Sesekali, nak juga tahu rahsia kebahagiaan penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search dengan isterinya, Norhasniza Hassan (Datin Nourish).
Apatah lagi mereka berdua pun sudah 20 tahun bersama malah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Datuk Amy Search Kongsi Tip Rumah Tangga, Sudah 20 Tahun Bahagia Bersama
Ads
1. Jangan Cerewet
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
2. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang.
Ads
Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ini akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
Ads
3. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, anda akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Moga hubungan rumah tangga kalian juga dalam rahmat Allah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak kritikal hubungan rumah tangga kalau isteri nak ziarah dan berbakti pada mak ayahnya yang masih hidup pun suami berkira. Boleh jadi rumit dan kudis!
Jadi untuk betulkan situasi ini, suami kena renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Bagi seimbang dan harmoni kedua belah pihak.
Isteri Nak Ziarah Dan Berbakti Pada Orang Tua
Kalau kahwin dengan perempuan yang masih ada ibubapa lagi, maka suami kena berlapang dada.
Dia nak berbakti kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak memberi kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak balik, nak ziarah orang tuanya, tolong bagi.
Jangan halang.
Benda yang dia nak buat itu, adalah tanggungjawab dia sebagai anak.
Dia masih ada mak bapak, maka biar dia nak jaga, nak layan, nak bagi mak bapak dia happy.
Usah Pentingkan Diri Dan Berat Sebelah
Jangan sesekali berat sebelah. Suami sahaja boleh buat itu ini pada mak bapaknya.
Bila turn bini, kita halang, suami tak bagi. Alasan suruh taat perintah lelaki itu, alasan orang tak mengaji.
Dia bukan nak buat kemungkaran, bukan nak buat kejahatan, bukan nak buat benda yang tak berfaedah.
Jadi kenapa nak halang?
Selagi yang dia nak buat kat mak bapaknya, itu tak memudaratkan dirinya dan orang sekeliling. Maka izinkan tanpa syarat.
Itu tanda suami yang mengaji, bukan suami yang buta hati.
Jadi pilihan anda macam mana nak jernihkan hubungan suami isteri atau terus ‘keruh’kan perasaan pasangan dengan sikap pentingkan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut Nutella Pods antara biskut yang sangat mudah untuk dicuba. Bagi pengantin baru yang tidak begitu mahir membuat biskut raya, biskut ini memang sesuai untuk korang. Senang sangat nak buat! Tak payah guna oven. Mixer pun tak payah!
Kalau korang masih mencari-cari biskut raya yang senang nak buat, guna bahan-bahan sikit dan paling penting tak perlu bakar sebab belum ada oven di rumah, boleh cuba buat resipi Nutella Pods ini.
Hanya menggunakan empat bahan sahaja, korang dah boleh dapat biskut raya yang sedap. Bila hidang atas meja, tentu jadi kegemaran para tetamu yang datang bertandang.
Berikut perkongsian resipi oleh pengguna TikTok Moeirajohson
Kalau dah nak sangat servis seseorang, memang ada orang sanggup buat apa sahaja. Begitulah juga kisahnya dengan seorang jurusolek atau makeup artist (MUA) bernama Anna ni. Bakal pengantin sanggup ke hospital semata-matya untuk mendapatkan sentuhan makeup dari Anna.
Tular sebuah video di Tiktok tentang seorang makeup artist yang menerima kehadiran client untuk disolek dalam wad hospital.
“Saya dimasukkan ke wad kerana demam terlalu lama. Akhirnya doktor kata ia adalah viral fever. Saya terpaksa batalkan tiga job untuk hari itu tetapi client yang seorang ni tetap mahu saya menyoleknya dan sanggup pula datang ke hospital tempat saya dirawat.
Sebelum saya confirmkan client boleh datang, dah tentulah saya berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Memang doktor dah benarkan saya balik keesokkannya tetapi belum confirm lagi jam berapa. Disebabkan hospital pun dekat sahaja dengan rumah pengantin, maka client pun bersetuju untuk datang.” katanya.
Dengan bilangan followers seramai lebih 30,000 orang, sudah tentu pemilik akaun Instagram Makeup By Sygku Anna ini sangat dikenali sekitar Perak dan Kuala Lumpur, malah dia juga turut travel mengikut client. Rupa-rupanya, nak jadi MUA ni ada ‘pantang-larang’nya.
“ Dari kecil lagi saya suka bersolek. Dulu-dulu suka sangat ke pasar dengan atuk. Lepas tu saya akan tipu atuk konon-kononnya mak yang kirim gincu sampai koleksi gincu saya ada banyak di rumah! Sejak kecil jugalah saya belajar untuk bersolek sampai sekarang.
Nak dapatkan kepercayaan orang untuk solek bukan dengan pamerkan wajah sendiri di laman sosial. Saya sendiri tak makeup sangat kalau di luar melainkan ada majlis. Kalau kita makeup lawa-lawa pada diri sendiri bimbang nanti client kata apa pula.
Setiap manusia ada kulit wajah berbeza. Ada yang berjerawat, ada yang kulit mulus licin jadi bila saya sendiri makeup bersungguh pada diri sendiri, nanti client membandingkan kita dengan dirinya pula.
Sebab ‘pantang’ saya, jangan over dari pengantin! Kita ada tanggungjawab untuk mencantikkan client tetapi bukan menenggelamkan kecantikan semulajadinya.
TIP UNTUK JADI MUA
Jaga attitude
Dalam bidang servis macam ni, kena ada sikap yang baik. Kita nak orang rasa selesa dengan kita dan pada masa sama, kita berikan perkhidmatan terbaik kepadanya.
2. Terlalu demand
Bila kita serahkan quotation kepada client, janganlah terlalu demand. Ada MUA letakkan syarat nak bilik berhawa dingin, nak kipas berdiri dan macam-macam lagi. Untuk saya, saya lebih pentingkan supaya bilik bersolek tidak ada orang keluar masuk kerana kita tak mahu emosi pengantin terganggu.
3. Belajar dari kesilapan
Nak jadi makeup artist, kena terima pendapat orang dengan hati terbuka. Kalau kita ada buat silap, belajar dari kesilapan agar tidak mengulanginya lagi.
4. Pandai ambil ‘mood’
Jadi MUA, kena tahu dan kenal dengan client. Dari situ kita boleh tahu kita sedang berhadapan dengan client yang macam mana. Cubalah untuk berborak dengan client ketika makeup untuk hilangkan rasa gugupnya. Kalau nampak dia kurang selesa, kita fokus sahaja dengan kerja kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!