Datuk Dr Fadzilah Kamsah Share Waktu Terbaik Isteri Sesuai Berbincang Dengan Suami, Jangan Main Hentam Je

Share

Adat berumah tangga ada ketikanya tidak sefahaman. Maka sebab itulah komunikasi itu sangat penting dalam sesebuah rumah tangga bagi membentuk hubungan yang harmoni antara suami dan juga isteri.

Kelemahan dalam berkomunikasi sering menjadi punca keretakan rumah tangga. Perkataan yang baik adalah perkara penting dalam komunikasi.

Krtedit foto: Pexels

Perkara yang sering menjadi masalah dalam rumah tangga apabila perkataan yang baik sudah tidak wujud lagi  hingga menyebabkan  komunikasi menjadi semakin dingin dan lebih buruk lagi menjadi tegang.

Berikut nasihat yang diberikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk dijadikan pedoman bersama.

Para isteri, selalu beringat ya. Kata-kata kalian itu biasanya tajam berbisa. Ditambah lagi dengan intonasi yang nyaring memang buat telinga suami jadi panas.

Jika ada yang tak puas hati atau nak suarakan sesuatu, tunggulah keadaan sesuai dan reda.

Bukan masa suami pulang kerja, sedang berpenat lelah itu, kalian tabur segala-gala isi yang terbuku lama.

Kredit foto: Pexels

Masa itu, jika silap percaturan memang boleh perang besar atau kalau jenis suami tak kesah, waktu itulah dia buat tak peduli sahaja.

Maka, luahan kalian hanya tinggal bebelan yang tiada kesan pun pada kebaikan rumahtangga.

Petua terbaik untuk berbincang dengan suami adalah 3 waktu ini:

SELEPAS SOLAT BERJEMAAH 

Waktu sudah berdoa dan bersalaman, waktu inilah suasana harmoni dan tenang. Boleh suarakan dengan penuh adab dan halus. Pasti suami dengar.

SELEPAS MAKAN BERSAMA 

Waktu perut dah kenyang, hati pun jadi senang. Masa ini boleh suarakan dengan berhemah dan lemah lembut.

SEBELUM TIDUR 

Waktu sebelum lelap mata tu, budayakan memohon maaf pada suami. Kemudian tegurlah apa yang perlu.

Kredit foto: Pexels

Masa itu, bila suasana tenang dan senyap, suami mungkin dengar. Tetapi kalau sudah mengantuk tu, tak boleh buat apa. Kena praktis cara pertama atau kedua.

Para isteri, komunikasi dalam rumahtangga memang perlu. Tetapi kita kena bijak melihat waktu dan tempatnya juga. Agar yang disampaikan harmoni serta tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Ingat, bahagia bukan sehari dua sahaja. Kita nak bahagia sampai syurga.

Sumber: FB Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Kredit foto (top image): Pexels

Published by
Hasliza