
Kalau nak deko mini laundry, anda kena pandai susun sebab biasanya ruang ini tak besar sangat pun.
Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Biarpun memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.
Menerusi perkongsiannya, ada gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza, jom ikuti perkongsian gambarnya.
Deko Mini Laundry Di Yard Balkoni Rumah Kuarters Polis
SELEPAS
Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.
Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.
Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.
Bunga gantung sebagai penyeri ruang.
Rak serbaguna diletakkan juga di ruangan ini.
Anda nampak tak perubahannya yang jauh lebih kemas dan bersih? Begitulah idea deko mini laundry yang patut anda hasilkan, selamat mencuba!
Sumber: Farah Fairul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja Diuji Soalan Rumahtangga!

Inilah dikatakan rezeki orang kahwin! Tahniah buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Nurheliza Helmi yang dinobatkan sebagai penerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding Kuala Lumpur yang berlangsung di Shangri-La Hotel semalam.
Pasangan sehati sejiwa ini hadir sedondon dalam busana rona biru rekaan Eja Shahril, melangkah masuk ke ballroom Shangri La Kuala Lumpur dengan penuh bergaya dan mata-mata para tetamu tidak lekang memandang kepada pasangan yang masih dalam mood bulan madu. Cukup mesra dan romantis! Itulah yang boleh digambarkan mengenai pasangan ini! Walaupun bergelar Datuk Seri dan Datin Seri, .pasangan ini lebih mesra disapa Kak Ja dan Abang Dee ini ternyata menjadi tumpuan di majlis berprestij anjuran Pesona Pengantin dan sempat melayan soalan daripada rakan-rakan media.
Melihat kepada cerita viral mengenai penyatuan dua jiwa ini pada tanggal 1 Januari 2022, tidak salah jika anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Anugerah Pesona Pengantin diberikan kepada mereka berdua. Ditanya reaksi kedua-duanya tatkala menerima trofi yang julung kalinya dipersembahkan oleh Pesona Pengantin, Datuk Seri Mahadi melahirkan rasa syukur di atas kesudian Pesona Pengantin memberikan ‘hadiah istimewa” itu untuk dia dan isteri tersayang.
“Kami tak sangka dan ikutkan macam kami tak layak untuk menerima anugerah ini.Tapi setelah diberitahu, kami menerima dengan tanggungjawab dan amanat yang sangat besar diberikan Pesona Pengantin. Semoga award ini menjadi asbab untuk orang jadikan perkahwinan ini satu asbab syurga. Satu ikatan suci di antara kaum Adam dan Hawa untuk sama-sama ke Jannah.”
Sambil mengaminkan kata-kata suami tersayang, Datin Seri Heliza menambah, “Mula-mula kita rasa, tak apalah. Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni dan kita fikir macam nilah, bila dianugerahkan The Most Memorable dengan harapan bila orang ingat, orang akan mendoakan.
Ya Allah mudah-mudahan sampai syurga. Orang doa macam tu. Itu yang kita nak sebenarnya doa-doa daripada anda semua. Terima kasih kepada Pesona Pengantin.”
Sepanjang majlis berlangsung, ternyata pasangan ini menampilkan sikap happy go lucky dan suka bergurau antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, Abang Dee dan Kak Ja sangat sporting turut serta dalam game ‘Awak Kenal Saya Ke Tak?’, kuiz secara spontan yang diberikan oleh team Pesona Pengantin.
Paling menarik perhatian adalah apabila kedua-duanya sangat ‘ menjaga soal ‘privacy’’ dalam hubungan mereka dengan tidak mendedahkan tarikh perkenalan mereka dengan memberi jawapan ‘rahsia’ walaupun tanpa melihat dan berbincang jawapan masing-masing!. Seolah-olah mereka sudah sepakat dengan jawapan masing-masing!
Sungguh hebat ‘rahsia’ pasangan ini Walaupun sudah lebih 47 hari berkahwin, mereka masih menyimpan memori tersebut sebagai rahsia peribadi tanpa perlu berkongsi dengan umum.
Pesona Pengantin turut mengajukan soalan mengenai tip perkahwinan buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, jawapan Datuk Seri Mahadi.membuka dimensi baharu dalam erti sebuah perhubungan.
“Pertama kalinya saya rasa kami tak layak. Baru sangat pun baru 47 hari. So 47 hari tu saya rasa kami tak layak nak beri apa-apa nasihat tapi sedikit perkongsian, more to give and take. Nak kebahagiaan ni kena give and take. Ustaz-ustaz pernah kata suami ni kena bertanggungjawab, isteri kena taat. So bila ada dua benda tu, akan mix dan sempurna. InshaAllah.”
Tambah Datin Seri Heliza pula mengenai alam perkahwinan.
“Dan sebenarnya memang kena minta dengan Allah sebab Allah yang jaga hati-hati manusia, Allah yang jaga satu-satu perhubungan. Jadi kita minta Allah ilhamkan, lindungi perhubungan ini agar Allah menurunkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah till Jannah dan juga kena berkomunikasi. Kalau ada apa-apa kena beritahu.”
Moga rumah tangga pasangan ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada suami serta isteri di luar sana.Dari lensa Pesona Pengantin yang melihat bagaimana pasangan ini mesra selepas tamat event, mereka kembali menukar pakaian kasual yang sedondon dan berbual mesra sambil bergerak menuju ke lobi hotel untuk menikmati makan malam bersama. Cukup mesra dan saling berbual dan memberikan bahasa tubuh tanda penuh kebahagiaan. Barakallah Fii Umrik dari team Pesona Pengantin!
Kredit foto: Instagram Heliza Helmi & Datuk Mahadi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajarlah Baca Raut Wajah Pasangan,Barulah Rumah Tangga Sejuk & Tenang

Isi Kandungan
ToggleRumah tangga yang bahagia mencerminkan kejayaan ketua rumah tangga. Ia membuktikan yang suami berjaya mengemudi bahtera perkahwinan. Sebagai ketua keluarga, suami wajib memimpin dan memandu hala tuju rumah tangga yang dibina bersama pasangan.
Bagaimanapun hubungan suami isteri dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Oleh itu suami selaku pemimpin dalam rumah tangga mesti bijak memainkan peranan. Ini perkongsian Taufiq Razif yang boleh dijadikan panduan. Moga ia membantu.

LIMA TIP UNTUK BAGI RUMAH TANGGA JADI LEBIH SEJUK DAN TENANG
1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja
Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya.
2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je. Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan .’ Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan. Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!
3. Sesekali ajar anak kita organizational skills juga:
*Bila dah habis main, kat mana nak simpan
*Bila dah buka baju, kat mana nak letak
*Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana
*Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana
Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!
4. Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘less is better.’ Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!

5. Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita
Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :
*7% je yang sampai melalui PERKATAAN ( verbal communication )
*38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA
*dan 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka
Bila isteri kata ” Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!
Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?
Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!
Sumber kredit: Taufiq Razif Kredit foto (top image): Pixabay
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengantin Baru Nak Ruang Dapur Nampak Cantik? TEKNIK PENCAHAYAAN Salah Satu Rahsia Yang Perlu Anda Ketahui!

Usai majlis pernikahan dan resepsi, kini tibalah memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri. Antara perkara yang menjadi tumpuan pengantin baharu ialah mencari kediaman yang sesuai untuk menjadi mahligai kasih sayang. Ada yang memilih untuk menyewa, dan ada juga yang memiliki rumah sendiri. Tidak kira sama ada menyewa atau memiliki kediaman sendiri, keselesaan menjadi tarikan utama membina kehidupan.
**media[445532]**
Antara ruang yang penting untuk seorang wanita pastinya ruang dapur. Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat berkumpul bersama ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.
**media[445533]**
CHANDELIER
Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.
**media[445534]**
LAMPU GANTUNG
Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.
TRACK LIGHT
Lampu sorot yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.
PLAFOND GANTUNG
Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.
INFO
TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU
1. Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
2. Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
3. Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
4. Di kedai hardware terdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI