Sesekali, nak juga tahu rahsia kebahagiaan penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search dengan isterinya, Norhasniza Hassan (Datin Nourish).
Apatah lagi mereka berdua pun sudah 20 tahun bersama malah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang.
Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ini akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, anda akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Moga hubungan rumah tangga kalian juga dalam rahmat Allah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.