Datuk Dr Ustazah Nor Hafizah Musa Kongsi Petua. Makanan Sunnah Elok Sangat Diamalkan Para Isteri

Share

Manisnya wajah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Bila bercakap pun lemah lembut saja. Setiap sesi ceramah Ustazah Norhafizah memang kita akan rasa cepat sangat masa berlalu kerana topik yang dibicarakan semuanya best.  Ada amalan bangun tidur yang Ustazah kongsikan dalam satu video daripada Himpunan Nasihat Ustaz.

Rata-rata ramai yang tahu mengenai makanan sunnah antaranya kurma, habbatus sauda, minyak zaitun dan pati delima. Tapi ramai yang susah nak jadikan pemakanan sunnah ni sebagai amalan kecantikan. Kali ini Ustazah Norhafizah kongsikan petua kecantikan yang mudah. Cuma anda perlu istiqamah!

 

  1. Bangun pagi dan minum air suam sebanyak satu botol air mineral (500ml) + 1/4 . Lebih kurang satu botol suku. Baca doa yang dibaca ketika minum air zamzam.

 

2. Kemudian ambil satu sudu minyak zaitun dan minum.

3. Selepas itu, ambil dua sudu atau lebih pati delima.

4. Ambil secawan air suam, masukkan satu sudu madu, satu sudu kecil minyak habbatus sauda, satu sudu minyak kelapa dara dan beberapa helaian safron. Kacau sebati dan minum.

5. Biarkan perut ‘berehat’ selama dua jam. Kemudian, barulah anda boleh menikmati hidangan berat.

Menurut Ustazah lagi, selepas setiap kali makan makanan berat, ambil sedikit cuka tamar unutk ‘mencuci’ perut. Jangan terlalu banyak kerana cuka bersifat asid dan pedih pada perut.

Anda juga boleh menonton video ini.

Kredit video: Facebook Ceramah Ustaz dan Ustazah

Published by
Anis Nor