Berbakat, berkarisma dan bercita-cita tinggi. Semua pakej lengkap yang ada pada Azura Mazaruddin. Anugerah yang ada tidak pernah disia-siakan malah terus digilap agar terus memancarkan gemerlapannya. Menyertai pertandingan rekaan fesyen Anugerah Jarum Berlian dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut, Azura berjaya memecah dominasi kaum lelaki dalam bidang seni rekaan fesyen tanah air.
Siapa sangka dalam usia 19 tahun, Azura berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Nyata tahun 2003 telah membawa tuah kepada anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. Sejak detik itu, bintang anak sulung daripada lima orang adik-beradik ini terus berkelip terang dalam industri fesyen tempatan setanding dengan pereka-pereka senior yang sedia ada.
“Saya meminati bidang fesyen sejak alam persekolahan lagi. Meskipun saya tidak ada kemahiran menjahit namun saya amat berminat dalam mata pelajaran seni. Ketika di tingkatan lima, saya mengambil subjek pendidikan seni dan lulus dengan baik dalam subjek tersebut.
“Ketika memohon untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya memohon kursus dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen di peringkat Diploma. Usai menamatkan pengajian di peringkat diploma, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah pula. Ketika itulah saya menyertai pertandingan Anugerah Jarum Berlian dan memenangi pertandingan tersebut,” cerita Azura membuka lembaran bicara.
INGIN BEBAS BERKARYA
Oleh kerana kecintaan Azura dalam dunia rekaan fesyen selain ingin hidup berdikari, beliau sudah mula menerima tempahan pakaian daripada pelanggan sejak masih menuntut di UiTM. Pernah menaiki kenderaan awam untuk bertemu dengan pelanggan serta bergerak dari rumah ke rumah, Azura tekad untuk serius dalam bidang ini.
“Saya berjaya membeli kereta sendiri dengan wang simpanan hasil daripada tempahan-tempahan tersebut. Dengan adanya kereta sendiri, ia lebih ‘memanjangkan’ lagi langkah saya untuk berurusan dengan pihak pelanggan. Ketika itu saya masih lagi belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pernah juga saya cuba untuk mereka pakaian korporat namun ia bukanlah ‘jiwa’ saya yang sebenar.
Ads
“Saya gemar berkarya maka saya lebih selesa menumpahkan idea dalam seni rekaan busana pengantin. Selepas setahun bergerak secara mobile akhirnya saya berjaya membuka butik dengan menyewa sebuah rumah. Alhamdulillah tidak lama kemudian saya berjaya membuka sebuah butik di Taman Melawati,” ungkap Azura sambil mengakui sudah lapan tahun beliau beroperasi di butik.
Dengan adanya butik, Azura punya lebih banyak kebebasan untuk melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan. Maka bermulalah jenama di bawah Azura Couture seperti Shellebelle dan juga Mazazitv.
Ditanya tentang resipi kejayaannya dalam mengusahakan bisnes, jawab Azura, sikap degil yang ada pada dirinya telah membuahkan hasil. Di sebalik kelembutan yang terpamer pada riak wajahnya, wanita ini ternyata seorang yang berani.
“Memang saya agak degil namun degil saya bertempat. Apa sahaja perkara yang ingin saya lakukan saya akan rujuk kepada ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa saya terlebih dahulu. Tidak dapat dinafikan dalam apa jua perniagaan pasti ada persaingan. Walau bagaimanapun saya menganggap persaingan itu sebagai sesuatu yang sihat.
“Saya menjadikan pesaing-pesaing saya sebagai satu cabaran untuk mengukur sejauh mana tahap swadaya untuk bersaing. Bagi saya, jika mereka boleh melakukannya dengan baik, saya juga boleh berjaya seperti mereka. Saya mencabar diri saya untuk mencipta kejayaan seperti yang dicapai oleh pesaing-pesaing saya,” jelas Azura yang kini berusia 33 tahun.
Ads
Jelas Azura lagi, beliau banyak mengaplikasikan sikap jujur dalam soal menguruskan perniagaannya. Ia merangkumi semua aspek seperti membina kepercayaan dua hala antara dirinya dengan pelanggan.
“Ketika berurusan dengan para pelanggan, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kepercayaan. Jika tidak, mana mungkin kita saling dapat bekerjasama dengan baik. Sikap telus perlu ada dan saya melayan setiap pelanggan sama rata.
“Saya selalu berpesan kepada staf bahawa servis dan layanan kepada pelanggan itu amatlah penting. Saya melatih staf saya untuk belajar cara-cara melayan pelanggan agar pelanggan berasa diri mereka selesa dan dihargai,” jelas Azura yang sering tampil dengan rekaan-rekaan yang elegan, kreatif dan tersendiri.
“Saya mencabar diri saya untuk mencipta kejayaan seperti yang dicapai oleh pesaing-pesaing saya,”
CEREWET KETIKA BEKERJA
Ads
Ibarat isi dengan kuku, begitulah akrabnya cabaran dalam dunia perniagaan. Bagi Azura, setiap tahun, cabaran datang dalam bentuk yang berbeza-beza. Akui Azura, tahun 2017 lebih kepada cabaran daripada dunia sosial.
“Perkembangan dunia sosial yang berkembang dengan pesat menyebabkan rekaan kami mudah untuk diciplak memandangkan ia tersebar dengan cepat di dalam media sosial. Bohonglah jika tiada perasaan terkilan apabila rekaan saya diciplak. Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu rekaan kerana ia memerlukan daya konsentrasi yang tinggi.
“Selain itu antara cabaran lain yang perlu didepani oleh seorang pereka fesyen ialah apabila rekaan fesyen yang telah diciplak dijual dengan harga yang tidak munasabah. Namun saya percaya masyarakat hari ini bijak membezakan dari sudut harga dan juga kualiti. Kekemasan jahitan serta rekaan kami lebih teliti dan eksklusif,” tutur Azura yang menitikberatkan pemilihan fabrik yang bukan sahaja selesa untuk dipakai tetapi juga mudah digosok, selain tidak mudah berkedut.
Sikap cerewet yang ada pada diri Azura merupakan tunjang kekuatan dalam mengemudikan bisnesnya. Ia bagi memastikan setiap tugasan dilakukan mengikut landasan yang betul terutama daripada segi pengurusan perniagaan dan juga penghasilan rekaan fesyen.
“Fokus itu amat penting untuk mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. Saya boleh bekerja sehari suntuk tanpa henti hanya untuk mendapatkan karya seni yang terbaik. Rekaan fesyen juga berbeza setiap tahun dan kami cuba hasilkan rekaan yang bersesuaian dengan pemakai.
“Selalunya rekaan yang dihasilkan mampu ‘dibawa’ dengan baik oleh pelanggan. Saya mahu pelanggan kelihatan cantik apabila memperagakan rekaan busana berlabelkan Azura Couture,” akhiri Azura yang sedang merancang membina laman web sendiri bagi memudahkan urusan jual beli agar ia lebih cepat dan efisien terutamanya untuk koleksi ready to wear dari Shellebelle.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah pasti setiap orang akan diuji dengan ujian tersendiri. Ada yang diuji dengan pekerjaan, dengan keluarga, dengan hubungan, mahupun kesihatan.
Maka sedarlah kita bahawa keadaan tersebut adalah dalam kuasa dan takdir Allah jua. Selain daripada usaha yang boleh dilakukan dengan kudrat yang diberikan Allah SWT, ada doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar nikmat yang telah diberikan kepada kita tidak ditarik kembali, serta musibah juga tidak menimpa.
Dari Ibnu ‘Umar r.anhuma, ia berkata, “Di antara doa Rasulullah SAW, iaitu ‘Allahumma Innii A’uudzu Bika Min Zawaali Ni’matik, Wa Tahawwuli ‘Aafiyatik, Wa Fujaa’ati Niqmatik, Wa Jamii’i Sakhotik’
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu).” (HR. Muslim, no. 2739)
Segalanya adalah dalam kuasa Allah, maka hanya Allah yang berhak memberi dan menarik apa jua nikmat kepunyaanNya. Ia bukan tanda Allah tidak adil atau tidak kasih, namun hanya satu bentuk ujian ke atas hamba-hambaNya. Bukankah Dia telah memberitahu bahawa manusia memang akan diuji dengan sedikit kesusahan, kekurangan harta benda jua kesedihan bagi melihat siapakah yang lebih sabar. Namun tidak salah juga untuk berdoa agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan bakal pengantin sahaja yang runsing bila nak kahwin, tetapi orang-orang disekeliling pun sama naik. Maklumlah, masing-masing nak masuk dalam foto kenangan. Lagipun duduk rumah ni buat kita asyik nak makan. Senaman pula kurang jadi berat badan pun semakin naik.
Detoks adalah salah satu cara terbaik untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Pada masa sama, ia bertindak mengurangkan berat badan sekaligus menaikkan seri wajah. Menurut Lainatul Aisyah, perut boroi dan angin dalam badan pun berkurangan. Bahan-bahannya pula sangat mudah dan murah!
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 atau 2 biji lemon (bergantung kepada berapa banyak jus detoks yang kita nak minum).
1 ketul halia mengikut kesesuaian. Lagi banyak halia, lagi banyak angin keluar dari tubuh.
3 hingga 5 keping asam
5 hingga 7 biji asam boi putih (saya pilih asam boi kerana tak mahu rasa asam keeping terlalu kuat. Jadi ada keseimbangan rasa masam di situ).
Cara-caranya:
Bersihkan kesemua bahan-bahan tadi dan toskan.
Potong kesemua bahan dan rebuskan.
Biarkan mendidih sehingga paras air menjadi dua hingga tiga cawan.
Kacau sebati dan tutup api.
Biarkan air menjadi suam.
Minum ketika ia sudah sejuk.
Air rebusan yang selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. bila hendak minum, keluarkan dan tunggu sehingga air menjadi kurang sejuk.
Air rebusan yang sedang direbus.Sejukkan air rebusan yang telah siap.Air rebusan yang sudah disejukkan. Siap untuk diminum!
Untuk minum air detoks ni tidak ada pantang larang. Sebaik habis segelas, dalam masa 15 minit anda akan terus sendawa. Rasanya masam tetapi boleh buat badan terasa hangat dek kerana halia.
Amalkan minum pagi dan petang selepas makan. Buat anda yang ada masalah sembelit pun boleh cuba.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bentuk badan yang ideal merupakan idaman setiap orang. Dengan adanya bentuk badan yang ideal dan cantik ia sedikit sebanyak dapat menambahkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Yelah, siapa sahaja yang mahu bentuk badan yang gempal dan tidak sihat bukan? Jangan sedih kerana anda masih mempunyai peluang untuk mendapatkan berat badan yang diingini. Ikuti perkongsian daripada wanita ini yang berjaya menurunkan 26kg dalam masa 3 bulan sahaja!
Assalamualaikum w.b.t, disebakan mekna dah janji dan ramai yang inbox tanya mekna buat diet apa, harini mekna share dengan uols ye. Tapi result mungkin berbeza atas hormon badan masing masing ye.
Ohh ye a big thanks to my husband sebab dia yang prepare semua makanan ni, dia yang Google study pasal diet nie, dia yang teman mekna workout and dia yang buat jadual pukul berapa kena makan, menu apa yang kena makan. Tanpa support dari dia for sure mekna tak kan lost sebanyak ini.
JENIS DIET: EAT CLEAN
TEMPOH MASA DIET: 1 MARCH 2019- 4 JUNE 2019
TOTAL LOST: 86KG TO 60KG
TIPS DIET
1) Wajib breakfast.
2) wajib makan enam kali sehari. Pukul 8 pagi breakfast. Pukul10 pagi snack, pukul1 tengahari makan tengahari, pukul3 snack, pukul6 dinner, pukul9 malam snack.
3) no sugar. No salt. No kueh mueh. No cili sos. No kicap.
4) air masak 3L sehari (ikut berat masing masing).
5) masak guna olive oil. Dua tiga titik sahaja.
6) tidur pukul 11 malam paling lewat 12 malam.
7) tak boleh stress
8) timbang setiap pagi sebelom breakfast selepas ukukk dan catat berat setiap hari.
9) kurangkan karbo lebihkan protein dan serat. Banyak makan buah dan sayuran.
10) Mekna dua minggu pertama ambil nasi 2x sehari lunch and dinner (beras basmathi), then ambil nasi sehari sekali selama next dua minggu. Bulan seterusnya tukar beras basmathi pada beras perang sekali sehari, then ambil nasi seminggu sekali. Bulan ketiga tak ambil nasi langsung.
11) wajib tukar menu dan wajib cut sikit sikit supaya badan boleh adapt dan tak imune. Contoh bulan pertama korang guna beras basmathi then bulan kedua wajib tukar sebab if tak tukar badan korang jadi imune and susah nak turun. Sebab tu kena cut sikit demi sikit. Tapi untuk intake sugar mekna cut terus 100%. Cuma ada manis dari buah sahaja. Buah durian, cempedak, pisang dilarang sama sekali ye.
12) jogging seminngu 3x. Untuk badan fit dan tak gelebeh.
13) jangan stress kena happy and fun kalau tak berat tak turun atau statik.
14) setiap malam mekna blend daun saderi dan minum. No sugar. Uols boleh google kebaikannya. Saderi yang batang besar tu ye.
15) setiap 28hb cheat day. Sehari sahaja. Sebab takbagi diri stress and down then 29hb kembali diet. Dan mesti ingat dalam tempoh diet tak boleh try try makanan anak suami atau kawan even sebesar hama. Sebab yang korang try secubit tu yang berat korang jadi naik or statik.
16) setiap kali ada event or kenduri i bring my own food. Tak makan makanan terlarang. Takde weh kenduri kawen orang saji makanan diet. So bawak bekal. Simple. Takde alasan.
17) kekacang sangat elok. Kudap kudap boleh malan almond. Mekna makan almond yang pure tu bukan yang dah di awet.
18) black peper lulus, sos kewpie lulus, oregano lulus, cayyene peper lulus.
19) wajib ada moral support dari oranf tersayang dan wajib rahsiakan dari orang lain. Sebab bila korang canang satu dunia yang korang diet akan ada mulut puaka yang mendownkan korang. “eh tak cantik laa kurus”. “ehh awak cantik gemuk”. My husband said orang macam ni adalah orang yang dengki sebab dia taknak tengok kita cantik. Plus bukan kita nak kurus kering kita nak sihat. Saya turun 26kg pon bmi still tak cantik. 55 kg should be nice for me. So bila korang jenis mudah down korang akan termakan dengan kata kata saitonn ini. Macam mekna sendiri just mekna and husband je tahu mekna on diet.
So, itu je kot. Kalau ada info yang mekna tertinggal nanti mekna edit ye. Lastly gudluck selamat berdiet jangan pernah down kita gemuk sebaliknya take action and show the result.
Sebarang pertanyaan boleh tanya di ruangan komen korang juga diizinkan share supaya orang lain pon dapat benefit sekali. Jangan berkira hokeyy.