibu yang nak jemput lebih ramai tetamu datang.”katanya.
Perkenalan Hanie dan Omar bermula sejak 2020 lagi dan ketika itu Omar memang berhasrat untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius. Namun ketika itu Hanie sedang sibuk dengan ‘housemanship’ . Jadi sekarang ni adalah masa yang sesuai.
Pasangan ini dinikahkan bapa Hanie, Tahar Mohd Shariff. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak wanita manakala mas kahwin mereka dirahsiakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Bercerai Secara Baik, Bila Perasaan Cinta Hilang
Ada pasangan suami isteri pilih bercerai secara baik apabila sedar perasaan cinta tak lagi wujud dalam rumahtangga.
Pelik, ingat disebabkan orang ketiga atau masalah kewangan, tetapi rupanya cuma disebabkan tiada lagi perasaan sebagai suami isteri yang saling mencintai dan yang tinggal hanya perasaan sebagai kawan.
Jemput baca perkongsian daripada Puan Farizal Radzali ini.
Pilih Bercerai Secara Baik, Bila Hilang Perasaan Cinta
Banyak kes perceraian (sivil) yang kami buat, pasangan datang bersama ditemani anak-anak. Mereka nampak mesra, tak ada gaduh-gaduh pun, siap sembang dan gelak-gelak lagi.
Siap kadang bila masuk satu famili, saya tanya, nak buat urusan beli rumah ke? Lalu dijawab oleh suami, tak, kami nak failkan divorce.
Saya tanya joint ke single petition? Jawab dek isteri kat tepi, joint la, murah sikit. Sambil senyum-senyum kat suaminya. Dari mula, saya memang tak sangka, merekalah suami isteri yang nak bercerai tu. Nampak mesra betul.
Kekal Hubungan Baik Dengan Pasangan
Ada suami yang bergaji RM5k sebulan tapi sanggup bagi nafkah RM3k buat isteri dan seorang anak. Hakim siap tanya, RM3k ni banyak, lebih dari separuh gaji kamu. Betul kamu nak bagi jumlah ni?
Dan suami jawab, ya saya sanggup. Saya tahu isteri saya akan jaga anak saya dengan baik.
Ada isteri yang bila suaminya bagi nafkah 3 anak sebanyak RM500 sahaja. Hakim tanya, betul kamu sudi terima nafkah banyak ni je untuk 3 anak? Isteri jawab, saya sanggup, saya tahu dia pun tak bergaji tinggi.
Nampak tak? Masing-masing masih saling menjaga, saling belas dan saling bertolak ansur.
Saya pernah dengar hakim bertanya, “Kamu berdua nampak ok je, kenapa nak bercerai?”
Jawapannya…
“Tiada persefahaman”
“Tak sehaluan”
Yang tak melaluinya, pasti akan kata, kalau masih sayang, masih ok, tak ada masalah, kenapa nak bercerai?
Tak semua yang kita lihat di mata kasar adalah apa yang sebenarnya berlaku.
Tinggal Serumah Tapi Tak Bersama Sebagai Suami Isteri
Saya pernah tanya seorang isteri yang bercerai secara baik. Katanya walaupun mereka tinggal serumah tapi mereka dah tak bersama sebagai suami isteri sejak anak bongsu lahir. Dan anak bongsunya dah berusia 14 tahun pada masa tu.
Ada seorang suami tu, katanya, dia dan isteri jarang jumpa. Dia balik, isteri dah tidur. Dia bangun, isteri dah pergi kerja. Anak-anak banyak dengan isteri dan famili sebelah isteri sebab rumah mereka dekat dengan rumah famili isteri.
Tidur asing-asing, bilik asing-asing. Kalau terserempak dalam keadaan aurat terbuka, terus lari sembunyikan diri macam jumpa ajnabi sedangkan itu pasangan kita yang tiada aurat antara kita.
Tak ada istilah rindu dah. Jumpa, jumpa lah. Tak jumpa pun tak apa. Ada hal penting, wassup je.
Risau? Pandailah si dia jaga diri.
Tiada ucapan hari lahir? Hari ulangtahun perkahwinan? Bercuti sama-sama? Tengok tv sama-sama? Makan sama-sama? Saling bercerita kisah harian.
Jawapannya, entahlah. Tak ada rasa apa-apa pun.
Makan sendiri, tidur sendiri, susah sendiri, segalanya sendiri. Senang cakap, suami atau isteri tu ada dengan tak ada, sama je. Tak ada beza.
Punca Bercerai Secara Baik
Kenapa perkara ini terjadi?
Kebanyakan yang nak bercerai secara baik ni, bukannya ada kekasih lain, bukannya dah membenci, bukannya dah tak suka. Tapi mereka dah tiada perasaan sebagai suami isteri terhadap pasangan. Perasaan mereka sama seperti kawan lain.
Yang masih mengikat mereka, hanyalah tanggungjawab kepada anak-anak, dan kesedaran bahawa dia suamiku, aku isterinya. Itu saja.
Kadang setiap kali cuba untuk berbual, ada saja perkara yang buat masing-masing rasa macam, ah malas nak cakap, cakap pun macam tu jugak. Atau tiap kali berbincang untuk satu-satu keputusan, tak berakhir dengan keputusan yang dipersetujui, tapi hanya keputusan yang dibuat atas dasar malas nak gaduh.
1 hari, 2 hari, berlarutan seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun. Keadaan masih begitu, hati makin tawar. Tambahan dengar rakan-rakan bercerita tentang betapa indahnya perkahwinan mereka. Sedang dia hanya mampu senyum.
Sebenarnya segalanya berpunca dari perasaan tak puas hati yang disimpan, tak terluah. Umpama gunung berapi. Disimpan puluhan tahun, sampai masa ia meledak. Lepaskanlah dari hubungan terus mengikat dalam keterpaksaan.
Fitrah Suami Isteri Dalam Hubungan
Fitrah suami isteri adalah bersama dalam suka dan duka. Teman susah dan senang. Tidur bersama. Makan bersama. Sentiasa saling mencintai. Sentiasa rasa dihargai dan menghargai. Jika semua tu dah tak ada, apa guna lagi sesuatu hubungan.
Jika pasangan kita dah tak macam dulu, carilah puncanya. Kalau lelaki tak nak bercakap, sebab sifatnya yang tak suka bercerita. Kalau perempuan tak nak bercakap, sebab mungkin dia dah penat bercerita.
Semoga perkongsian ini membuka mata dan hati pasangan suami isteri di luar sana. Jaga dan hargailah selagi masih ada cinta.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasihat Buat Bakal Pengantin, Selagi Boleh Elak, Usahakan!
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.
Yang mungkin sebelum kahwin baik dan nampak terima, boleh berubah sekelip mata dek kerana hati berbolak balik. Jadi, bersedialah untuk rasa kuat mengharungi ujian Allah. Jangan cepat melatah dan meluah pada orang yang salah.
Nasihat Buat Bakal Pengantin
Lebih dekat, renungkan nasihat daripada Puan Haitun Kamarazaman ini, inshaa Allah bahagia milik semua orang walau dengan cara berbeza.
1.Jangan sesekali terjebak laki orang. Jangan sekali-kali percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isterinya demi meraih perhatianmu. Ingat. Suami yang memburukkan pasangannya bukan lelaki yang baik.
Curang itu pilihan. Bukan takdir. Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas air mata dan keruntuhan orang lain.
2. Jangan duduk di rumah mentua atau emak sendiri tanpa alasan yang kukuh. Belajar hidup berdikari suami isteri. Suami yang baik akan menyediakan rumah isterinya, bukan menumpangkan isteri di rumah ibunya. Kalau dia masih mahu berada di bawah ketiak emaknya, itu barangkali dia belum siap untuk bernikah dan memikul tanggungjawab.
3. Pastikan tiada ipar duai dalam rumah sendiri. Ipar duai ada yang kaki mengumpat/hasut. Lagi pun fikirkan aurat dan kebebasan isteri di dalam rumah.
4. Jangan buat loan untuk sesiapa waima suamimu. Banyak jantan suka ambil kesempatan. Suami suruh buat loan nak beli motor besar. Dia berkonvoi dengan kawan-kawan, lagi teruk bawak betina naik motornya. Engkau duduklah dalam rumah melayan anak. Silap hari bulan bercerai, kau yang tanggung hutang. Aku dah tengok dan saksikan banyak hal ini.
5. Jangan malas, cuba kerja. Walaupun dalam Islam, wanita tak wajib cari nafkah, namun zaman ini, segelintir lelaki sukar dipercayai. Ada yang kedekut taik hidung masin dengan bini. Bini nak minta duit suami sendiri pun macam pengemis.
6. Sekali dipukul suami, pakwe, tunang, tinggal terus. Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan.
7. Kena ada ilmu. Ilmu akan menyelamatkan anda daripada ketaatan membuta tuli. Jangan pernah percaya kepada ketaatan tanpa batasan. Kita hamba Allah, bukan hamba suami. Tanpa ilmu, yang paling berpotensi menghinamu barangkali suamimu sendiri.
8. Berdoalah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana doa itu senjata ampuh orang mukmin.
Kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI