
Isi Kandungan
ToggleTidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya.
Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
Tip dekorasi
Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
Menggunakan bahan terpakai.
Beli pokok secara berperingkat.
Tetapkan konsep yang diingini.
Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Tempat Ironing Board, Suami Isteri Boleh Buat Jadikan Ruang Lebih Kemas

Isi Kandungan
ToggleSalah satu ruang yang mengganggu mata, tempat ironing board. Tak ada masalah nak selit di mana-mana tetapi kurang sedap dipandang dan nampak tak kemas.
Nak dekat raya, lagi lah memerlukan deko untuk ruang ini. Jadi penyelesaiannya boleh tiru cara ini, foldable ironing board di sebalik cermin. Bila nak guna tarik saja.
DIY Tempat Ironing Board
Bagi yang tinggal di kediaman agak sempit idea yang dikongsi oleh Nasibah Ramly ini amat praktikal.
Rumah kecil, ruang amatlah terhad. Penyelesaiannya di sebalik cermin, letak ironing board.
Bahan yang diperlukan
- Ironing board
- Plywood tebal 9mm
- Wallpaper
- Cermin
- Gam
Cara membuat
1. Untuk buat kotak, guna playwood tebal 9mm (6mm pun boleh). Kat rumah dah ada saiz tu yang terpakai dah potong-potong. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung. Kotak dah siap pasang balut dengan wallpaper yang beli di kedai Eco.
2. Ironing board tu saya guna yang biasa. Cuma kaki dah diubahsuai. Saya guna 1 kaki saja untuk buat penahan, 1 kaki lagi tak perlu guna.
3. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.
4. Bahagian depan saya tampal cermin guna gam yang saya beli dari MR DIY (gam warna kuning ada pistol).
5. Tempat letak seterika dicabut dan disangkut pada dinding.
Bila nak guna, buka dan tarik.
Selesai guna, angkat ironing board dan sangkut dalam kotak macam ni dan tutup.
Nampak lebih kemas, bukan? Ruang iron kalau dibiar memang akan kelihatan serabut dengan pakaian, jadi cubalah idea deko ini.
Sumber: Nasibah Ramly
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar Kahwin Bukan Untuk Ditayang Walaupun Di Rumah Sendiri

“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

Isi Kandungan
ToggleMencipta gaya di ruangan pemanis mulut boleh diterjemahkan dengan pelbagai pilihan konsep dekorasi yang istimewa. Setiap satunya punya keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, pilih sahaja tema yang anda gemari, apa yang penting ianya pasti mampu menyemarakkkan kemeriahan majlis perkahwinan yang berlangsung.
Sebenarnya hiasan dekorasi untuk ruang pemanis mulut ini boleh dilakukan sendiri asalkan pasangan mempelai bijak menyesuaikan dengan tema majlis perkahwinan. Terdapat pelbagai pilihan tema yang boleh dipilih untuk menghias ruangan pemanis mulut antaranya ialah tema klasik, romantik, vintaj, fairytale dan glam. Garapan warna dan elemen hiasan pada seni hiasan ruang pemanis mulut akan menjadi lebih terserlah apabila mainan warna-warna lembut dan warna-warna terang diserasikan bersama.
Kunci utama yang perlu diingatkan ialah tema dekorasi haruslah tidak terlalu sarat dengan elemen hiasan sehingga konsep hiasan dekorasi pemanis mulut tenggelam dek kerana ‘kemeriahan’ hiasan dekorasi yang keterlaluan.
Klasik
Peneguhan elemen klasik di ruangan pemanis mulut terserlah dengan paparan rona putih memenuhi ruangan. Sama ada pada pemilihan elemen dekorasi mahu pun pada seleksi hidangan yang disajikan.
Romantik
Olahan dekorasi bermain dengan warna-warna romantik seperti merah jambu atau pun lilac. Suntikan elemen dramatik turut disatukan dengan menghadirkan elemen lilin dan bunga-bungaan sebagai penyeri ruangan.
Vintaj
Ekspresi konsep vintaj dapat dilihat pada pemilihan dekorasinya yang menggunakan elemen yang unik dan bercirikan retro. Ternyata gaya ini mempunyai nilai estetika yang istimewa dan tersendiri.
Fairytale
Station candy buffet dengan tema kisah dongeng cukup menarik perhatian terutama buat tetamu cilik. Kebiasaannya ia tampak mewah dengan garapan pelbagai warna dan disempurnakan dengan hasilan yang cukup mengujakan.
Glam
Menepati ciri dekorasi berunsurkan glam, sudut ini dirias dengan elemen berkilau yang memukau. Gaya sebegini tampak begitu hebat dan mewah. Serlipan unsur-unsur gemerlapan menjadikan sudut pemanis mulut tampak lebih menyerlah.
Kupasan menarik minggu ini segalanya tentang kek dan candy buffet di Astro Prima & Maya HD jam 7 malam Ahad ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI