
Manisnya wajah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Bila bercakap pun lemah lembut saja. Setiap sesi ceramah Ustazah Norhafizah memang kita akan rasa cepat sangat masa berlalu kerana topik yang dibicarakan semuanya best. Ada amalan bangun tidur yang Ustazah kongsikan dalam satu video daripada Himpunan Nasihat Ustaz.
Rata-rata ramai yang tahu mengenai makanan sunnah antaranya kurma, habbatus sauda, minyak zaitun dan pati delima. Tapi ramai yang susah nak jadikan pemakanan sunnah ni sebagai amalan kecantikan. Kali ini Ustazah Norhafizah kongsikan petua kecantikan yang mudah. Cuma anda perlu istiqamah!
- Bangun pagi dan minum air suam sebanyak satu botol air mineral (500ml) + 1/4 . Lebih kurang satu botol suku. Baca doa yang dibaca ketika minum air zamzam.
2. Kemudian ambil satu sudu minyak zaitun dan minum.
3. Selepas itu, ambil dua sudu atau lebih pati delima.
4. Ambil secawan air suam, masukkan satu sudu madu, satu sudu kecil minyak habbatus sauda, satu sudu minyak kelapa dara dan beberapa helaian safron. Kacau sebati dan minum.
5. Biarkan perut ‘berehat’ selama dua jam. Kemudian, barulah anda boleh menikmati hidangan berat.
Menurut Ustazah lagi, selepas setiap kali makan makanan berat, ambil sedikit cuka tamar unutk ‘mencuci’ perut. Jangan terlalu banyak kerana cuka bersifat asid dan pedih pada perut.
Anda juga boleh menonton video ini.
Kredit video: Facebook Ceramah Ustaz dan Ustazah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Naked Cake Jadi Pilihan Untuk Majlis Kahwin

Jika tahun hadapan bakal berlangsungnya majlis perkahwinan anda, pastinya anda sudah membuat senarai panjang untuk perkara yang perlu dilakukan. Tidak terkecuali untuk memasukkan dalam senarai tersebut ialah mencari kek perkahwinan yang menjadi tren buat masa ini.
Bagi anda yang menyenangi sesuatu yang unik dan mengikuti tren, tidak ada salahnya menggunakan gaya kek pengantin terbaru ini. Naked Cake atau kek tanpa icing (olahan gula untuk menutup bahagian luar) semakin menjadi kegemaran untuk pelbagai cara yang bersesuaian dengan tema sama ada berlatar pantai, taman dan kedesaan Inggeris. Tambahan buah-buahan seperti anggur, strawberry dan blueberry mengimbangkan rasa kek yang membuat anda rasa ketagih. Naked Cake awalnya popular di Amerika.
Siapa kata kek ini tidak boleh tampil elegan? Naked Cake masih boleh dihiasi bunga-bunga dengan di permukaan atau di sisi kek. Dekorasi juga boleh menghasilkan kek tampil mewah dan romantis. Hiasan yang terdapat pada naked cake memang kelihatan minimalis. Kek ini banyak menggunakan hiasan semulajadi seperti buah-buahan segar dan bunga segar yang boleh dimakan. Pemilihan buah segar sebagai hiasan tentunya lebih banyak memberikan manfaat kesihatan bagi tubuh.
Naked cake tampak lebih apa adanya tanpa icing sehingga layernya boleh dilihat dan dibuat tidak terlalu tinggi. Naked cake juga tidak banyak hiasan sehingga memerlukan kreativi untuk membuat kek ini. Paduan warna asli kek perlu disesuaikan dengan hiasan yang digunakan. Kualitas kek juga tetap perlu dijaga. Kek ini tidak memiliki bahan pelindung sehingga mudah kering apabila dibiarkan lama.
Walaupun nampak sederhana, namun siapa sangka harga yang ditawarkan untuk naked cake jauh lebih mahal. Ini kerana hiasan yang digunakan semua adalah hiasan semula jadi yang boleh dimakan. Oleh itu bagi anda yang berminat bersedia untuk berbelanja untuk mendapatkan yang yang unik ini. Sentuhan mereka yang pakar menjadikan ia unik dan menjadi tren masa kini.
Jadi Tren
Naked Wedding Cake menjadi tren dalam resepsi perkahwinan. Kek ini sesuai untuk acara perkahwinan outdoor. Jika disajikan di outdoor, maka kek ini hanya memiliki 2 hingga 3 tingkat saja. Bukan memiliki 7 sampai 8 tingkat sebagaimana kek pengantin di acara royal wedding.
Bahan kek yang digunakan diperbuat dari icing sugar semuanya boleh dimakan. Penyajian kek ini, diletakkan di atas cake stand sehingga tampil menyerlah dan elegan. Selain pilihan naked cake, ada juga pilihan lain seperti marble cake dan fountain cake. Semuanya boleh dicetuskan mengikut keinginan bakal pengantin.






Info menarik tentang cake dan candy buffet dalam Pesona Pengantin, jam 7 malam Ahad ini di Astro Prima & Maya HD. Pastikan anda tidak ketinggalan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ciri Nak Pilih Pengapit, Make Sure Jangan Yang Terlalu Menonjol Dari Pengantin

Isi Kandungan
ToggleSekiranya anda adalah bakal pengantin, tips ini adalah sebagai panduan bagaimana ciri – ciri pengapit yang harus anda cari manakala untuk anda yang ada potensi diminta menjadi pengapit, artikel ini boleh dijadikan panduan untuk anda menjadi seorang pengapit yang baik kerana pengapit yang baik bukan sekadar tukang pegang payung atau tukang kipas sahaja. Berikut disenaraikan 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan.
1. Keselesaan
Pengapit bukan sekadar peneman kepada pengantin. Pengapit juga boleh berperanan sebagai pemberi semangat, penenang dan juga pembantu kepada pengantin. Ada sesetengah pengapit memulakan ‘tugas’ lebih awal iaitu ketika majlis pernikahan dan kebanyakan kita, terutama yang lelaki, sedia maklum bahawa tempoh waktu ini (majlis akad) merupakan waktu yang paling menguji di mana waktu ini ada sesetengah pengantin lelaki yang ‘darah gemuruh’ maka di sinilah perlunya pengapit yang bijak memainkan peranannya menenangkan si pengantin.
Selain itu juga, kebiasannya pengapit bertanggungjawab memastikan pengantin dalam keadaan kemas dan terbaik. Maksud di sini ialah, kemungkinan disebabkan pergerakan, kalung pengantin beralih kedudukan dan senget, atau mungkin tanjak dipakai tidak kemas dan sebagainya, atau pengantin mukanya agak berminyak kerana berpeluh menunggu di panas hari menunggu pasukan kompang tak kunjung tiba dan memerlukan peluhnya dilap. Sekiranya pengapit dan pengantin itu kenal rapat dan wujud keselesaan diantara keduanya, makanya momen ‘janggal’ dapat dielakkan. Terdapat kes yang biasa kita dengar tanjak pengantin lelaki dipakai senget atau terbalik tetapi dibiarkan sahaja oleh pengapit walaupun sedar akannya kerana segan dan tidak kenal rapat dengan pengantin untuk menegur.
2. ‘Bujang’
Bujang merupakan satu kriteria yang agak kritikal dalam memilih seorang pengapit. Maksud bujang disini bukanlah semestinya bermaksud bahawa pengapit itu seorang yang belum berkahwin tetapi lebih kepada beliau bebas dari komitmen lain di waktu majlis sedang berlangsung. Anda sudah tentu tidak mahu pengapit perempuan anda yang terpaksa meninggalkan anda sebentar kerana ingin melayan suami makan atau pengapit lelaki yang sedang risau kerana anaknya hilang dari pandangan atau mungkin juga pengapit yang terpaksa meninggalkan anda walaupun majlis belum tamat kerana mempunyai komitmen lain yang perlu beliau hadiri.
3. Matang
Kami pernah menyaksikan beberapa majlis yang pengapitnya adalah remaja belasan tahun malah ada juga yang pengapitnya masih di bangku sekolah. Dari pemerhatian kami, memilih pengapit yang ‘matang’ merupakan satu keperluan dan kami mengambil keputusan memasukkan kriteria ini di dalam senarai kami. Bukanlah kami tidak menggalakkan tugas pengapit diberi kepada remaja – remaja ataupun belia kerana matang itu subjektif dan tidak terikat dengan umur. Antara kejadian yang pernah kami lihat atau diadukan kepada kami contohnya seperti pengapit asyik bergambar, pengapit sibuk melayan rakan-rakan dan kenalan lama yang hadir meraikan pengantin sehingga mengabaikan pengantin, tidak tahu tugas pengapit, bersikap keanak- anakan dengan menjerit dan sebagainya serta lain-lain.
4. Tahu Tugas Pengapit
Ini sebagai tambahan kerana ada sesetengah pengapit yang tidak pasti apakah tugas pengapit. Ini bukanlah satu masalah yang rumit kerana sekiranya anda diminta menjadi pengapit, anda mempunyai masa untuk melakukan sedikit carian internet atau bertanya kepada orang lain yang berpengalaman atau sekiranya anda sebagai pengantin, anda sendiri boleh memberi panduan kepada bakal pengapit anda tentang tugas pengapit yang anda harapkan dari beliau.
5. Kurang ‘Menonjol’ Berbanding Pengantin
Bukanlah satu kemestian tetapi mempunyai pengapit yang sangat cantik atau tampan serta berpakaian seksi, berpakaian mengalahkan pengantin, atau diringkaskan kata, berketerampilan melebihi pengantin akan membuatkan anda sebagai pengantin kurang berseri dan menonjol.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Check-list Sebelum Balik Kampung, Mudah Bila Semua Ini Dah Ada

Isi Kandungan
ToggleSebelum balik kampung masing-masing untuk beraya, jangan lupa buat check list kali terakhir sebelum bertolak.
Wajib pastikan barang keperluan yang ingin dibawa sudah lengkap disusun di dalam beg untuk memudahkan bila berada dalam suasana ramai-ramai.
Maklumlah, apabila berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudara dalam satu rumah, pasti banyak benda yang tidak cukup untuk digunakan dan mungkin beberapa perkara jadi lambat.
Bagi mengelakkan kejadian berebut itu berlaku, Puan Hani Mynis pernah berkongsi check-list yang perlu dibawa pulang bersama.
1. Sambungan kuasa (power extention) dan pengecas telefon bimbit
Membawa alatan elektrik ini akan memudahkan urusan sekiranya soket elektrik di rumah kampung terhad dan jauh untuk dicapai.
2. Ubat nyamuk elektrik dan kertas mat
Bawa ubat nyamuk untuk digunakan pada waktu malam bagi mengelakkan gigitan serangga apatah lagi di kawasan hotspot denggi.
3. Bakul dobi, jaring dobi dan penyangkut (hanger)
Bakul dobi sangat penting untuk asingkan pakaian agar tidak bercampur dengan baju lain.
Malah, kebarangkalian untuk tertinggal baju juga kurang sekiranya dilonggokkan dalam satu bakul.
Penyangkut baju juga penting untuk menyangkut baju raya dan tudung yang sudah siap digosok.
4. Plastik sampah
Barang wajib dibawa terutama sekali bagi mereka yang ingin membuang lampin bayi dan tuala wanita sudah digunakan.
5. Kit perubatan
Ubat-ubatan adalah penting kerana kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan kecil atau jatuh sakit adalah tinggi.
Jangan lupa bawa bekalan ubat mencukupi terutama sekali bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi.
Pastikan barang sudah diisi semula dalam bekas ini sebelum balik kampung.
6. Selimut, bantal dan toto
Masalah bantal atau selimut tidak mencukupi boleh dielakkan sekiranya anda membawa selimut dan bantal sendiri dari rumah.
7. Seterika
Bawa seterika anda sendiri bagi mengelakkan berlakunya perebutan ketika menggosok baju raya.
Adalah lebih baik sekiranya baju yang dibawa sudah digosok terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung.
8. Tuala dan kain basahan
Benda paling tidak boleh ditinggalkan sekali sudah semestinya tuala dan kain basahan untuk digunakan sepanjang berada di rumah nenek.
9. Barangan mandian
Segala kelengkapan mandian seperti berus gigi, ubat gigi, sabun dan syampu merupakan antara barangan wajib dibawa sendiri dari rumah.
Jangan lupa buat semakan kali terakhir sebelum gerak balik kampung ya! Baru lah senang bila duduk tempat ramai-ramai. Memudahkan dan tidak melambatkan waktu nak berjalan secara berjemaah. Selamat bercuti!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI