Adat berumah tangga ada ketikanya tidak sefahaman. Maka sebab itulah komunikasi itu sangat penting dalam sesebuah rumah tangga bagi membentuk hubungan yang harmoni antara suami dan juga isteri.
Kelemahan dalam berkomunikasi sering menjadi punca keretakan rumah tangga. Perkataan yang baik adalah perkara penting dalam komunikasi.
Perkara yang sering menjadi masalah dalam rumah tangga apabila perkataan yang baik sudah tidak wujud lagi hingga menyebabkan komunikasi menjadi semakin dingin dan lebih buruk lagi menjadi tegang.
Para isteri, selalu beringat ya. Kata-kata kalian itu biasanya tajam berbisa. Ditambah lagi dengan intonasi yang nyaring memang buat telinga suami jadi panas.
Jika ada yang tak puas hati atau nak suarakan sesuatu, tunggulah keadaan sesuai dan reda.
Ads
Bukan masa suami pulang kerja, sedang berpenat lelah itu, kalian tabur segala-gala isi yang terbuku lama.
Masa itu, jika silap percaturan memang boleh perang besar atau kalau jenis suami tak kesah, waktu itulah dia buat tak peduli sahaja.
Maka, luahan kalian hanya tinggal bebelan yang tiada kesan pun pada kebaikan rumahtangga.
Petua terbaik untuk berbincang dengan suami adalah 3 waktu ini:
SELEPAS SOLAT BERJEMAAH
Ads
Waktu sudah berdoa dan bersalaman, waktu inilah suasana harmoni dan tenang. Boleh suarakan dengan penuh adab dan halus. Pasti suami dengar.
SELEPAS MAKAN BERSAMA
Waktu perut dah kenyang, hati pun jadi senang. Masa ini boleh suarakan dengan berhemah dan lemah lembut.
SEBELUM TIDUR
Ads
Waktu sebelum lelap mata tu, budayakan memohon maaf pada suami. Kemudian tegurlah apa yang perlu.
Masa itu, bila suasana tenang dan senyap, suami mungkin dengar. Tetapi kalau sudah mengantuk tu, tak boleh buat apa. Kena praktis cara pertama atau kedua.
Para isteri, komunikasi dalam rumahtangga memang perlu. Tetapi kita kena bijak melihat waktu dan tempatnya juga. Agar yang disampaikan harmoni serta tidak melukakan hati mana-mana pihak.
Ingat, bahagia bukan sehari dua sahaja. Kita nak bahagia sampai syurga.
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, Khamis.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah Sah Jadi Suami
Terdahulu, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.
Awang Adam Abdullah iaitu bapa pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).
Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.
17 Das Tembakan Dilepaskan
Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.
Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan kulit wajah memerlukan pemilihan produk perawatan yang tepat. Jika tersalah menggunakan produk perawatan kulit wajah, sama ada produk itu langsung tidak memberi apa-apa kesan atau menyebabkan iritasi pada kulit wajah.
Bagi bakal mempelai, amat penting untuk korang memilih produk kulit wajah yang tepat. Ini bagi memastikan ketika wajah disolek, korang akan tampil berseri-seri dengan kulit wajah yang sihat dan ‘glowing.’
Ramai yang tahu pemakaian serum muka dengan vitamin C mempunyai banyak kebaikan. Salah satunya ialah kebolehannya untuk buatkan wajah lebih cerah berseri. Serum mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding pelembap.
Ini dikongsikan tip supaya korang tidak tersalah beli produk perawatan kulit wajah (skincare). Yang ini untuk pemilihan serum kulit wajah.
Selepas ini korang tidak perlu membazir lagi beli produk perawatan kulit wajah sebab korang sudah tahu produk mana yang sesuai digunakan.
Membuat tutorial live mekap di Facebook sambil membebel panjang, itulah trademark bagi juru solek MUA Bella atau nama sebenarya Nur Nabilah Zulyadaini. Nama besar MUA Bellaz dalam dunia solekan tidak usah dipertikaikan lagi.
Ramai yang mengetahui bahawa tidak mudah untuk Bella mencapai kejayaan seperti yang digapainya hari ini. Bella memulakan kerjayanya dari bawah. Daripada langsung tidak dikenali oleh sesiapa pun kini sebut sahaja MUA Bellaz semua orang tahu siapa yang dimaksudkan.
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini bukan sahaja seorang ibu yang penyayang tetapi juga isteri yang sentiasa menjadi penyejuk hati suaminya. Malah dalam tutorial live mekapnya juga kelihatan sekali-sekala si suami menyakat isteri kesayangannya itu.
Dalam satu hantaran dilaman Instagramnya, Bella berkongsi ‘look’ mekap wajahnya sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun.
Berikut coretan Bella:
“Salam subuh ..nak upload siap-siap hehe makeup live malam tadi haa ..look Anniversary kami berdua yang ke 10 tahun. Setahun sekali nak buat look ni kasi chan sikit lalu sat na 😁 rasa mcm baru lepas ni padahaiii 👉🏻👉🏻 4org duk tnggu tgkk kt depan hahahha.”