Sukulen merupakan sejenis tumbuhan yang secara aslinya tumbuh di kawasan yang kering seperti padang pasir dan kebiasaanya tidak tumbuh besar. Ia mampu menyimpan air dalam jangka masa yang cukup lama. Ia juga mempunyai bunga yang rata-ratanya berwarna cerah.
Dari sudut kreatif, tumbuhan sukulen ini boleh digunakan dalam perbagai cara samada dijadikan bunga tangan, dekorasi centrepiece, gubahan hantaran mahupun sebagai cenderhati buat tetamu untuk sesuatu majlis.
Sukulen pada bunga tanganSebagai dekorasi Centrepiece
Ads
Ads
Penyeri hantaran perkahwinanDekorasi pada kek perkahwinanDoorgift buat tetamuDijadikan boutonnieres atau korsaj
Ads
Padanan bunga dan dedaunan yang sepadan bersama tumbuhan sukulen boleh menghasilkan gubahan yang memukau. Apa yang anda perlukan hanyalah kreativiti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelamin adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi bagi pasangan mempelai. Sudah adat pelamin itu untuk meraikan hari bahagia anda dan pasangan. Jika kita lihat pada masa ini memang banyak sekali perancang majlis perkahwinan yang berbakat.
Ada diantara mereka yang dekorasi kannya mengikut impian bakal pengantin tersebut. Wah, menarik bukan? Untuk artikel kali ini kami tertarik untuk berkongsi sedikit antara dekorasi pelamin mewah memang nampak sangat eksklusif! Bagi anda yang mahukan kelihatan ‘class’ atau ‘grand’ boleh lah cuba konsep ini.
Kesemua sangat cantik. Tinggal pilih je mana suka!
Kredit foto : Perak je
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam merealisasikan sebuah majlis perkahwinan bakal pengantin perlulah mempunyai perancangan yang sempurna agar majlis dikenang sampai bila-bila. Andai melantik perancang perkahwinan untuk menyiapkan majlis perkahwinan anda , berbincanglah dengan terbuka tentang bajet, tema dan sebagainya. Jangan pula berselindung tentang bajet kerana di akhirnya anda bakal menanggung hutang.
Bagi majlis perkahwinan Amir Syafiq Dato’ Hj Noordin dan Nur Amirah Dato Hj. Mazlan, mereka melantik pereka Adli Afandi untuk merealisasikan tema yang diinginikan. Konsep fairytale mewarnai majlis perkahwinan kedua pengantin. Menurut perekanya idea datang dari menonton cerita-cerita fairytale yang berlatar belakang elemen ala-ala istana dan sedikit suntikan ukiran dari timur tengah.
Ruang dewan tampil berseri dengan rona warna berasaskan warna krim dan diserikan dengan gabungan bunga-bunga dari warna merah jambu dan ungu. Penggunaan bunga mawar, hydrangea, orkid, white peacock dan casablanca menyerlahkan dekorasi majlis perkahwinan.
Nasihat Adli buat bakal pengantin pilih tema terlebih dahulu. Selepas itu pilih baju yang bersesuaian dengan tema. Semasa memilih baju perlu lihat juga pada potongan badan terlebih dahulu. Jika nak pilih design baju jangan terlalu yakin dengan menunjukkan gambar model yang sudah sedia cantik sedangkan potongan badan sendiri jauh berbeza dengan model di dalam gambar tersebut. Serahkan pada yang pakar untuk design mengikut kehendak dan perbincangan.
Wedding planner: Juz Zarith Innovation
Wedding Deco: Adli Afandi
Catering : TE Catering
OP/OV: KarmaX
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Manis dan berseri majlis perkahwinan Melayu apabila sirih junjung menjadi pelengkap hantaran pengantin. Sirih junjung digubah dengan pelbagai cara mengikut kreativiti ditambah dengan bunga-bungaan untuk menjadi pemanis pada gubahan sirih junjung. Apakah sudah terbayang di fikiran, hantaran sirih junjung bagaimana yang mahu anda berikan buat si dia?
Jom lihat beberapa inspirasi gubahan sirih junjung buat anda yang masih tercari-cari idea.
Sumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh WH FloralSumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Baby Doll EventsSumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Putrajaya KL Exclusive HantaranSumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Putrajaya KL Exclusive HantaranSumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Orked Craft GallerySumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Lovelly RizzaraaSumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Lovelly RizzaraaSumber Foto: Kumpulan Media Karangkraf – Hantaran oleh Bunga Hantaran By Aida
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!