Mungkin tak ramai yang terfikir untuk berbulan madu ke India. Pastinya ramai dari kita lebih inginkan tempat yang sejuk dan romantik. Namun, apa yang Dayah Bakar kongsikan ini pastinya memberi kita gambaran yang hebat tentang negara India selain berkongsi pengalaman bulan madu bertukar cemas gara-gara bagasi hilang.
Bulan madu bertukar cemas saat bagasi hilang, detik yang sukar dilupakan
Saat yang dinantikan buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, iaitu berbulan madu. Jika masa solo dulu pergi ke tampat yang diingini bersama teman-teman rapat atau keluarga. Momennya pasti berbeza bila bercuti dengan pasangan hidup , merehatkan diri atau dengan erti sebenar menghabiskan masa berduaan. Segala pengalaman itu dilalui bersama, pasti manis bukan.
Buat pengacara Dayah Bakar dan pasangan Muhammad Hanif Hamidi momen percutian yang dilalui bersama memberi seribu pengalaman buat mereka. Selain yang detik manis bersama, Dayah juga berhadapan dengan saat cemas semasa percutian itu. Ikuti kisah mereka.
Sepertimana umum tahu, Kashmir dihidangkan dengan pemandangan yang sungguh mengasyikkan jika anda peminat siri Bollywood. “Sebenarnya ada beberapa pilihan sebelum kami memilih Kashmir sebagai destinasi bulan madu. Tapi Dayah memang rancang nak ke tempat dengan pemandangan yang cantik. Suami pula tiba-tiba cadangkan Kashmir, tempat yang Dayah tak pernah terfikir untuk pergi.
Kashmir adalah destinasi impian suami Dayah sejak berumur sembilan tahun dan sangat tertarik dengan sejarah Kashmir serta pemandangan semulajadi yang cantik . Jadi atas faktor tersebut kami memilih destinasi itu. Ternyata, Kashmir adalah lokasi yang sesuai kerana masih dalam bajet yang kami letakkan untuk bulan madu. Bila kami cadang ke Kashmir, Dayah terus buat perancangan untuk ke Jaipur dan juga Agra . Jadi keseluruhannya , kami dapat lihat sisi India yang berbeza,” cerita Dayah.
Perancangan sebelum berlepas
Akui Dayah lebih kurang dua bulan mereka membuat perancangan bermula dengan pembelian tiket penerbangan dan mencari maklumat lain seperti panduan perjalanan dan sebagainya. Setelah banyak bertanya , memang disarankan untuk menempah travel agent bagi memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana . Mereka juga banyak membaca cerita dari orang yang sudah ke sana, jadi boleh lebih fokus tentang lokasi yang ditujui, the do’s and don’t.
Sejujurnya tiada persiapan yang terlalu rumit, we just go ! “Cuma kami ada bawa makanan sendiri seperti roti, mi segera dan paling penting ubat-ubatan . Kami bersedia untuk adventure , dan sejujurnya kami lebih sibuk persiapan kahwin dan honeymoon pula betul-betul selepas selasai majlis di kedua-dua belah.
Kami pergi pada 10 Julai dan pulang pada 22 Julai. Tiga destinasi yang kami kunjungi iaitu Kashmir, Jaipur dan Agra.
Detik cemas
Malang tidak berbau, berlaku insiden yang tidak diingini. Setibanya di Kashmir, beg Dayah dan suami tidak kunjung tiba dan dikhabarkan tersangkut di Lapangan Terbang Delhi. “Katanya kami harus terbang kembali ke Delhi dan kembali ke Kashmir kalau nak dapatkan beg kembali.
Bayangkan empat hari tanpa kelengkapan dan kami dapat bantuan dari rakyat Malaysia yang juga bercuti di sana. Setelah empat hari baru kami dapat kembali bagasi. Memang rasa nak menangis tapi bila fikirkan nak sangat adventure, hahahah,” ujar Dayah.
Keistimewaan Jaipur & Agra
Sesungguhnya melihat tempat menarik dengan mata sendiri membuat diri rasa teruja. Di Kashmir, Pahalgam sangat indah pemandangannya dengan air sungai hijau dan pemandangan gunung yang sungguh menakjubkan.
“Setiap hari kari menjadi makanan utama dari sarapan hingga makan malam. Penginapan kami di hotel yang biasa sahaja yang menghidangakan halal food kerana di Kashmir 90% penduduknya Muslim,” jelas Dayah.
Jaipur pula gah dengan bangunan dan kubu. Jaipur dikenali sebagai Pink City dan mereka hanya dapat bermalam sehari jadi tidak banyak tempat yang dapat dilawati. Kubu-kubu di sini di tutup jam lima petang.
Manakala Agra, dua tempat wajib adalah Agra Fort dan Taj Mahal . Taj Mahal memang sangat majestic. Bagai tidak percaya dapat sampai ke Taj Mahal. Semasa rancang untuk ke Kashmir, Dayah pernah kata pada suami , “kita mesti pergi Taj Mahal, kalau tak seperti kita tak pernah ke India”
Sejujurnya , bila dapat lalu susah dan senang bersama, bagaimana melalui saat sukar dengan tenang dan tertawa bila fikir kembali. Contohnya momen dapat beg semula, baru masing-masing menghargai baju bersih sebab di Kashmir bukannya boleh jumpa kedai menjual tshirt di tepi jalan , kerana wanita di sana hanya memakai baju tradisional Kashmir.
Banyak perkara yang dipelajari antaranya belajar mensyukuri. Bila kita lihat kesusahan hidup orang di sana , bagaimana usaha mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup dan senyuman masih kekal terukir di bibir.
Suami Dayah juga ada mengatakan antara sebab kenapa mahu membawa Dayah ke Kashmir untuk sama-sama melihat kehidupan di sana dan belajar mensyukuri.
Foto: Koleksi peribadi Dayah Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI